salam merdeka kepada rakyat msia yang tercinta..
hargailah keharmonian yang kita ada hari ni..berterima kasih kepada rakyat terdahulu yang banyak berkorban untuk memastikan anak cucu hari ini menikmati segala anugerah rezeki... ingatkan diri sendiri jugak!!!
sebenarnya entry kali ni nak share pengalaman pertama berpuasa di rantau orang..macam mana??..maklumlah ada yang bertanya..hhmm..susah nak describe..sbb terlalu banyak perasaan yang aku rase ketika ini..seronok, gembira, penat, sedih, sayu dan tak terkata.....yang paling penting, agak penat dari selalu..dengan keadaan nak menguruskan anak yang tiga orang tu, urus rumahtangga dan breastfeed lagi.....tapi kerana nikmat ramadhan ini, kusabarkan dan ku kuatkan jua diri...
MY NEW FRIENDS..TQ
hari ni sudah hari ke-10 berpuasa..sekejap je masa berlalukan....sehingga ke hari ini, dah macam2 resipi aku cuba..tapi sorilah yer, tak upload gambar..malas sangat....first puasa aku masak mee bandung...pastu dah cuba mee hailam, nasi goreng kerabu, ayam percik, kangkung belacan, ikan kering sepat (paling sedaplah..hehehe), sambal belacan....manisan plak buat kuih lopes (feveret glerr), puding karamel ngan agar gula melaka....lepas2 ni plak nak merasa nasi ayam, nasi tomato,soto, laksa johor, laksa swak ..macam2 plak...paham2 jerlah, puasa ni..rasanya sumer nak makan...kalu kat msia, habis dah aku geledah bazar ramadhan tuh..kat sini, nak tak nak..kenalah masak sendiri.....
pulak tu, aku tengok rancangan shamsul ghau2 yang dia p bazar ramadhan...tu lagi menyebabkan nak masak macam2..hehehe..sungguh menggoda dan mencabar minda suruh masak.....tulah, saper suruh tengok...sajer cari pasal..hahaha!!!
namun..yang aku rasa syahdu sangat ramadhan kali ni ialah bila dapat beribadat lebih sbb banyak masa....bersyukur sangat dapat peluang macam ni...maklumlah, kalau masa aku keje dulu mmg agak terhad, wpun kerja tu satu ibadat tapi tak sama perasaannya.......harap2 ramadhan kali ni dapat khatam dengan penuh bermakna, sujud dengan lebih tawaduk kepadaNya...insyaAllah...
kaylah..cter panjang2 pasal pengalaman puasa ni kang boleh menitik plak air mata..teringat kat mak tercinta..masak apalah agaknya untuk buka puasa hari ni...rindu kat mak la...dengan babah dan adik2 tercinta......moga kalian sihat walafiat...
gambar ni adalah gambar kunjungan sedara hubby dari Birmingham ke rumah kami..rasanya sebulan before aku bersalin...terima kasih atas kunjungan ke teratak kami ni..:)..sajer letak untuk kenangan...
1 comments:
salam madeha...
dah siap masak dah ker? maklumlahh dah dkt waktu berbuka ni heheee rajin sungguh laa dia mcm2 projek masak dia sepanjang bln posa nih! hehehee kalau x kerana si kecik mesti dah buleh pacak payung tepi jln jual juadah keh3 semestinya muka kita ni ari2 beratur panjang nak beli kuih-muih ahaks psst jgn x tau kita setakat ni lgsung x rajin nk bikin kuih! ermm pengalaman posa kt negara org mmg mencabar tp tulaaa byk hikmahnya kan tercampak kt sini? i tingat lg dulu masa pestime posa kt sini berdua ngan hubby mmg lgsung xreti nk wat kuih kecuali keria..buleh kata ari2 mkn keria sampai skrg kalau sebut keria mcm nk 'tercekik' kita dibuatnya hahaaa so nnti blk masia kenang2laa pengalaman pahit manis berpuasa di negara org... :)
Post a Comment