salam...

sudah lama memendam rase nak makan laksa johor...memandangkan kat sini takde jual, maka kenalah buat sendiri...mmhhh, arini plak hubby ajak p Morrisons...kalau nak cari fish/sayuran yang fresh mmg kena p sinilah....so dalam kepala mmg dah ada terbayang2 rupe ikan yang nak dibeli bagi menjayakan projek laksa johorku ini...pepaham jerlah, kalau dah dok merantau ni mmg nak buat resipi yang perfect, tak dapeklah nak tolong...so guna bahan yang ada jerlah joyah!!!!...

Original resipi aku ambik dr ladyell punya blog.....mmg adalah bahan2 yang aku tak pakai sbb kat sini takde jual/ tak jumpe lagik.....so ladyell jgn marah yerk sbb resepi asal telah diubah...nak kena sesuaikan dengan bahan2ku ini...so nak kena ubah lah nama resepi (boleh gittew??)...

LAKSA JOHOR PERANTAU CIK JOYAH

Spaghetti (rebus dgn sedikit minyak dan garam)
Mackerel Fish (aku guna 3 ekor sederhana jerk)
~ rebus isi ikan dan blend halus...air rebusannya jgn dibuang

Ginilah rupe ikan yang digunakan.....


Kuah

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar udang geragau (patut guna udang kering...)*

1 batang serai*

2 cm lengkuas*

~ bahan bertanda * ditumbuk/kisar

3 sudu besar serbuk kari ikan Adabi

rempah tumis (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)

1 sudu besar kerisik (buat sendiri jugak)

300 ml santan pekat

300 ml air

garam

minyak

Hiasan
timun/telor rebus/kacang buncis/bawang/cili padi/limau kasturi/sambal belacan

HOW?
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk beserta serbuk kari. Apabila naik bau dan keluar minyak sedikit, masuk air rebusan ikan + air + isi ikan yang telah dikisar....Didihkan...

2. Selepas itu, masukkan santan dan kerisik. Kacau di atas api sederhana hingga kuah mendidih dan pekat. Siap dah....boleh makan...

Untuk dimakan, cara hidangannya ialah.....letak spaghetti dalam mangkuk, tabur bahan hiasan dan tuang kuah....Pastu masuk mulutlah yerk...hik hik hik...selamat mencuba....

p/s gambar ini ambik dr internet sbb malas nak upload la...lebih kureng jer rupe die...rase mungkin berbeza....maklumlah, tangan yang masaknya lain2....