salam...

25 Julai ini genap usiaku 27 tahun.....sekejap rasanya masa berlalu, tanpa kusedari 27 tahun telah berlalu.....dalam masa yang sama juga, aku tidak pernah menyangka menginjak di usia ini...aku telah punya 3 orang cahaya mata.....birthday kali ni, hadiah paling bermakna semestinya dikurniakan seorang putera......cukuplah hadiah itu untuk aku dan suami serta anak2 meraikan sesuatu yang sangat berharga...pernah ada plan untuk anak ketiga ini dilahirkan pada 25 Julai agar sama dengan umminya..tapi kita sebagai manusia hanya merancang..dan sebaik2 penentu Allah Taala jua....

nak kongsi serba ringkas pengalaman bersalin di negara orang...memang takkan sama dengan negara sendiri..cuma apa yang ingin aku ketengahkan betapa perkhidmatan dan layanan yang diberikan dari aku menjejak kaki untuk diinduce bersalin hinggalah ke hari ini (sbb semalam pun ada midwife datang rumah lagi untuk pastikan Irfan berada dalam keadaan sihat)....sangat kuhargai dan mereka sangat prihatin kepada aku dan baby (wpun kita bukan sebangsa tp itu bukan ukuran kepada mereka tau)......

induce jam 4.40 ptg...aku start sakit yang mmg terus sakit kerap jam 5.30......bersalin jam 8.27....sepanjang melalui saat2 sakit hinggalah melahirkan baby, seorang midwife dah jaga aku dan aku tidak ditinggalkan langsung....bila time tukar shift pun, depa akan pastikan the next midwife yg akan jaga aku diberi penerangan situasi semasa aku ketika itu...dah bersalin tu plak, dok tanya aku okay ke tak....dihidang dgn air teh/kopi...macam kat hotel plak..suami diberi peluang untuk potong tali pusat..yang paling istimewanya bersalin kali ini, suami ada disisi dari mula induce, tengok aku menahan sakit, saat2 bersalin hinggalah masuk ke wad....hubby pun cakap pengalaman yang dia dapat utk anak kali ni sangat berharga dan sukar dilupakan...:)..

well...nak cter lagi mmg panjang..kesimpulannya, thumbs up and first class service!!...dan yang past aku sangat berharap, satu ketika nanti...hospital kerajaan di Msia boleh capai tahap perkhidmatan sebegini........tak rugi apepun...