salam...

entry sebelum ni dah ada mention pasal aktiviti mengupang aku dan beberapa keluarga Cardiff yang lain...so hari ni cter in detail sket pengalaman dan aktiviti kami seharian di Swansea ni... apepun, layan gambar dulu la yer...sat lg aku cter....yang pasti, gambar first ni menunjukkan aktiviti kami mengutip kupang di celah2 batuan yang ada...masa nipun, air laut mula pasang sedikit demi sedikit...yang kelakarnya, Mat Saleh dok tengok gelagat kita2 org Msia ni buat apalah tuh....seronok sbb aktiviti ni beramai2kan....agak jauh jugak nak menurun ke bawah tu tp aku gagahkan diri utk turun separuh jalan jerlah...takut terberanak plak, dah menyusahkan orang.....hik hik hik....




nak dijadikan cter, kami bertolak seawal 8.30 pagi....tapi berkumpul depan Masala...tunggu semua ada dan bergerak secara konvoi....sampai di Bandar Swansea, kami singgah Car Boot dulu...jangan marah...sumer diberi masa 1 jam utk mengular dan mencuci mata...aku ni mcm biaserlah, alang2 dah datang jauh2.....alhamdulillah, dapat membeli baby seat Graco dgn harga yg diluar jangkaan...murah dan masih baru lg itemnya....lepas tu, beli baju anak2 dan baby coz cantik2 dan murah...hehehe...dan tak lupe, koleksi pasu comel...kat car boot sini, barangan yang dijual cantik2 dan baru2 lagi....especially pinggan mangkuk, pasu dan macam2 lagilah....buntang jugak mata ni tp mengenangkan keperluan mengatasi kemahuan...maka...kena berbelanja dengan bijak...:)

Lepas p car boot, kami terus menghala ke destinasi yang dituju....tak pasti nama sebenar tempat ni cuma yang aku tahu...mmg dah hujung Swansea...lautnya laut lepas....sebab pandangan ke laut tu dah macam tak berpenghujung.......mmhhhh.....ramai jugaj orang masa kami sampai tu, ada yang mandi manda di laut...Mat Saleh la...depa ni mmg kebal sejuk, kita2 org kulit tak berapa nak putih ni manalah tahan suhu begini nak mandi....

Sampai sahaja, sumer dah dok cari toilet la....maklumlah, perjalanan non stop dr Cardiff....lepas aktiviti ber'toilet' tu, sumer dok keluarkan alat2 nak p mengupang ni...kelakar sungguh tengok gelagat masing2...ada yg bawak baldi besar, baldi kecik...plastik hitam la...macam2 ADO...aku dan suami mmg bwk plastik jerr....malas nak angkut baldi bagai....nak ke tempat mengupang pun berkonvoi la, tp macam biaserrr...Mak Buyong ni paling last sekali la sampai....tak larat sangat dah...jauh jugak berjalan, dalam 15 minit.....lepas tu, nak turun bukit lagik...agak curam sehinggakan aku terpaksa berpaut kat suami...takut tergelincir plak...sampai setengah bukit, ada lah tempat untuk melepak dan bersantai...so aku dan beberapa ahli lain yg tak turun singgah situ jerr...yang nak mengupang, kena turun sampai ke laut bawah nunnnnn.....

lama jugak diorang ni mengupang....1 jam ada...memandangkan air laut dah mula pasang, maka kami naik beransur2...dah tu nak ke tempat parking tu, boleh tahan jauhnya...nak mendaki naik lagik..phewwwwwww.....nasib baik tak terberanak cik joyah ni...Nak Seribu Dayakan??.....akhirnya sampai jugak kami ke parking....letih sangat ni....aku letih berjalan, yg lain2 tu letih mengupang...nampaknya hubby berjaya jugak kutip setengah kg, alhamdulillah...dah selamat pun kami kerjakan tengahari tadi....rasanya sangatlah manis dan segar...hubby kater' nyesal tak ambik banyak2...'...aku balas ' lain kali kita p lagi a..next summer ke, ada rezeki, insyaAllah..'...

habis mengupang, kami berpiknik beramai2...seronok sungguh bler time makan ni, bertukar2 juadah...eratkan silaturahim sesama kami...berkongsi2 cter....anak2 plak seronok bermain...maklumlah, kawasannya sangat luas dan menghijau....lepas makan, kami solat kat situ jugak...memandangkan hari pun dah menginjak ke petang, dah jam 4 lebih pun...tak sangka masa berlalu sangat pantas....kami beramai2 menghala ke satu ladang di kawasan situ jugak untuk aktiviti seterusnya...'Picking Fruits...sebenarnya, aktiviti ni anak2 yang suke sangat....itu yang bawak jugaklah....sampai di ladang, dah jam 5 pun....tuan ladang kata jam 6 nak tutup dah...so kami gunakan masa yang ada ni dengan berhematnya....seronok semasa aktiviti memetik buah ni...rasanya banyak masuk perut dari ditimbang.....1 kg=£2.64...okaylah...

nampaknya, aktiviti berhenti setakat jam 6 sahaja...setelah selesai memetik buah ni, kami menghala balik ke Cardiff...masing2 dah penat dan anak2 pun dah mengantuk sangat.....jam 7.35 petang, kami sampai di rumah dengan perasaan puas dan pengalaman yang tdak dapat dilupakan....