salam...

lamanya tak hapdet....busy bee sekarang nih...aku keje bersihkan rumah orang (ala2 bibik la senang cakap)...pengalaman yang sangat berharga bagi aku...tak tau nak cakap camne tapi merasalah macam mana bibik bekerja tambahan pulak tuan rumah ada kat rumah so keje2 yang aku buat sumer diperhatikan dan diarah....kejenya pagi jer tapi penatnya boleh tahan..hehehe...

hari Ahad lepas bawak anak2 pergi St Fagans Museum @ Welsh Museum of Life.....nak kongsi sedikit pasal apakebendanya Welsh Museum of Life tu.....Museum ni berkisar pasal kehidupan orang Welsh di UK dari sudut sejarah, budaya, penempatan dan apa aktiviti orang2 Welsh ni. Museum ni open air dan sangatlah luasnya..best sangat dengan pemandangan yang sangat menyamankan dan yang paling best, kita boleh ambik gambar sesuka hati tanpa halangan....

Wales atau Welsh ni merujuk kepada negara yang menjadi sebahagian daripada United Kingdom. Penduduk Welsh di UK ada lebih kurang 3 juta orang dan Cardiff ni merupakan bandar yang punya populasi Welsh terbesar. Welsh ni jugak merujuk kepada bahasa. Kat Cardiff ni, signboard jalan tu ada dua bahasa. Satu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam Welsh. Contoh bahasa Welsh

~ Cardiff- Caerdydd

~ Slow- Araf

aku pernah dengar orang kat sini cakap Welsh, memang jauh beza dari english dan memang unik bunyinya. Kalau dah biasa dengar, kita boleh beza orang Welsh cakap dengan the true english man. Macam kat Msia tu, kalau orang Bugis atau Jawa ada slang tersendiri walaupun dia cakap melayu. Lebih kurang gitulah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal museum ni, boleh rujuk sini.
last but not least, enjoy the pictures!!!!