.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

~Check-Up~

salam...

br balik dr GP...pastu p Cardiff Market....penat glerrr berjalan tp seronok bawak anak2....sampai lupe nak htr Mia p school......

nothing special masa check-up....cume nurse ambik tekanan darah, urine test, ambik berat+tinggi...beratku baru capai 60 kg, alhamdulillah....pastu nurse arrangekan pap smear test tp tak tau bilerr......tu jerrr.....

rase lagi best p Cardiff Market kot...huhuhu...hubby nak tunjuk jalan ke CM coz aku ada plan nak berjalan kaki dr rumah....nampaknye tak jadi kot...coz jauhhhh la...tak larat mak buyung nie nak berjalan...lgpun ikan2nya takderlah menarik dan tertarik sangat...ada sesetengah spesis ikan tuh aku tak pernah nampak dan makan...aku cume beli ikan merah (red snapper) ngan kerang coz ada plan nak wat char kuew teow (thx to shima FP)......yang aku pelik ms p CM tu, depa ni makan kerang mentah ngan letak sos....tak lalunya tengok...tp sedap agaknya....

tu jerrlah nak cter......yang pasti arini banyak membakar lemak la...jauh jugak aku berjalan...rase2 dalam 10-15 km ada....terus je bleh kurus...boleh plak??...perasan sungguh....

adios

~Surah Penawar~

got this from my pren...naemah (lama x dgr cter dia!)...let's share the knowledge!

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s...berdakwah selagi ada ruang dan peluang...perkara yang baik elok kita amalkan...







~ Semalam aku dan hubby bawak anak2 p jenjalan kat taman....anak2 aku ni suke sangat p taman dan playground...biaserlah, budak2...kalau p taman tiap2 hari pun takpe...huhuhu...
nikmatilah aksi2 tak semenggah anak2 aku nie....aku risau sikit nak main kat padang ni coz banyak najis cik anjing yang bersepah2.....so bile tengok anak2 dah start guling2 mcm cter hindustan tuh, aku pun ajak depa balik...takut terpalit najis, baunya semerbak dlm keta kang.....kay...adios~




salam...


aritu aku ada mention nak buat entry pasal projek tanaman yang sedang aku usahakan...cewahhhh...macam nak jadi usahawan tanaman plak..weh weh weh...sobonarnya, aku mmg sangat suke menanam pokok...masa kat msia, sementara nak p sini....aku sempatlah mengusahakan ladang sayur dan menanam pokok2 bunga kat area umah mak aku....by the time aku kat sini, ada jugak bertanya ngan mak aku..apa khabar tanaman2 aku tuh??...alhamdulillah, dah berhasil dan sudahpun dituai....hehehe....bangga lah jugak coz berjaya...antara pokok yg aku tanam ms tu adalah pokok lada, timun, bendi, kacang panjang,serai ngan ulam-ulaman....satu lg, pokok roselle (mak aku petik bunga roselle yg aku tanam & dpt hasil hampir setengah baldi .....terus buat jus utk guna masa kawen adik aku br2 nie....)....agaknya, kalu aku tak koje kat opis, kerjaya yg akan aku pilih ialah usahawan tani sayur2an...okay jugak kan??....berbakti pada tanah...dapat pahala...


sambung cter aku yg sobonar2nya....memandangkan kat sini sangatlah susah nak jumpa dedaun2 utk dipakai masak nie...maka aku kena lah usaha sendiri utk dapatkannya...satu cara adalah dengan menanam.....antara pokok yang aku cuba tanam skang nie adalah pokok kesum (thx to Jo Ireland for the tips, sejak dr menyinggah blog kawan br nie berkobar2 nak tanam kesum), cili padi, kentang (sebab ada kentang yg dah berbunga2 dlm simpanan...tengok cter Jamie at home,cara2 dia tanam kentang bermula dr kentang yg berbunga2 tuh), serai dan daun bawang....lain2 sedang difikirkan...ruang kat belakang umah aku ni agak besar utk aku usahakan cuma rajin ngan malas je lah...tp buat ms skang, sumer diletak dlm umah coz mls nak kluar......kalau boleh tanam pisang, aku nak tanam jugak...hehehe....tp rase2 takkan berjaya kot...lgpun mana plak aku nak dapat benih kat cnie....lupe plak nak mention nama cik taugeh...marah die!...kat pinggan biru tu projek taugeh, hrp2 dua tiga hr ni bolehlah masak ko plak...


tengok kat ladyellnya blog ada resipi botok2 (mak aku pun suke sangat buat), mmg teringin sangatlah aku nak makan...tp kat sini takde daun2 meriah mcm kat msia...kalau nak buat sangat, letak daun2 salad bolehlah....tp tak tau rase ape...huhuhu...takpe la, kalau dah teringin sangat, order kat ladyell jerr la...boleh??...


kaylah kengkawan......nanti kalau dah dapat hasil bolehlah aku tunjuk.....kalau takde hasil pun, aku nak tunjuk jugak.....kite tunggu dan lihat...apepun, wish me all the best kay!!!!...wassalam


adios

Got this from a fren through my email.....let's share it!....

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW;

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud; "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat. " Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?

" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!"

Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putihberseri-seri oleh cahaya wudhu'."


~KEISTIMEWAANNYA ~

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud." Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.

Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akanmenjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wallahualam bissawab.

sejak dua menjak nie, anak aku yang kedua....Khayra...asyik nak posing je...aku ni mmg suke ambik gambar anak2...simpan sebagai kenangan...so apalagik, snap...snap...snap...especially bile dia ikat rambut...coz dia sangat sensitif kalau org pegang kepala die (mmg dr baby lagik)...die tak suke sangat....satu hari tu, dapat plak peluang nak ikat rambut die, aku suke sgt...tp tak bertahan lama la...dalam 15 minit after snap pic tu, dia dah start meraba kepala....tau ada something kat ctu....





salam.....
sejak menjengah ke shima punya FP nie, membuak2 rase nak buat resepi sup kaki die, thx shima 4 the recipe cume bukan sup kaki lembu...dapat ekor je....
Untuk menjayakan resepi aku hr nie, aku plan nak p Masala utk cari kaki lembu coz seminggu lepas ada nampak terjual...harap2 dapatlah beli sekaki dua...kebetulan husband plak tak berapa sihat (pening kepala dr pagi smpai ke saat ni...tp ni dah kurang sikit)so mmg niat nak buatkan dia sup kaki....kalau sejuk2 nie, makan sup....terus je nak sihat, boleh plak??..huhuhu....
dlm kul 3 ptg lepas ambik anak kat nursery, p la singgah Masala....tp hampa coz takde jual kaki plak...tulah, time ada hr tu tak nak beli..takpe la...nampak ada iklan ox tail (ekor lembu)....apalagik, belasah je la...janji dapat masak sup.......masak pakai Pressure Cooker, so hasilnya mmg lah cepat untuk dimakan....aku makan dua mangkuk...mmg lupe nak berhenti la..


~inilah hasilnya.....my sup ekor~


nak dijadikan cter, pagi tadi buat apam balik utk sarapan...tp tak menjadi sangat coz terlalu cair plak...time masak tu, apamnye jadi lembik...pastu rentung...fed-up tul...tp takpela, i learnt my lesson...next time dah boleh agaklah nak buat biar cantik sket...huhuhu...tu yang terus tak lalu nak makan nasi...buat sup jerrr utk makan malam.....

~inilah apam balik rentung aku...buat dua je...satu dah hbis dimakan hubby....dia cakap 'sedap jugak la'....(aku tau, hubby nak sedapkan hati aku je)...huhuhu.....~

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive