.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

salam....

hari ni, diariku sarat dengan aktiviti...seawal 5.30 pagi dah bangun untuk siapkan bekalan sempena aktiviti 'mengupang' dan 'fruit picking' hari ni....perjalanan mengambil masa 1 jam setengah dari rumah dan kami berkonvoi 9 kereta bersama2 keluarga Cardiff yang lain....tempat dituju adalah Swansea...

cter selanjutnya...kena tunggu entry selepas ni la...sebab aku dah tak larat sangat...rasa macam nak terberanak pun ada...hik hik hik...tapi yang pasti, sangat menghargai aktiviti kekeluargaan hari ini...nantikan piktura2 dan adegan2 'melaratkan diri' dari aku utk dikongsi bersama korang....

pasti ada yg tertanya apa aktiviti 'mengupang' tukan??..TUNGGU.....

salam....


hari ni birthday mak aku yang tersayang....tarikh lahir mak aku...cantik jer nombornya...16/06/1961.....so hari genaplah usia mak 48 Tahun....sangat merindui mak saat ni.....dalam dunia ni, mak aku adalah insan yang paling mengetahui perangai aku luar dan dalam...malam tadi jugak, aku SMS mak untuk wish happy birthday....pesanan ringkas aku kat mak, tahun ni tak bg apa lah nampaknya tapi yang pasti, kiriman doa untuk kesihatan dan keberkatan hidup mak dan babah tak pernah putus dari aku..aku rasa itu lebih bermakna.....



salam kasih sayang dari anakmu yang jauh.....

salam...

ini entry semalam...puas menaip, entah macam mana aku terdelete plak...datanglah aku punye sengal...dahtu malas nak retype balik...

sebenarnya nak berkongsi aktiviti semalam...almaklumlah, hari cuti2 kami...hik hik hik....

Pagi~ bawak anak2 p Victoria Park...diorang suke sangat p taman sini sebab banyak mainan dan ramai org....semalam plak ada aktiviti bermandi manda coz kat taman ni ada swimming pool utk anak2 kecik (tp smlam ramai plak anak2 kecik spesis DEWASA ber'sun tan'......anak2 aku tak suke sgt aktiviti2 mandi mandi kat tmpt awam ni...maklumlah tak biasa dan dibiasakan....

Tengahari~ p berjalan kat area Canton...sajer cuci mata kat Charity Shop...tapi tak banyak yg bukak....aku ada terpaut pada sebuah buku cter kat Cancer Research Charity Shop tulisan Sidney Sheldon (one of my fav writers...so far kat sini dah 4 buah jugak dapat abiskan baca di masa senggang...tak tau nak kater, kalau baca buku dia ni mmg takleh berhenti baca coz sangat saspens jerkk...rase berdebar je tak abiskan....)..tp agak mahal la reganya...2 pound...kalau kat Car Boot, 3 buku bleh dapat 1 pound and quality sama jer....so batalkan hasrat nak beli.....lebih baik beli baju utk anak2....lebih berbaloi...

lepas tu singgah Masala (Kedai Pakistan)...utk beli brg2 dapur sket....

Petang~ p mengundi utk Cardiff Keluarga punya pilihanraya...nak bentuk 'Kabinet' baru..hubby ada tercalon tp awal2 dah cakap....'jgn pandai2 vote abang tau...banyak benda lain nak fikir ni..'..jangan risau la bang, kiter paham....hubby ni bukan minat persatuan2 ni, tau sangat.....aku vote calon yang lebih layak la dr hubby....

Menu Utk Semalam Plak!
Sarapan~ Roti Cecah Sambal Telor (hubby cakap masam...terlebih sos tomato gamaknya)...
Tengahari~ Colek Ikan Tenggiri (resepi klik sini)....sedap tau!!!
Kentang and Lobak panggang lada hitam (kegemaran anak2)
Sup Crab Meat (fav anak2 jugak)

Minum Petang~ teringin sangat nak makan Kuih Ketayap/Lenggang2....so lepaslah hajatku nak makan kuih ni semalam...sedapnyerrrrr.....

Dan semalam jugak, anak aku yang sulung...Damia...tak sihat...lepas Maghrib jer, dia dok muntah2...membawak ke tengah malam...panik jugak kitorang, udahlerr takde ubat....pastu sekali muntah mmg banyak glerrr....wondering what she ate on the evening...rase2nye takde yang pelik2 coz apa yg dia makan, we all makan jugak.....apa yg aku buat, bg dia minum air kosong sket2 coz kalau bg byk sikit...dia akan muntahkan balik...pastu aku urut dia satu badan....at last, she went to sleep....dlm kul 2 pg tu dia ada bangun mintak air kosong....malam td aku mmg tak tdo sangat dok check temperature (in case die demam) and kalau2 dia termuntah tanpa sedar...

Pagi ni, mmg bg minum air kosong jer....takut nk bg makan yang heavy2 dulu.....yang pasti, hr ni mmg die tak skolah sbb risau kalau2 dia muntah2 kat kelas nanti....so far, tengok dia macam dah okay....hr pun dah bg makan kentang panggang je....'ummi doakan anak ummi sihat ya sayang.....'

kaylah....esok midwife dtg umah...nak tengok kedudukan baby so malam ni aku kena jampi lebih sikit kat perut..hik hik hik...apepun, kita berdoa...selebihnya...tawakal kepadaNya, AMIN...

p/s sorilah coz tak letak gambar...malas nak upload...yg pasti, apa yang dimakan mmg menyelerakan......

~ Laksa Johor~

salam...

sudah lama memendam rase nak makan laksa johor...memandangkan kat sini takde jual, maka kenalah buat sendiri...mmhhh, arini plak hubby ajak p Morrisons...kalau nak cari fish/sayuran yang fresh mmg kena p sinilah....so dalam kepala mmg dah ada terbayang2 rupe ikan yang nak dibeli bagi menjayakan projek laksa johorku ini...pepaham jerlah, kalau dah dok merantau ni mmg nak buat resipi yang perfect, tak dapeklah nak tolong...so guna bahan yang ada jerlah joyah!!!!...

Original resipi aku ambik dr ladyell punya blog.....mmg adalah bahan2 yang aku tak pakai sbb kat sini takde jual/ tak jumpe lagik.....so ladyell jgn marah yerk sbb resepi asal telah diubah...nak kena sesuaikan dengan bahan2ku ini...so nak kena ubah lah nama resepi (boleh gittew??)...

LAKSA JOHOR PERANTAU CIK JOYAH

Spaghetti (rebus dgn sedikit minyak dan garam)
Mackerel Fish (aku guna 3 ekor sederhana jerk)
~ rebus isi ikan dan blend halus...air rebusannya jgn dibuang

Ginilah rupe ikan yang digunakan.....


Kuah

5 ulas bawang merah*

2 ulas bawang putih*

2 sudu besar udang geragau (patut guna udang kering...)*

1 batang serai*

2 cm lengkuas*

~ bahan bertanda * ditumbuk/kisar

3 sudu besar serbuk kari ikan Adabi

rempah tumis (kayu manis,bunga lawang,buah pelaga)

1 sudu besar kerisik (buat sendiri jugak)

300 ml santan pekat

300 ml air

garam

minyak

Hiasan
timun/telor rebus/kacang buncis/bawang/cili padi/limau kasturi/sambal belacan

HOW?
1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar/tumbuk beserta serbuk kari. Apabila naik bau dan keluar minyak sedikit, masuk air rebusan ikan + air + isi ikan yang telah dikisar....Didihkan...

2. Selepas itu, masukkan santan dan kerisik. Kacau di atas api sederhana hingga kuah mendidih dan pekat. Siap dah....boleh makan...

Untuk dimakan, cara hidangannya ialah.....letak spaghetti dalam mangkuk, tabur bahan hiasan dan tuang kuah....Pastu masuk mulutlah yerk...hik hik hik...selamat mencuba....

p/s gambar ini ambik dr internet sbb malas nak upload la...lebih kureng jer rupe die...rase mungkin berbeza....maklumlah, tangan yang masaknya lain2....

~VIVA~

salam...

arini, hubby viva utk setahun setengah journey dalam studynya...aku plak yang berdebar2 saat ini..selagi tak selesai, selagi tulah tak senang duduk....sejak Sabtu lalu hubby tak tidur sangat, study dan study dan study...moga kejayaan miliknya jua...insyaAllah...

"ku panjatkan doa kepadaMu, Ya Allah...Permudahkanlah urusan suamiku dalam VIVAnya hari ini...ku mohon kepadaMu jua agar diberi ketenangan hati dan keputusan yang baik jua untuknya...sesungguhnya Kau Maha Mengetahui yang terbaik untuk suamiku..amin.."



p/s...VIVA tu exam dalam bentuk presentation dan soal jawab la untuk students...VIVA hubby kali ini adalah untuk menentukan sama ada layak atau tidak untuk hubby meneruskan perjuangannya dalam study di bumi Cardiff ini...

salam...

arini ada check-up dengan midwife kat GP....well, so far alhamdulillah, semua okay...cume baby dok melintang lah (breech position)...kedudukannya tidak berada dalam keadaan sepatutnya...kedudukan yang sepatutnya adalah kepala bayi di bawah (cephalic position) memandangkan aku dah 34 weeks...Midwife cakap kalau lagi dua minggu, kedudukan baby tak berubah...kena refer kat hospital...aku ni takut sangat kalau kena C sect untuk bersalin sebab takde pengalaman lagik...dahtu, aku berpantang ni anak beranak jerk...harapkan hubby je nanti.

Kalau ikut previous history of my pregnancies pun, mmg dua2 anak aku macam tuh...dah nak dekat bersalin pun kepala baby still floating dan tak engage lagi kat pintu nak keluar...sampai Dr kena tarik kepala baby untuk letak dia kat pintu keluar (sakit woohhhh..)....anak yang kedua plak, siap masuk wad sebab Dr Pakar nak tolong pusing..sekali bila time nak buat pemusingan tuh, baby dah berada pada kedudukan cephalic..hik hik hik..(baby main2kan Dr plak..)

Kat sini aku tak taulah prosesnya mcam mana kalau kedudukan baby still breech......but hopefully, baby akan pusing pada kedudukan yang sepatutnya bila dah tibe time dia nak kluar nanti...masa kat Msia pun, aku p berurut untuk pusingkan baby kat mak bidan (tp bidan yang diiktiraf oleh Kerajaan la)....kat sini sape nak urut??..sendirilah...skang ni, apa boleh buat..aku banyakkan selawat kat perut, sapu2 dan mintak baby pusing sendiri...insyaAllah...

ada jumpe petua nie....kalau baby songsang/melintang...amalkan senaman berjalan kaki dan letakkan bantal di bawah punggung supaya kedudukan punggung lebih tinggi- 5 ke 10 minit sehari.....

yang penting, kita kena berusaha dan banyakkan berdoa..selebihnya ketentuanNya jua..Dia Maha Mengetahui...


CHAI YOK!!!!!

salam...

nak share a few info pasal breastfeeding (BF) ni sebab aku punye plan untuk fully BF anak aku yang bakal lahir ni (insyaAllah)....dua tiga hari ni banyak merantau kat cik tenet pasal BF ni memandangkan sebelum2 ni, anak2 aku sempat BF sampai 5 bulan jer..lepas tu dah pakai susu formula...bukan tak nak BF, tapi bila dah bekerja ni..banyak sungguh rintangannya dan akhirnya, aku terpaksa pasrah...(cehh..nak seribu daya, tak nak seribu dalih..hikhikhik)...

tapi anak yang ketiga ni, mmg aku berkobar2 nak fully BF anak..memandangkan keadaan pun mengizinkan, almaklumlah...dok umah jerk...hopefully dapat BF baby sampai 2 tahun...CHAI YOK!!!!!

Antara perkara yang aku dapat kongsi kat sini adalah:

PETUA UNTUK BANYAK SUSU
~ Minum air kosong yang banyak
~ Minum air susu/Horlicks (kat sini takde Horlicks la)
~ Minum yang berasaskan oat/bijirin
~ Makan buah kurma/ kurma merah
~ Banyakkan pengambilan sayuran, buah-buahan especially sawi, carrot dan kobis
~ Makan biskut2 seperti Cream Crackers
~ Kurangkan makanan berlemak/berminyak
~ Tidak digalakkan untuk makan ikan kering/ikan masin
~ yang paling penting, makanlah makanan yang berkhasiat...seperti dalam Piramid Makanan (aku rase semua orang tahun ni)....

sumber: susuibu.com, breastfeeding.nhs.uk, mumplusone.com, mak aku, mumschoice.com.my (yg ni pun byk info pasal BF)....byk lagi laman yang boleh korang bukak...try search engine...:)


WHY IS BREAST BEST FOR BABIES?

Breastmilk is the only food naturally designes for your baby. It contains all the nutrients he or she needs in the right amounts and in forms that are very easily absorbed. BF helps protects little ones against:
~ Ear infections
~ Asthma
~ Eczema
~ Chest infections
~ Gastro-intestinal infections
~ Urine infections

For Mums:
~ helps your womb return to its normal size quickly
~ lose some of the weight gained in pregnancy
~ protect against pre-menopousal breast and ovarian cancer
~ help prevent weak bones later in life

source: Mum Plus One Magazine (UK)

akhirnya....

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap, iaitu bagi orang yang menyempurnakan penyusuan itu” - Al-Baqarah (233)

satu lagi...penyusuan secara ekslusif ini juga bergantung kepada emosi ibu...so kenalah sentiasa positif dan motivate diri untuk meneruskan penyusuan secara penuh ni...itulah yang aku harapkan...amin..

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive