.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

~TEKO ROSES JANDA~


salam

tengok tajuk jer, aku yg rasa nak gelak..tapi itu hakikatnya..teko yang dijumpa dan dibeli di car booth ni mmg janda..satu tu jer, takde anak2 cawan atau apa2 bentuk pasangan lain bersamanya masa aku jumpa tuh...kesian..tapi aku sedang usaha mencari pasangan untuk melengkapkan hidup cik teko nih...:)

hari tu dapat jumpa keluarga cik teko ni di blog kak mona yang banyak jual english tea set ni, mmg betol tulah keluarganya..cuba korang klik sini..tapi yang itu sudah dipinang orang, takder rezeki la....makanya, usaha mencari perlu diteruskan..hehehe

p/s sekali pandang macam teko ni pkai skirt...ada swirl kat bdn...LOL!!!









salam

entry kali ni nak share pasal my tureen collection tapi yang sepasang ni jer dulu.....tak tau nak kater kenapa minat sangat dekat tureen ni, mungkin disebabkan bentuk2nya yang unik, elegan dan paling penting ia boleh digunakan sebagai bekas untuk menghidang makanan.

'A tureen is a serving dish for foods such as soups or stews, often shaped as a broad, deep, oval vessel with fixed handles and a low domed cover with a knob or handle. Over the centuries, tureens have appeared in many different forms, some round, rectangular, or made into fanciful shapes such as animals or wildfowl. Tureens may be ceramic—either the glazed earthenware called faience or porcelain—or silver, and customarily they stand on an undertray or platter made en suite' - WIKIPEDIA



setakat ni, adalah beli sikit2...maklumlah kat sini senang nak jumpa dan kalau nak belipun harganya affordable...hari nipun sebab aku pergi car booth dan dapat tangkap sepasang tureen yang sangat menawan kalbu. Walaupun takde tercetak nama pengeluarnya, tak kisahler labu...janji aku suka, yer tak?..hehehe...itu yang terus ambik gambar dan nak buat entry pasal ni. Almaklumlah, koleksi2 yang lain dah selamat dibungkus dan simpan dalam kotak (macam nak balik msia esok jerrrr).

Kalau rajin mencari kat car booth mmg banyak yang jual, pelbagai bentuk & pengeluar.....harganya pun takdelah mahal mana...kalau yang memang jenis nak jual tureen tuh, kadang2 dia letak harga £2 jer, rugilah kalau tak belikan...kaylah, enough of that...


cter pasal tureen ni plak....tureen ni berbentuk oval, berwarna putih dan punya corak ala2 batik hijau lumut.....ukurannya dalam 9''....yang pasti, aku dapat tureen ni dengan harga yang sangat murah...hehehe..kaylah, jumpa lagi..

p/s lepas ni entry pasal award plak...bilalah nak gantung?...:)


salam

aku baru jer joint hyproBulksSMS....ada kawan2 tanya kenapa joint?...mudah jer jawapan aku..daripada duduk depan internet tak dapat apa, lebih baik buat bisnes di internet dan dapat untungkan?....modalnya tak banyak pun, rm250 atau 500 jer..lepas tu, kena rajin untuk jual sistem kepada kenalan..insyaAllah, boleh dapat rm 150 sehari...kalau nak tahu lebih lanjut, klik lah sini atau boleh contact aku sendiri through chat box..aku akan bantu...:)

bukan tipu yer..ini untuk yang berani mencuba dan rajin berusaha..tiada rezeki dlm dunia ni dtg bergolek mcm tu jer, semua perlu usaha...


salam
baru-baru ni kami sekeluarga menjelajah london selama 3 hari 2 malam..tujuan utamanya nak buat passport dan surat beranak Irfan, dah alang2 pergi tu berjalan sekali la...wonderful experience but very challenging with 3 small kids....mana nak dukung, mana nak bwk beg, mana nk tolak stroller lg...naik tube yg kena turun naik tangga, sgtlah mencabar...what i can share here, public transport facilities in london are way much better rather than in KL..hopefully one day, Msia can provide this kind of service to the public...

kaylah, layan gambar...hehehe...














~Chicken Pox~


salam


Sejak dari Isnin, Irfan demam...terutamanya menjelang nak malam, badan dia akan mula panas.....tapi dia takdelah meragam atau merengek cuma badannya panas...semalam petang baru perasan yang badannya naik ruam..mula2 sikit jer tapi makin banyak..aku rasa chicken pox sebab kat sini, kalau nak masuk Spring, penyakit ni senang kena dekat budak2...orang dewasa pun tak terlepas....nak book appointment dekat GP pulak, next week baru dapat..tanya dengan kawan2 kat sinipun, diorang cakap Dr takde bagi ubat makan apepun..cuma lotion untuk mengurangkan gatal....Calamine Lotion..

Tanya dengan mak kat kampung, suruh bagi air kelapa..sini takdelah pulak pokok kelapa..yang ada hanya air kelapa dalam tin..bagi jugak dekat Irfan sikit dan lepas tu mmg naik lagi banyak la ruamnya.....mak aku mmg cakap, mmg akan lagi banyak keluar tapi lepas tu akan okay...so far, Irfan tak meragam cuma nak melekat dengan aku jerlah 24 jam..semua kerja2 rumah terpaksa buat time dia tidur nyenyak...harap2 esok makin okay..

Hujung minggu ni aku sekeluarga nak turun London....buat passport dan surat beranak Irfan sambil berjalan2 tour bandar London sebab tu risau jugak kalau Irfan tak baik lagi nih coz nak berjalan jauh , 3 jam perjalanan dari Cardiff ke London...Kitorang bertolak hari Ahad pagi dan balik sini hari Selasa...ikut perancangan tempat2 yang kitorang nak pergi tu insyaAllah Stadium Arsenal & Chelsea, Science Museum, Natural History Museum, Madame Tussauds dan tempat2 wajib pergi....Tower Bridge, Big Ben dan Buckingham Palace...alang2 dah pergi ni, mana tempat yang sempat pergi kitorang p lah..tak tau bila lagi nak p sinikan...lagipun ada kawan yang tolong jadi tourist guide..hehehe


okaylah...doakanlah Irfan sihat yer...amin


salam...

lamanya tak hapdet....busy bee sekarang nih...aku keje bersihkan rumah orang (ala2 bibik la senang cakap)...pengalaman yang sangat berharga bagi aku...tak tau nak cakap camne tapi merasalah macam mana bibik bekerja tambahan pulak tuan rumah ada kat rumah so keje2 yang aku buat sumer diperhatikan dan diarah....kejenya pagi jer tapi penatnya boleh tahan..hehehe...

hari Ahad lepas bawak anak2 pergi St Fagans Museum @ Welsh Museum of Life.....nak kongsi sedikit pasal apakebendanya Welsh Museum of Life tu.....Museum ni berkisar pasal kehidupan orang Welsh di UK dari sudut sejarah, budaya, penempatan dan apa aktiviti orang2 Welsh ni. Museum ni open air dan sangatlah luasnya..best sangat dengan pemandangan yang sangat menyamankan dan yang paling best, kita boleh ambik gambar sesuka hati tanpa halangan....

Wales atau Welsh ni merujuk kepada negara yang menjadi sebahagian daripada United Kingdom. Penduduk Welsh di UK ada lebih kurang 3 juta orang dan Cardiff ni merupakan bandar yang punya populasi Welsh terbesar. Welsh ni jugak merujuk kepada bahasa. Kat Cardiff ni, signboard jalan tu ada dua bahasa. Satu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam Welsh. Contoh bahasa Welsh

~ Cardiff- Caerdydd

~ Slow- Araf

aku pernah dengar orang kat sini cakap Welsh, memang jauh beza dari english dan memang unik bunyinya. Kalau dah biasa dengar, kita boleh beza orang Welsh cakap dengan the true english man. Macam kat Msia tu, kalau orang Bugis atau Jawa ada slang tersendiri walaupun dia cakap melayu. Lebih kurang gitulah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal museum ni, boleh rujuk sini.
last but not least, enjoy the pictures!!!!










salam....

Saya lahir pada 9 Julai 2009 di Heath Hospital dengan berat 2.45kg....oleh kerana saya comel maka lepas keluar dari perut ummi, kena tahan kat hospital sampai 72 jam...4 hari jugaklah...kesian kat ummi sebab saya sangat suka menangis sewaktu awal2 kelahiran ...tak tahu kenapa, mungkin pertama kali dapat melepaskan apa yang terbuku di dada kot...hehehe

Semalam saya pergi check-up di hospital...kalau ada yang mengikuti perkembangan saya dari lahir, mungkin ada yang tahu...untuk pengetahuan, saya ni mempunyai masalah bukaan di buah pinggang dan mempunyai cecair berlebihan (dilatation and fluids)...Dr cakap ianya bukanlah masalah besar kerana selalunya bukaan dan cecair itu akan hilang sedikit demi sedikit apabila saya semakin membesar...so far, semalam Dr cakap dah okay tapi saya kena p scan lagi di hospital dalam masa 3 bulan ni...harap2 saya dah okay sebab ummi dan babah saya sangat risau.....saya tak nak mereka risau...

sekarang saya dah 7 bulan dengan berat 7.10 kg...yang paling best, saya menyusu badan dan dah makan macam2...hehehe....setakat hari ni, saya dah pandai duduk tanpa sokongan dan tidak jatuh...lepas tu, aktiviti guling2 adalah sangat diminati..saya boleh pusing sehingga 360'...kalau tak percaya, tanya ummi saya...saya pun dah pandai angkat punggung untuk memulakan aktiviti merangkak saya...saya jugak dah boleh berdiri dengan kaki yang sangat kuat, saya harap saya dapat berjalan dengan cepat (hehehe, ini ummi yang nak sangat...)..ikut kakak2 saya, diorang 9 dan 10 bulan dah pandai jalan....mulut sayapun sangat bising berbunyi sehinggakan ummi seolah2 berdialog bersama saya...

apalagi ek??...hah, yang ni kakak2 saya mmg kurang suka..saya sangat suka ambil objek di tangan mereka..lagi2 kalau objek itu berwarna merah...saya sangat suka merah (hasil ujikaji ummi jugak nih).....ummi cakap saya ni lebih lasak dari kakak2 saya..tak taulah betol ke tak..hehehe...okaylah, masa untuk saya menyusu...silalah enjoy gambar2 saya dari kecik hingga ke hari ini...wokeh...


catatan si kecil
Muhammad Irfan Amjad



About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive