salam..

hari ni nak kongsi resepi mudah dan sangat menyelerakan di kala sejuk2 nih..pastu makan dengan nasi panas, mmg yummilicious...tak tipu..

resepi ditukil dari myresepi oleh kak fidadaud.....memandangkan bahan yang ada agak terhad so ubahler ikut kesesuaian dan pandai2 lah yer..sori kak fida sebab ubah sikit resepi asal...

gambar yang besar tu versi aku yang buat (ada part dah diambil sikit sebab dah kena ngap ngan anak2...)pisangnya aku letak selambak terus sebab nak cepat punya pasal...lagipun daun pisangnya pun frozen (idup segan, mati tak mau...hehehe), tak segar dan bila dah layur atas api jer...terus lembik daunnya, nak buat cantik2 pun susah (alasan ke????...hehehe)..kalau dah tak tau tu, cakap jerlah....gambar kecil tu diambil dari myresepi (hasil kak fidadaud punya)...

OTAK-OTAK SARDIN

sumber: kak fidadaud (myresepi)

1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
10-15 tangkai cili kering* (aku kurangkan dlm 5 tangkai coz cili sini amat pedassss)
10-12 ulas bawang merah* (aku pakai 2 bawang besar)
6 ulas bawang putih* (aku pakai 3 ulas bawang putih)
1 hiris halia*
3 batang serai*
4 biji buah keras* (
takde so tak letaklah..)
2 sb rempah kari ikan/daging
2 biji telur
1/2 cawan santan pekat
5-6 helai daun limau purut - dihiris halus (
aku blend sekali dgn bahan tanda *)
1 sb air limau kasturi (aku pakai lemon)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis
secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

note: aku tambah lengkuas dlm 1 cm

CARA-CARANYA:

1. Daun pisang dijadikan mangkuk2 kecil dan diketepikan

2. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta rempah kari. Masukkan santan+garam+gula secukup rasa.

4. Selepas tu, masukkan pula telor, daun limau dan sardin yang telah dilecek. Gaul hingga sebati dan masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan air limau/lemon. Matikan api.

5. Bubuh adunan dalam mangkuk2 kecil daun pisang. Buat hingga habis dan dikukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Siap untuk dihidangkan.

Pada pandangan aku, rasanya macam ala-ala botok2 dan sangatlah sedap kepada yang menggemari sardin. Anak2 aku suka sangat makan sardin so untuk mempelbagaikan rasanya, aku cuba resepi ini. Hasilnya tidak mengecewakan walaupun diubah sedikit...anak2 pun suka, makan bertambah2 lagi...maklumlah sejuk, lapar sangat..hehehe

okaylah kengkawan....selamat mencuba..adios