salam.....
semalam ada program Maulud Nabi kat sini...banyak perkara yang ingin aku kongsi bersama readers.....apa yang seronok sepanjang program adalah dapat berjumpa ahli keluarga CK yang lain.....inilah masanya pun...CK bukan merujuk kepada Calvin Klein yerk...Cardiff Keluarga atau Komunitilah senang.....pastu dapatlah pengisian rohani yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Asri Zainul Abidin (Mantan Mufti Perlis)....banyak pengisian yang kami dapat dan bukan hanya berkisar tentang sirah Nabi malah yang lebih penting pada aku....kefahaman tentang Islam daripada pelbagai sudut termasuklah amalan seharian sebagai seorang Muslim...kalau aku dapat rakaman ceramah ni, ingin aku kongsi bersama korang.....
MY NEW FRIENDS..TQ
Ceramah Ustaz menyentuh banyak perkara seperti fahaman seorang Muslim tentang apa yang kita laksanakan sehari2, soal politik semasa di Malaysia, isu2 semasa yang berlaku di Msia dan dunia...
pasal isu kita faham atau tidak tentang apa yang kita buat cthnya perkara yang paling senang adalah doa.....macam doa, banyak masa kita baca tp banyak masa jugak kita gagal faham apa yang kita mintak unless doa tu dlm bahasa melayu...kalau doa dalam bahasa arab, seelok2nya kita faham maknanya atau tahu apa yang kita baca...bukan suruh hafal pun tp ambiklah inisiatif untuk memahaminya....kalau nak cter pasal ni jerk, mau bleh buat satu buku Ustaz bg pandangan....pasal politik pun sama, ustaz tak menyebelahi mana2 parti pun...yang penting, kita kena faham kenapa kita sokong dan apa asas kita menyokong...adakah berlandaskan fakta, rumors atau ikut orang...itu korang fikir2kanlah....
Malam tadi pun, ada slot khas bersama Ustaz Asri dan hubby joint sekali....antara perkara penting yang hubby kongsi kat aku pasal komen Ustaz pasal 'Bone China'....sape2 nak membeli barangan2 yang ada Bone China ni mesti taulah...selalunya ada kat produk2 macam Royal Albert...sila googlekan diri anda di cik tenet yerk kalau nak tau....sebab aku pun ada keraguan pasal benda ni coz masa mula2 datang sini hubby cakap takleh beli....barangan yang ada Bone China ni berasaskan tulang temulang yang kita pun tak pasti...yang pasti, adalah tulang temulang binatang....apa yang ustaz cakap is very simple to understand....tulang temulang tu adalah binatang yang dah mati/bangkai.....ustaz cakap tu jerr...tp aku dah paham lah maksudnya.....
Berkisar pasal program ni.....antara yang aku suke........ dapat makan ramai2 macam kendurilah...hehehe...rindu suasana camtu.....
kesimpulannya??....mmhhh......apa yang aku suka pasal ceramah ustaz ni, dia melihat sesuatu isu/perkara dari sudut ilmu...kalau kita ada ilmu tentang sesuatu perkara tu, kita akan tahu apa yang kita buat...bukan hanya setakat dengar cakap orang jerk...then, rajin2kanlah argue dan cari maklumat lanjut pasal sesuatu isu especially benda2 yang melibatkan hukum Islam...bukan boleh buat main2......okaylah korang, sebenarnya nak buat tag tp malasnya nak menaip...esok jerrrlah yerk....adios....
blog Ustaz Asri....www.drmaza.com....