.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

(petikan email seorang sahabat)

SHARING MOMENT....

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Noor Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

p/s INGAT ALLAH, HATI TENANG

(Petikan email sepenuhnya dari seorang sahabat , tidak diubah walau satu ayat pun)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?. Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

p/s Mana yang baik, dijadikan amalan...Mana yang buruk, dijadikan teladan....belajar dari orang lain yang leboh bijak....


mmhhh.....ari nie tak tau nak masak apa...yg pasti teringin gler nak makan sate goreng...dr semalam mencari resepi, aku nak yg simple dan cepat...tp tak jumpe....jumpe yang agak payah jugak...bukan payah apa, byk barangnya....tp takpe la...nak makan sangat punye pasal...spt biase, aku pasti akan jumpe resepi yang aku nak kat myresepi.com....korang try la buat....sedap dan menyelerakan...tak tipunyer...

smalam aku call mak (rindu gler nie), nak tanya camne nak masak bende masak asam....senang je rupanye...bahan tumisnye spt biase la...bawang merah+putih+ikan bilis.....pastu air asam....last sekali masukkan bendenya...hubby pun suka sangat...anak2??..depa tak suka sayur la....takleh nak buat apa...

pastu rase tak lengkap la kalau takde sambal belacan....nasib baik belacan aku masih ada lagik...bolehlah buat...mmhhh...
nak dgr cter??...masa travel ke UK, di saat2 aku dan family turun kat Heathrownya terminal, mmg cuak sangat sebab diorang cakap kat terminal nie strict glerrr.....so aku sebolehnya meminisekan barang2 makanan kat dalam beg coz takut kena ambik ...sayang la plak...so seminggu sebelum bertolak ke uk, sumer barang makanan aku dah pos...dah la mahal..coz barang makanannya banyak la jugak....termsuklah belacan2 nie....tpkan.....masa kitorang keluar dr terminal, alhamdulillah.....senang sangat...takde check apepun....memang miracle....(dalam hati, kalau aku tau, aku bawak sumer bawang makanan)...
tp nak buek camne...mungkin kalau aku bawak makanan, kena tahan kot...ehehehe...entahler, pk2 balik, banyak hikmahnye...takdelah susah2 aku nak angkut barang bebanyak...bayangkanlah, naik bas dr London ke Cardiff....3 jam jugak...kalau bawak barang banyak, maunye bas tak boleh bergerak...itulah cternye.....

tak tau nak taip apa dah.....menu aku hr nie, sate goreng, bendi masak asam ngan sambal belacan......lepas makan, mmg rase nak tdo jerkan...lglah musim sejuk2 nie.....mmhhhh....kaylah...adios...




p/s hidup ini penuh pancawarna (album siti nurhaliza, kalau tk silap)




(petikan dr email seorang sahabat Cardiff)....anggota kumpulan MIRWANA...
bolehlah melawat blog beliau....

http://abuariffin.blogspot.com
http://ibnmahadi.wordpress.com
Syed Muhammad Izzat Syed Mahadi
Llandough, Penarth


ALTERNATIF KEPADA KFC....so lepas nie bolehlah makan RFC plak...kater nak boikot???....well, tepuk dada tanya selera....hopefully, standard RFC nie sama kelas dengan KFC....

LOKASI RFC YANG AKAN DIBUKA
1. Cawangan Alor Setar (Feb )
2. Cawangan Pulau Pinang (hujung March)
3. Cawangan Laguna Sungai Petani (awal april)
4. Cawangan Ipoh (awal april)
5. Cawangan Kulim (awal april)
6. Cawangan PJ (awal mei)
7. Cawangan Bangi (awal april)
8. Cawangan Kluang (awal mei)
9. Cawangan Kuantan (awal mei)
10. Cawangan Kelantan (awal april)
11. Cawangan Kangar (hujung march)

duk kat perantauan nie, kalau teringin nak makan benda yang takde jual?????...kena buat sendirilah jawabnyerrrr....so dua tiga menjak nie, nak sangat makan tempe...nak tak nak, buat sendirilah gamaknya...so aku pun mencari resepi buat tempe di web resepi favourite aku....resepi.net.......jumpelah...nasib baik....resepinya boleh tahan 'macam senang'...kihkihkih...belum try lagik...tp ada satu bahan yg aku takde iaitu 'ragi tempe'....dalam resepi tu, adalah dia bgtau kalau kat uk.....nak beli ragi tempe, boleh order kat kedaiperantau.blogspot.com...so aku pun surf blog nie dan emel kepada tuannya.....alhamdulillah dapat order dan beli.....aku beli 50 gm je....dalam 13 pound....total ngan kos hantar adalah 14 pound 50 pence...bolehlah...

so aku ckp ngan hubby nak beli ragi tempe (padahal dah belipun.....tinggal bayar je)...spt biasa, tanpa byk tanya....bayar jelah.....so tukang bayar adalah 'incik suami'(meniru gelaran).....gelaran kawan aku kepada suaminya...sukelah sebab unik..hehehe...jgn marah iza...bila dah bayar....dua hari lepas tu pun sampai kat umah....rase cam best gler (padahal belum buat tempenye pun).....so aku pun mulalah buat tempe step by step...agaklah susah....dan leceh...memang tersangat leceh....so aku salutelah pengusaha2 tempe nie...korang trylah buat...br tau susah senang nak buat...selalu tinggal ngap jerkk....
sbnarnya aku dah start buat 3 hari lepas...semalam baru dapat jemur kat tepi heater...hopefully esok, kulat2 nya dah tumbuh sepenuhnya dan tempe pun siap...sedia utk dimasak dgn pelbagai gaya....wish the tempe luck coz i don't want to feel frustrated again.....nape??....coz dr seminggu aku teringin sangat nak makan kepok lekor (kat sini ada pengusaha kepok lekor tau)....dah order pun....tp pengusaha ada masalah family, last2 minute cancel...sedih...huhuhu...so aku harap sangat projek tempe nie menjadi...amin...


inilah rupe tempe ku buat...aku jemur atas buku anak aku...kihkihkih...nasib baik dia tak kisah..


p/s jangan mudah mengalah....dan beralah...cewahhhh...lepas nie perancangan nak buat tauhu plak....

~HONEYMOON????~


~diimport sepenuhnya dr blog frenster aku....originally posted on 23 Jan 09~


well, cter pasal honeymoon nie…..usia perkahwinan aku dan hubby dah nak masuk tahun kelima…tp percaya atau tidak, aku dan hubby tak pernah ada peluang utk p honeymoon….kesiankan??…camne nak p honeymoon, lepas kawen je…terus pregnant, baru2 koje plak….

first pregnancy aku agak teruk jugak la…4 kali masuk wad coz of bleeding…dr suspect plasenta previa (uri kat bwh)….tp takde apepun..last aku masuk wad masa tu 6 bulan, 2 minggu kat wad Hospital Kajang…rase cam nk gler jugaklah….tp hubby pengunjung setia aku, tiap2 hari dia dtg…pg dan ptg….kesian jugak tp nk buat camne, aku dah keboringan…

sambung cter balik pasal honeymoon td….aku dan hubby mmg tak pernah plan pasal honeymoon coz masing2 pun sibuk, aku dgn koje ofis yg tak menentu…balik umah kadang2 sampai kul 9 mlm (koje sungguh2 ke, atau kena buli dgn bos??..aku pun tak pasti)...yang pasti, aku koje nipun utk tolong suami aku la, dengan izin dia jugak aku bekerja tau…mmmhhhh...sambung cter, sampai umah dah penat terus nak tdo je…hubby plak dgn study (ms tu dia sambung master) dan mengajarnya lagi…so aku pun tak pernah nak push, kitorang takde masa pun nk pk…..at last, sampai skang pun, aku takde plan nak p honeymoon lagik coz hubby dgn study (skang nie sambung lagi…buat phd), anak kami pun nak masuk tiga dah….tp hubby ada cakap, wpun kita tak pernah plan pasal honeymoon….Allah bagi honeymoon paling jauh dah nie…kat UK…ketawa melekek lah aku…pandai jugak laki aku buat lawakkan??….tp syukur, alhamdulillah….honeymoon atau bukan honeymoon, perkahwinan bukan setakat itu sahaja…lebih daripada tu…

apa yg pasti, aku tak pernah nak mintak2 ngan hubby coz aku tau, dia ada byk benda lain nk pk…dgn study lg, dgn thesis lg….tp, aku dan hubby bahagia serta bersyukur dgn rezeki yg Allah dah beri sampai hari nie….anak2 yang comel, keluarga yg bahagia dan meriah, rezeki yang sentiasa murah, hubungan sesama mak,bapak/keluarga mertua pun baik…hopefully berpanjangan la...amin

utk pengetahuan korang, aku dan hubby jarang2 sangat bergaduh….maybe sebab hubby aku tak suka gaduh dan bertekak…dia pun jenis byk diam..akulah yg paling byk membebel (biaserlah tu)…pastu nanti, at the end, kitorang sesama mintak maaf…wpun kengkadang (sebenarnya byk masa) aku yg salah….Kebanyakan masa, aku dan hubby punya chemistry yg kuat coz kitorang selalu berpk benda yang sama bile bincang psl byk perkara…kengkadang, nak makan pun boleh pk pasal makanan yg sama…pelik??…tp benar…kengkadang, aku nak makan something yg kena beli kat luar…aku tak ckp dgn hubby coz malas nk call atau sms…tp balik umah jer, tengok dia dah beli makanan yg aku nak…selalu sgt camtu…seolah2 dia boleh bc apa yg aku pk….br2 nie bincang pasal isu Palestin pun camtuh, apa yg aku pk kat kepala…sumer hubby dah ckp..so aku diam je lah…mcm aku ckp, die mcm boleh bc apa yg aku pk…

korang plak??…..apepun, rumahtangga nie mmg byk dugannnya, yg penting cara kita handle dan cara kita communicate dgn pasangan….bukan nk ckp aku dan hubby perfect partner tp aku just nk share ngan korang experience sepanjang dah bper tahun nie….itu tak cter lg pasal mak mertua…tp mak mertua aku mmg antara insan yang paling baik aku pernah jumpa….bapak mertua??...mereka dah bercerai since hubby aku masih sekolah rendah....so jarang bercter la...bapa mertua aku masih hidup lagi dan dah kawen lainpun...tp takpe, yg penting mereka bahagia...

last but not least, kepada kengkawan yg dapat p honeymoon tu, aku jeles jugaklah dgn korang coz kitorang belum ada peluang lagi camtuh…ehehehe…anyway, selamat mengharungi alam rumahtangga….kepada yg baru nak melangkah(especially pada adik aku, nong @ nabihah, yang nk kawen 14 mac ni)...sedih sangat sebab aku takde kat sana utk meraikan...kalau tak,akulah manusia yang paling sibuk sekali...tp aku dah hadiahkan cupcakes and tiered cupcakes/cakes utk dia (lawa tak tiered cupcakes/cakes tuh??....lebih kurang camtulah yg aku order)...tu jerlah yang mampu nak bg...lain2 hadiah, tunggulah aku balik msia nanti...

dan yang paling penting sekali…ilmu pasal rumahtangga kena ada, sentiasa update dan kena menyelami tujuan berumahtangga…coz ini bukan utk sehari dua…perjalanannya sgt jauh….good luck kengkawan…sama jugaklah utk aku..adios

p/s…sentiasa ingat, perkahwinan itu satu ibadah….


~import dr blog frenster aku~

cter psal jiran nie…mmhhh….susah nak kater…tp hr nie aku geram gler dgn jiran aku, apatahlagi dia Mat Saleh….menyampah glerrrr…ingat dia bagus sangat….

nak dijadikan cter, area rumah aku nie, free parking…tak seperti kebanyakan area rumah lain yang kena ada sticker (private parking) dan berbayar…so kat area rumah aku nie, tak kisahlah nak parking gaya macam manapun…asalkan ko tak parking tengah jalan…memandangkan parking area depan umah aku nie selalunya penuh so mana ada kosong, laki aku parking je la…so yg kosong cume 1 parking kat depan rumah jiran aku nie je……
laki aku selalu cakap yg jiran sebelah nie mmg pelik dan sombong tp aku tak kisah lah, apatahlagi dia bukan Islam, lagi aku tak kisah…dia takde ‘Nur’…bak kata laki aku, sebab tu dia susah nak senyum dan menyapa org lain….tp bila kau dah ganggu idup aku sekeluarga, aku jadi geram glerrrrr…..

selama nie, dia punya kucing berak banyak gler dan bersepah2 kat belakang umah aku sampai aku nak kluar p backyard pun tak sanggup…aku okay jer, sabar lagik…tp hari nie, kerana aku parking depan rumah dia, dia punya membebel…mak aiii, kalah burung kakak tua….aku rase macam nak bakar je umah dia…tp aku positifkan diri, orang gila mmg tak boleh dilayan…tak gunapun…
kalau korang nak tau, dia parking keta depan umah die, macam die ukur keta, mesti sama saiz (sama panjang dengan lebar pagar rumah die)….kengkadang, sebab cara parking yg ikut peraturan sendiri tuh, menyebabkan orang lain takleh nak parking sebab dia parking tengah2….bongok betol…

sambung cter...oleh kerana laki aku nie parking kat depan umah die, maka die dgn sukahatinya suruh laki aku cr parking lain...bahasa kasarnya, die halau la....nak tau camne dia suruh laki aku alihkan keta???……dia ketuk pintu umah aku byk kali, pastu….anak die kot (dienya tak berani pun), cakap…’excuse me, is that ur car the white one??”….aku cakap, yer lah….’can u please move it because u parked in front of my house’….cara cakap mmg mcm bagus…tp kurang ajar dan stupid….yg aku pelik tuh, aku takde perasaan ape2 pun ms anak die ckp tuh...tp lepaih tu, mcm boiler kepala otak aku nie...kalau ada api, dah lama kena sambar jiran aku nie..

lepas tu, laki aku pun parking tmpt lain coz depan umah kitorang dah ada org parking tp tak kisahlah…coz free parkingkan??….yg kelakarnya tuh, aku tengok je dia p ambik keta die, yg tak berapa jauh pun….menapak 2-3 langkah je…tp sebab nak jugak parking depan umah die (aku tengok je dia alihkan keta comel dia tuh sampai le die masuk umah, aku dgr lah die membebel tp aku tak kisahpun…suka hati kaulah), tp cara parking tu terkurang dr pagar die….dalam 3-4 minit dia masuk umah, org yg park keta kat depan aku tu pun beredar….tup,tup…jiran aku yg baru masuk umah nie, boleh je dia p gerakkan keta die supaya buntut keta dia sama rata dengan pagar umah die…siot jerr….dalam hati aku, ada jugak manusia macam nie…tp nak buat camne,lebih2 lagi orang takde iman nie….so aku malas nak layan..keta aku??..laki aku dah parking jauh sikit so dia malas nak gerakkan…sesape nak parking depan umah aku nie, dipersilakan lah…no hal…

geram memang geram….Allah je yang tahu…dalam kepala otak nie, macam2 dah aku pk…nak tembak kucing dia, nak pecahkan cermin keta dia…tp bila difikirkan balik, itulah bezanya orang yang ada iman dan sebaliknya…bukan nak cakap aku nie bagus tp…nak menunjukkan betapa iman ini banyak membantu kita dalam hidup termasuklah berfikir secara positif dan bertimbang rasa terhadap orang lain…kepada yang non-muslim, jgn terasa coz this is what happened to me and this is my opinion toward this incident….skang nie, mmmg marah jugak tp nak buat camne…orang camnie, tak pk orang lain coz dia dah design ‘own territory’ which really comfort hidup die…so no point cakap dgn org camnie…dah pernah try pun….takde perubahan…so any suggestion??…..

sampai skang niepun, perangai parking die tetap sama tp aku mls nak layan org pelik2 nie...aku rase kelakar dan rase nak gelak je tengok gelagat manusia camnie...nasib baik bukan duduk sini selamanya, tiba masa aku pun nak balik negara aku lah...aku tak heran pun dok sini...malaysia jugak yang terbaik...hehehe...

moralnya??….Biar orang buat kita, jangan kita buat orang…itu prinsip yang aku pegang dan pesanan mak aku….takpelah…usah dilayan coz i believe someday, dia mesti teringat kat aku nie…jiran dia yang sangat baik…heheheh…angkat bakul sendirilahkan??….adios…

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive