.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

salam
baru-baru ni kami sekeluarga menjelajah london selama 3 hari 2 malam..tujuan utamanya nak buat passport dan surat beranak Irfan, dah alang2 pergi tu berjalan sekali la...wonderful experience but very challenging with 3 small kids....mana nak dukung, mana nak bwk beg, mana nk tolak stroller lg...naik tube yg kena turun naik tangga, sgtlah mencabar...what i can share here, public transport facilities in london are way much better rather than in KL..hopefully one day, Msia can provide this kind of service to the public...

kaylah, layan gambar...hehehe...














~Chicken Pox~


salam


Sejak dari Isnin, Irfan demam...terutamanya menjelang nak malam, badan dia akan mula panas.....tapi dia takdelah meragam atau merengek cuma badannya panas...semalam petang baru perasan yang badannya naik ruam..mula2 sikit jer tapi makin banyak..aku rasa chicken pox sebab kat sini, kalau nak masuk Spring, penyakit ni senang kena dekat budak2...orang dewasa pun tak terlepas....nak book appointment dekat GP pulak, next week baru dapat..tanya dengan kawan2 kat sinipun, diorang cakap Dr takde bagi ubat makan apepun..cuma lotion untuk mengurangkan gatal....Calamine Lotion..

Tanya dengan mak kat kampung, suruh bagi air kelapa..sini takdelah pulak pokok kelapa..yang ada hanya air kelapa dalam tin..bagi jugak dekat Irfan sikit dan lepas tu mmg naik lagi banyak la ruamnya.....mak aku mmg cakap, mmg akan lagi banyak keluar tapi lepas tu akan okay...so far, Irfan tak meragam cuma nak melekat dengan aku jerlah 24 jam..semua kerja2 rumah terpaksa buat time dia tidur nyenyak...harap2 esok makin okay..

Hujung minggu ni aku sekeluarga nak turun London....buat passport dan surat beranak Irfan sambil berjalan2 tour bandar London sebab tu risau jugak kalau Irfan tak baik lagi nih coz nak berjalan jauh , 3 jam perjalanan dari Cardiff ke London...Kitorang bertolak hari Ahad pagi dan balik sini hari Selasa...ikut perancangan tempat2 yang kitorang nak pergi tu insyaAllah Stadium Arsenal & Chelsea, Science Museum, Natural History Museum, Madame Tussauds dan tempat2 wajib pergi....Tower Bridge, Big Ben dan Buckingham Palace...alang2 dah pergi ni, mana tempat yang sempat pergi kitorang p lah..tak tau bila lagi nak p sinikan...lagipun ada kawan yang tolong jadi tourist guide..hehehe


okaylah...doakanlah Irfan sihat yer...amin


salam...

lamanya tak hapdet....busy bee sekarang nih...aku keje bersihkan rumah orang (ala2 bibik la senang cakap)...pengalaman yang sangat berharga bagi aku...tak tau nak cakap camne tapi merasalah macam mana bibik bekerja tambahan pulak tuan rumah ada kat rumah so keje2 yang aku buat sumer diperhatikan dan diarah....kejenya pagi jer tapi penatnya boleh tahan..hehehe...

hari Ahad lepas bawak anak2 pergi St Fagans Museum @ Welsh Museum of Life.....nak kongsi sedikit pasal apakebendanya Welsh Museum of Life tu.....Museum ni berkisar pasal kehidupan orang Welsh di UK dari sudut sejarah, budaya, penempatan dan apa aktiviti orang2 Welsh ni. Museum ni open air dan sangatlah luasnya..best sangat dengan pemandangan yang sangat menyamankan dan yang paling best, kita boleh ambik gambar sesuka hati tanpa halangan....

Wales atau Welsh ni merujuk kepada negara yang menjadi sebahagian daripada United Kingdom. Penduduk Welsh di UK ada lebih kurang 3 juta orang dan Cardiff ni merupakan bandar yang punya populasi Welsh terbesar. Welsh ni jugak merujuk kepada bahasa. Kat Cardiff ni, signboard jalan tu ada dua bahasa. Satu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam Welsh. Contoh bahasa Welsh

~ Cardiff- Caerdydd

~ Slow- Araf

aku pernah dengar orang kat sini cakap Welsh, memang jauh beza dari english dan memang unik bunyinya. Kalau dah biasa dengar, kita boleh beza orang Welsh cakap dengan the true english man. Macam kat Msia tu, kalau orang Bugis atau Jawa ada slang tersendiri walaupun dia cakap melayu. Lebih kurang gitulah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal museum ni, boleh rujuk sini.
last but not least, enjoy the pictures!!!!










About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive