TAG CABARAN LANGSING
ini tag daripada mamawafiy a.k.a salina..pasal berat badan..aku ni particular jugak pasal berat badan dan kadang2 jaga jugak makan dan minum..ye ke????...
1) Berapa kah berat anda sekarang dan juga ketinggian anda?
~berat : 60kg (eventhough 30 weeks dah but still maintain) tinggi : 160cm…
2) Berat yang paling tinggi dalam sejarah anda? Usia anda pada masa itu?
~ hhmm..paling berat adalah 65 kg masa ngandungkan anak pertama...usia masa tu adalah 23 tahun...
3) Apakah makanan sampingan anda untuk memiliki tubuh langsing? dan kejayaan anda dengan makanan tersebut?
~ makanan sampingan...hhmmm...aku pun tak pasti tubuh ni langsing ke tak...tapi aku ada lah minum Lasindah Cafe dan DN Hans dengan niat badan nak cergas...takde pk plak nak langsing coz aku ni susah nak gemuk dan susah nak kurus..tengah2 la..
4) Berat yang paling rendah yang pernah anda dapat ? Usia anda pada ketika itu?
~ susah jugak nak jawab nih...rase masa zaman anak dara kot..berat around 50 to 55 kg jerk...
5) Anda pernah sertai program pelangsingan? nyata kan kejayaan anda..
~ tak pernah la plak...rase sayang duit..baik simpan atau bg mak bapak ke..huhuhu...
6) Apakah diet yang anda ambil untuk memiliki berat anda paling terendah?
~ diet??...aku ni tak pandai berdiet tp makan kadang2 memilih jugak...kira diet ke??...sebab makan tetap makan...takde tahan2/sekat2 makan ni...nikmat tu makan..
7) Apakah yang menyebabkan berat anda naik mendadak?
~ of course la kena buatan orang a.k.a. mengandung...lain2 perkara tak menjejaskan aku pun setakat ni...
8) Apakah Target anda untuk kurus selepas ini?
~ takdelah spesifik target...cuma aku ni tak nak berat sangat dan tak nak kurus sangat...aku rase berat aku 56-60 kg tu okaylah...setakat ni boleh maintain 58 kg kalau tak ngandung...
9) Miliki gambar anda dahulu dan kini?
~ bukan tak nak letak...tp mmg koleksi gambar kat laptp hubby skang ni sangatlah kureng...nantilah, tunggu aku balik msia...kat situ banyaklah jugak aku simpan...
10) sila upload ok?
~ tak dapek nak tolong...
nak tag orang...suke,suke,suke...
~iza karmila
~ladyell
~shima cardiff
~ sumer followers blog ini....
dan sesaper yang rajin serta lum buat lagi tag nie....chai yok!!!
adios
MY NEW FRIENDS..TQ
salam....
tetibe ari ni rase rajin....bleh??..hehehe...kan aku baru beli oven so arini nak buat perasmian la...memandangkan aku suke sangat dengan puding roti + bersos kastad...maka arini aku pun buat resepi ittew...
sangat mudah dan cepat untuk sediakan...resepi ni diambik dr majalah Pa & Ma..tapi dah lekat kat kepala coz terlampau suke...kalau p hotel, mmg cari nilah dulu....
bahan2nya...
Bahan A
500 ml susu cair
500 ml krim (x letak pun coz takde dlm stok la)
70 gm mentega (aku pakai butter)
Bahan B
250 gm gula
10 biji telur
1 sudu kecil esen vanila
Bahan C
750 gm roti (aku pakai 10 keping roti)
kekacang/kismis (optional)
How?
1. Bahan A di campur dan dimasak dengan api yang kecil hingga mendidih.
2. Bahan B pun campur dan gaul sehingga sebati (aku putar je la coz nak cepat).
3. Bahan c tu, rotinya dipotong2 dan letak dalam bekas nak masak. Tabur sikit2 ngan kekacang dan kismis.
4. Bahan A dan B dicampur...pastu tuang kat dalam bekas yang ada roti tu plak. aku tabur2 sikit ngan kekacang dan kismis kat atas sekali.
5. Masak kat oven dengan suhu 180' selama 30 minit/hingga masak secara double boil. (aku tak buat double boil pun coz takde bekas la).
6. dah siap....ada sos dia tau..sos kastad...mmg sedap kalau letak.

Sos kastad
1 tin susu cair
2 sudu besar tepung kastad
2 sudu besar gula
campur semua bahan..lepas tu masak kejap dengan api yang kecil. Bila nak makan, tuang atas puding....sedappppppp....
salam...
br ada masa nak hapdet blog setelah kebizian beberapa hari nie....spt yang aku ada mention dlm entry sebelum nie, kami sedang menanti kedatangan seorang sahabat kepada sahabat suami yang akan melanjutkan phdnya di cardiff univ so masa ari sabtu petang, sampai juga dia ke rumah kami ni.....
mmhhh...sampai2 je kitorang terus bawak dia p ASDA utk beli barang...sebenarnya mmg niat aku nak p coz nak beli barang dapur sikit so bawak la dia sekali....mana tau dia nak beli barang ke....lepaih tu, bawak dia p tengok umah sewa yang kami dah carikan before dia datang lagi.....at last, balik umah je mmg suruh dia berehat...long distance punya travelling ni mmg memenatkan....yang best tu, dia bawakkan belacan....aku mmg pesan kat dia...thx izan...
keesokan harinya, kami bawak dia p IKEA berjalan.....memandangkan umah dah dekat sangat so bawaklah dia berjalan2 round cardiff yang tak seberapa nak besar ni.....pastu hubby nak bawak tunjuk school of engineering where she's going to further her study nanti.....tp hampa coz arini ada gems kat Millenium Stadium so jalan2 utama tutup la...coz nak p ke school tu, lalu jalan utama.....takpelah, kami bawak dia p makan Nando's yg halal kat sini...agak jauh jugak dlm 20 minit...lepaih tu br bawak dia p destinasi yg sepatutnya....
semalam plak, cuti (bank holiday) tp takde berjalan pun coz tak tau nak bawak p mana lagik....dok umah je la suruh dia berehat....hmmm...petangnya plak, hantar dia ke umah sewa.....pastu bekalkan lah apa yang patut memandangkan dia masih baru kat sini....awal2 ni susah sket nak berjalan membeli barang sangat...apepun, izan....good luck...ape2, pls call us utk bantuan....
kaylah....lupe la nak ambik gambar ngan die...tak teringat pun...buat kenangan...tp cardiff ni tak besar mana, kat memane nanti leh jumpe kan...takpun, ajak dia datang umah....adios...
salam...
kalau tengok tajuk entry sahaja, sudah cukup untuk aku gambarkan proses preggy check-up yang berlalu semalam di Univ Hospital of Wales....apa yang pasti, memang layanan yang diterima adalah unexpected....

Nak dijadikan cter, semalam aku ada appointment di hospital jam 9.10 pagi...pada aku, agak pagi jugaklah sebab di kala itu selalunya...anak2 masih nyenyak tdo dan rasa kesian plak nak kejut...tp entah macam mana semalam anak aku yg sulung bangun pagi dr biase dan bila umminya bersiap2, terus je bertanya 'ummi nak p mana ni?...dgn masih terpisat2 lagi tuh...aku pun cakap, ummi nak p hospital la hari ni..nak p check adik baby kat tummy ummi ni...terus je cakap, nak ikut lah...aku pun suruh dia mandi dan bersiap...tiba2 si adik plak bangun...tp tak mandikan la sbb dia menangis mcm terperanjat....dalam jam 9.45, kami semua sudah bersiap dan ready nak p hospital...
jarak hospital ke rumah, takdelah jauh sangat...dlam 10 minit jugak dan alhamdulillah, jalan tak jam...so far aku kat sini, belum pernah lg menempuh jam melainkan ada games kat Stadium Millenium Cardiff....sampai kat hospital dalam 9.05 minit...first time p hospital so mmg meraban jugak cr jalan nak p antenatal clinic...semalamnya dah tengok website...aku ckp kat hubby, antenatal clinic ni kat main building...kami terlepas nak masuk parking ke main building dan terpaksa circling hospital...itu yang jadi lambat...at last, aku cakap ngan hubby, drop by aku kat main entrance...hubby p carik parking dululah sebab jam sudah menunjukkan 9.20 pagi...dah lewat 10 minit...risau jugak ni..nak cr kliniknya lagik...tensi,tensi...
sampai kat main building, aku p tanya receptionist...seorang lelaki yg jaga kaunter tp sangat mesra cume dia bg direction yg salah...sampai ke tempat pertama ditunjukkan, pun seorang jejaka yang jaga...dia cakap bukan di situ tempatnya...tp takde nada marah langsung...very friendly....dia sendiri pun tak pasti kat mana tp yg pasti, dia jugak bg direction yg salah...at last, aku tanya kat seorang auntie ni coz dia yg dok tanya dulu kat aku nak ke mana.....hehehe...nampak sangat kot muka tersesat aku ni..walla....aku pun ikutlah macam yang auntie tu cakap and dia siap pesan lagik, kalau tak jumpa tempatnya, datang balik jumpe dia...sangat baik auntie ni (rasenya dia koje cleaner kat hospital ni)...jam sudah menunjukkan 9.30...lassssst sekali, setelah tersesat buat kali keempat...aku dah tersesat sampai ke O & G department...maternity ward la...aku pun tanya seorang nurse yang sedang sibuk mengemas mejanya....dengan ramah dan tersenyum..dia pun tunjuk direction yang betul kat aku...finally, sampai ke antenatal clinic...sangatlah dekat ngan main entrance cume signagenya tidak berapa nampak coz tulisannya diletak di sebelah dalam....
sampai kat kaunter antenatal clinic, nurse yg jaga tu dgn mesranya tanya apa yg boleh dia bantu...aku dah cuak sebab takut kena marah coz sah 9.40..lewat 30 minit...aku pun bg surat appointment and dia terus suh p ultrasound/scan unit (dalam hati, nasib baik la tk kena bambu..kalau kat Msia ni dah kena bambu)....sampai kat tmpt scan, bg nama...dlm 5 minit aku dipanggil padahal ramai lg yang tunggu tau...kat sini, wpun sampai lewat tp ko punye appointment awal maka ko akan dilayan dulu...okey tak??....masa scan tu, dua orang nurse yg entertain aku...baik glerrr dan sangat mesra...macam2 tanya pasal baby and bersungguh2 nak tengokkan jantina baby...aku cakap kat depa, aku tak kisahpun dan mmg tak dapek nak tengok coz kaki baby terkepit....so still wondering lagi jantina la..hehehe...apepun, nak tunjuk kat sini betapa layanan yang diberikan first class tau...takde diskriminasi wpun dia tau kita adalah foreigner...

lepas tu, p antenatal clinic semula utk jumpa midwife...masa jumpe midwife pun, siap usap2 badan tanya kesihatan macam mana...ada masalah ke....pastu ambik darah utk run a few test, tekanan darah, tinggi dan berat serta urin...semuanya okay..setakat ni, berat aku dah 62 kg...bleh tahan jugak....memandangkan report scan menunjukkan tarikh jangkaan bersalin mungkin lewat dr tarikh jangkaan skang ni maka next week, aku kena p hopsital lagi utk buat scan...nak confirmkan tarikh yang tepat la (even akan lewat atau cepat 2 minggu selalunya)...so okaylah...habis je sumer...midwife datang jumpe aku kat waiting room bgtau pasal everything is okay and next week kena datang lagik...bg buku pasal pregnancy and satu fail yg penuh dgn kupon utk aku redeem kat pasaraya seperti TESCO bg ibu2 yang akan bersalin..best tak??..hehehe...

okaylah...panjang dah cter nie...yang pastinya, semalam adalah hari indah bg aku coz everything run smoothly throughout the day...semalam petang appointment dgn midwife kat GP pun okay...mesra dan sangat baik....kalau nak compare dgn perkhidmatan di Msia mmg masih belum nak capai seperti di sini...hopefully, perkhidmatan hospital/klinik kerajaan di Msia akan bertambah baik dan berubah....tak rugipun berbudi dan berbahasa dgn orangkan??.....
salam....
~ aku baru beli oven...hehehe...sangatlah suke coz oven yg ada bermasalah...thx hubby.....aku beli nipun sebab ada offer half price....kalau tak,malas jugak nak membeli.....actual pricenya 58.69 pound....after offer is 29.34 pound....okaylah tu...brand Cookworks, 19 Liter capacity...kat sini, kira brand paling affordable la dan kualitinya boleh tahan....hubbby dok kater 'lepas ni bolehlah makan puding roti yerk....

~ esok pagi aku ada appointment antenatal dekat Univ Hospital of Wales...it will be my first and last appointment with the hospital....esok jugak, aku kena scan baby skali and hopefully everything goes well...pray for me frens....petangnya plak ada appointment kat GP ngan midwife......so esok adalah hari berappointment buat aku....:)....balik umah mesti kepenatan...zzZZZzzzzz.....
~ skang nak masuk 30 weeks (around 7 months ++)....lately, simpton2 mabuk mula terasa...mual2 dan loya2....tp tahan jer la...nasib baik boleh memasak, kalau tak kat mane nak membeli makanan dah siap masak...especially lauk pauk...apepun, aku harap takdelah teruk sangat macam awal2 preggy aritu....bau nasi pun tak lalu....
~ kami sekeluarga sedang menunggu kedatangan seorang sahabat kepada sahabat suami (paham tak ayat aku??...dia ni kawan kepada kawan hubby la).....dia nak further study kat sini(Cardiff Uni) so at the meantime, she's going to stay with us till she get a new room to rent....the thing is, kami pun tak tau apa cter dia skang nie either dia dah sampai UK atau masih di Msia....but hopefully, she's going to give us a call/email stating her status now...risau jugakkan kat tmpt orang nie....bukan apa, dia ckp akan sampai semalam atau hari ni tp till now, takde dgr ape2 dr dia....apeppun, kami doakan dia selamat sampai ke sini....
~ Two of my colleagues kat Msia (sesama kengkawan masa Kursus DPA) fly to Sweden and Brussels arini....sorang tu sambung Master kat Sweden...yang sorang tu posting kat Brussels....congrats to Tazril and Rafiqa.....good luck for the long journey....moga selamat sampai ke destinasi yang dituju......gonna miss Msia la lepaih ni korang...sabar je la yerk kat perantauan ni....
~ Lastly, arini aku masak Asam Pedas Ikan Merah........makan bertambah dua kali...tak pernah2 camtu....selalu tak berapa lalu sangat makan....tapi kalau mak aku yang masak, mau 3 kali tambah..hehehe....
kaylah....arini plan nak tdo awal sket tp takleh jugak....sebab skang Isya' masuk lambat...dalam kul 10.50 mlm....kang tertdo terus plak...huhuhu....adios.....
salam...
tag ni kena buat entry baru coz byk glerrrr soalan kena jawab...rajin baca....tak rajin, larikkkkkk...
3 names in ur inbox cellphone?
~ hubby
~nong (my younger sister)
~ijat (my younger brother)
Your main ringtone?
~ mmg dah ader...krinngggggg...krinnggggggg...
What u did at 12 last nite?
~ zzzZZZZzzzzzzz......
Who was the last person u went out? Where?
~ hubby and the kids.....headed to Cardiff City Centre....browsing and bought some items for the kids...
The color of the shirt you're wearing now?
~ Grey
The last thing u did?
~ ate the homemade SOTO
3 of ur everyday fav items
~hhmmmm.....laptop hubby, handphone and my recipes books......
The color of ur bedroom?
~ Creamy...
How much money in ur wallet now?
~ 5 pound maybe....
How's life?
~ Thanks to Allah....everything is good....
Ur fav song?
~ Ayat2 cinta (at the moment).....
What will u do the next weekend?
~ heading to car boot for browsing some stuffs....for the upcoming baby on July.....
When was the last time u saw ur mom?
~ physically 6 months ago before departed from KLIA.....invisibly (is it rite spell??) in my dreams.....miss mak so much....
Where is she now?
~ at home.....Benut,Pontian.....
When was the last time u talked to ur parents?
~ this morning on phone.....
Who is the last person that texted u?
~ ijat (my younger brother)
Where did u have ur dinner last nite?
~ kat umah lerrr....sini mana ada kedai melayu....paling2 pun Paki tp jual ayam goreng je la...takpun burger...atau kebab..
The last suprise u got?
~ Burberry perfume from hubby....on Feb kot....
Last thing u borrowed from ur friends?
~ kata2??...hehehe...
Who is ur bf/gf or husband/wife?
~ Mohd Izham Saiman....hubby and soulmate....
What do u feel now?
~sleepy and tired......
Wanna share with who?
~bantal la....
Who keeps ur secret?
~ Mak ngan hubby.....
They keep ur secret?
~ of course la....
Are u angry with someone?
~ nope coz it's not a good feeling....miserable being with angry with somebody and it's no point..
What do ur order at McD?
~Quarter Pounder or Large Porridge....
The last time u felt so sad?
~ Let bygones be bygones....
What is ur wish for tomorrow?
~ still breathing and hoping everybody in this world leave in peace and harmony.....
Wish to tag??
~ anybody.....feel free...
selesai......sorilah takde space...blog buat hal...dah jenuh edit....
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~~*~*
salam....
arini rajin sikit nak buat tag....hmmmmm....ada dua tag....dua2 nya dari ladyell....baru dapat langsaikan hutang tag ni...dr minggu lepaih lagik sebenarnya....
Tag Gambar Profail
Terangkan maksud gambar itu:
Gambar ni sebenarnya ada gambar penuhnya...aku dan hubby masa dia konvo Master tahun 2006 yang lalu tp sbb dia tak suka interframe so aku editlah gambar ni....tunjuk muka aku jerk...masa tulah...tp aku letak jugak gambar hubby kat blog...biar die glamer...hehehe..
Kenapa pilih gambar tu:
sebab gambar aku tak banyak dalam simpanan laptop hubby so mana yang rase okay dan menepati citarasa aku...aku letaklahkan...lgpun aku suke kaler maroon dan gambar ni mmg amat bersesuaian dgn tema fav kaler aku....bleh??....
Nak tag siapa??...
sesaper yang rajin dan belum buat tag nie...silakanlah....
~hutang selesai~
~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*~*