.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

salam...

arini ada check-up dengan midwife kat GP....well, so far alhamdulillah, semua okay...cume baby dok melintang lah (breech position)...kedudukannya tidak berada dalam keadaan sepatutnya...kedudukan yang sepatutnya adalah kepala bayi di bawah (cephalic position) memandangkan aku dah 34 weeks...Midwife cakap kalau lagi dua minggu, kedudukan baby tak berubah...kena refer kat hospital...aku ni takut sangat kalau kena C sect untuk bersalin sebab takde pengalaman lagik...dahtu, aku berpantang ni anak beranak jerk...harapkan hubby je nanti.

Kalau ikut previous history of my pregnancies pun, mmg dua2 anak aku macam tuh...dah nak dekat bersalin pun kepala baby still floating dan tak engage lagi kat pintu nak keluar...sampai Dr kena tarik kepala baby untuk letak dia kat pintu keluar (sakit woohhhh..)....anak yang kedua plak, siap masuk wad sebab Dr Pakar nak tolong pusing..sekali bila time nak buat pemusingan tuh, baby dah berada pada kedudukan cephalic..hik hik hik..(baby main2kan Dr plak..)

Kat sini aku tak taulah prosesnya mcam mana kalau kedudukan baby still breech......but hopefully, baby akan pusing pada kedudukan yang sepatutnya bila dah tibe time dia nak kluar nanti...masa kat Msia pun, aku p berurut untuk pusingkan baby kat mak bidan (tp bidan yang diiktiraf oleh Kerajaan la)....kat sini sape nak urut??..sendirilah...skang ni, apa boleh buat..aku banyakkan selawat kat perut, sapu2 dan mintak baby pusing sendiri...insyaAllah...

ada jumpe petua nie....kalau baby songsang/melintang...amalkan senaman berjalan kaki dan letakkan bantal di bawah punggung supaya kedudukan punggung lebih tinggi- 5 ke 10 minit sehari.....

yang penting, kita kena berusaha dan banyakkan berdoa..selebihnya ketentuanNya jua..Dia Maha Mengetahui...


CHAI YOK!!!!!

salam...

nak share a few info pasal breastfeeding (BF) ni sebab aku punye plan untuk fully BF anak aku yang bakal lahir ni (insyaAllah)....dua tiga hari ni banyak merantau kat cik tenet pasal BF ni memandangkan sebelum2 ni, anak2 aku sempat BF sampai 5 bulan jer..lepas tu dah pakai susu formula...bukan tak nak BF, tapi bila dah bekerja ni..banyak sungguh rintangannya dan akhirnya, aku terpaksa pasrah...(cehh..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hikhikhik)...

tapi anak yang ketiga ni, mmg aku berkobar2 nak fully BF anak..memandangkan keadaan pun mengizinkan, almaklumlah...dok umah jerk...hopefully dapat BF baby sampai 2 tahun...CHAI YOK!!!!!

Antara perkara yang aku dapat kongsi kat sini adalah:

PETUA UNTUK BANYAK SUSU
~ Minum air kosong yang banyak
~ Minum air susu/Horlicks (kat sini takde Horlicks la)
~ Minum yang berasaskan oat/bijirin
~ Makan buah kurma/ kurma merah
~ Banyakkan pengambilan sayuran, buah-buahan especially sawi, carrot dan kobis
~ Makan biskut2 seperti Cream Crackers
~ Kurangkan makanan berlemak/berminyak
~ Tidak digalakkan untuk makan ikan kering/ikan masin
~ yang paling penting, makanlah makanan yang berkhasiat...seperti dalam Piramid Makanan (aku rase semua orang tahun ni)....

sumber: susuibu.com, breastfeeding.nhs.uk, mumplusone.com, mak aku, mumschoice.com.my (yg ni pun byk info pasal BF)....byk lagi laman yang boleh korang bukak...try search engine...:)


WHY IS BREAST BEST FOR BABIES?

Breastmilk is the only food naturally designes for your baby. It contains all the nutrients he or she needs in the right amounts and in forms that are very easily absorbed. BF helps protects little ones against:
~ Ear infections
~ Asthma
~ Eczema
~ Chest infections
~ Gastro-intestinal infections
~ Urine infections

For Mums:
~ helps your womb return to its normal size quickly
~ lose some of the weight gained in pregnancy
~ protect against pre-menopousal breast and ovarian cancer
~ help prevent weak bones later in life

source: Mum Plus One Magazine (UK)

akhirnya....

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu” - Al-Baqarah (233)

satu lagi...penyusuan secara ekslusif ini juga bergantung kepada emosi ibu...so kenalah sentiasa positif dan motivate diri untuk meneruskan penyusuan secara penuh ni...itulah yang aku harapkan...amin..

~Demam~

salam....

arini, aku kurang sihat....badan semua sakit2...pagi tadi tak boleh bangun....at last, ambik panadol (kalau aku ngandung, mmg tak mkn ubat2 ni coz aku selalunya akan tahan sakit...so ini pecah tradisi la..)....kali ni mmg tak tahan sangat...berpinar2 kepala, sendi semua sakit...simptom2 demam semua dah mula menyerang....

nak rehat hr ni....

salam...

skang dah pukul 2.2o pagi...tapi mata mmg takleh lelap lagi, baby plak sangatlah aktif dengan "aktiviti" dalam perut ni.......yang pasti masih terpacak depan laptop hubby....anak2 dan hubby dah tdo jam 10 tadi.....

sejak akhir2 ni, kepenatan aku mmg tahap gaban...nasib baik, Mia cuti sekolah sampai esok.....jadiknya, tak payahlah hantar sekolah....tak larat sangat nak bawak keta dan berjalan kaki walaupun 10 tapak jerrrr.....

Kyra plak semakin hari semakin perlukan perhatian...risau aku dibuatnya kalau bersalin nanti...asal bangun tdo jer cari aku.....kadang2 tu "babah" dia ada je kat sebelah tu dok mendodoi, tapi tak nak...nak "ummi" jugak....siannyerrr anak ummi...ummi tak larat lah sayang...tapi, apakan daya...bukannya dia faham pun.......memang cabaran bg aku kat sini....masa nilah terasa amat merindui mak di kampung....;(....

kalau waktu siang lagilahhhhh....buat masa skang ni, aku kuatkan diri utk menyediakan hidangan....hubby dan anak2......kemas apa yang patut...rutin harian kena buat.....sememangnya, aku enjoy dengan kehidupan sekarang cuma perlukan extra energy jer....Moga Allah beri kekuatan untuk aku hingga saat2 bersalin nanti...

kesian dekat hubby jugak (nak fikir study la...apalagik)...skang ni, pagi je dah p school....kul 8 malam baru nampak batang hidung....aku mmg tak nak bebankan dia dgn aktiviti rumah sangat....biarlah dia fikir pasal study jerrr....

yang paling aku risau sangat skang ni adalah......saat2 bersalin dan waktu pantang (semua buat sendiri.....harap2 hubby tolong mana yang bolehlah)......pastu, memikirkan anak2 aku yang tomeiiii tu......Ya Allah, berilah aku kekuatan untuk menghadapi semua ini dan moga Kau permudahkan segala urusanku...Amin...


~aku sentiasa percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya....susah senang kami di sini akan dijadikan panduan untuk meneruskan kehidupan yang singkat ini,insyaAllah~

p/s...kengkawan...doakanlah yerk....:)

salam....

semalam p check-up lagi..susulan daripada anomaly scan dua minggu lepas.....dalam entry terdahulu, aku ada cakap pasal problem dekat baby....dan semalam, dr determine yang cecair pada baby tu masih within limit so insyaAllah takde masalah...alhamdulillah...

dan semalam jugak akhirnya, dr determine aku sudah 33 minggu (7/8 more weeks to go) setelah beberapa minggu takde keputusan lagik pasal benda ni sampai midwife pun jadi konpius...yang pastinya, semalam adalah hari check-up paling lama bagi aku coz ramai orang (datang jam 3.10 pm dan habis semuanya jam 5.30ptg...so far paling lama kul 4.15 dah balik)...tp takpelah, yang penting semuanya okay.....

lately, aku sudah mula keletihan...tak dapat nak tido sangat kalau malam hingga ke pagi...kadang2 tuh, jam 3 pagi masih tak dapat melelapkan mata coz this time, baby punya kicking mmg sangat aktif macam dia tengah main bola dalam tummy...around 2-5 am tu aku mmg takleh tido sangat (still berpusing2 atas katil utk cari posisi)...almaklumlah, sebelum2 ni anak2 aku takde plak yang macam nie...macam aku pernah cakap dulu, lain anak...lain ragamnya....rasa macam new experience plak..:)...yang pasti, seronok wpun agak kepenatan kalau pagi tuh...kadang2 aku dapat tidur nyenyak lepas subuh hingga ke jam 11 pagi...nak buat macam mana, sepanjang pagi tak boleh tido...nasib baik hubby faham......


Aku pasti kengkawan lain yang dah ada anak pun punya pengalaman menarik bila mengandung nie...ini belum cerita pasal bersalin dan dalam pantang lagikan??...apepun, syukurlah kerana Allah bagi merasa nikmat ini untuk aku...kepada kengkawan yang belum ada 'apa-apa' lagi, insyaAllah....banyakkan berdoa dan akupun sentiasa mendoakan korang semua.....Kita sentiasa mahukan yang terbaik tapi Allah Maha Mengetahui yang terbaik untuk hamba2Nya....

adios

salam....

lama dah rasanya tak bawak anak2 jalan2 p taman...so ari jumaat lepas, bawak diorang p taman depan school hubby...tak plak aku tau nama taman tuh...tapi banyak bunga2 cantik especially roses yang sedang mula nak berkembang...malas nak cter banyak...layan jerlah gambar2 nie yerk...anak2 aku dok sibuk petik bunga kecik2 kat taman tuh...tak pasti la bunga rumput ke atau bunga apa ntah...habis satu taman dikerjakannya...nasib baik takde penjaga, kalau tak dah kena halau..ngeh ngeh ngeh..:)




salam...

di kala meneroka khazanah gambar dalam laptop hubs, bersua dengan piktura2 lama time family gathering belah my mum......merindui suasana tu dan yang pasti, first thing yang aku nak buat balik Msia nanti....of course the gathering among us....


utk pengetahuan korang, family belah my mum quite a mass (hehehe...:)...adik beradik mak ada 11 orang (9 dah kahwin, tinggal lagi dua orang)...but not sure lah whether the two of them still available or not.....the nephews and nieces jer ada dalam 30 orang (aku yang paling tua tau!!!...kebanyakannya kecik2 lagi...around 2-10 years old)...kalau time raya memang mmg meriah glerrrr suasana dan yang pasti, estimation utk duit raya jerk dalam 300 utk diorang sahaja .....

kitorang selalu jugaklah buat family gathering eventhough not everybody ada...tapi kebanyakan masa buat adalah dua tiga family....adik beradik aku jer dah 8 orang, tak campur lagi yang lain2......i miss everyone kat dalam gambar ni coz we all sangatlah rapat....kalau buat kenduri/majlis kahwin, diorang ni je dah cukup untuk 'rewang' dan memeriahkan majlis...kat dalam piktura kahwin aku ni, some of my aunties....baju hijau tu pakcik aku yang bongsu (lagi muda dr aku kay...)...in the middle tu, my late moyang (tudung biru...meninggal masa raya 2007) and my grandma......


mesti ada yang tertanya family belah my dad mana???...hhmmm...my 'babah' ni mmg sorang jer....nenek pun dah meninggal...tapi babah ada adik beradik sama bapak yang duduk kat Mekah dan Madinah (my late grandpa kahwin dgn orang Arab)....masa aku kecik2 dulu depa ada datang Msia melawat but lately, ramai dah meninggal...rasanya ada tinggal sorang je yang hidup and babah pun rajin contact abangnya tu........eventhough kami lama tak bersua muka ngan family kat sana tapi diorang rajin telefon dan tanya khabar...sometimes ada email kat aku.....maybe someday, nak p melawat diorang kat sana, insyaAllah...

kaylah.....tengok gambar2 ni je dah rase nak balik Msia skang jugak...:):):)....ku doakan moga mereka semua sihat walafiat dan dimurahkan rezeki, amin......

...next time cter pasal family hubby plak.....idok lerrr meriah cam aku coz adik beradik MIL cuma 3 orang...adik beradik hubby 5 orang...baru2 nie je nak menambah ahli keluarga...:):)...

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive