.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

Showing posts with label berat badan. Show all posts
Showing posts with label berat badan. Show all posts

MATI SELEPAS SUNTIKAN KECANTIKAN
sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.

Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.

Suaminya, Zaharudin Zainuddin, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007.
''Kali terakhir arwah ke klinik itu adalah bagi membuang lemak serta susulan selepas melakukan rawatan menegangkan bahagian punggungnya.

''Arwah tidak banyak bercerita mengenai rawatan kecantikan tersebut. Bagaimanapun, berat badannya dilihat berkurangan iaitu daripada berat asal lebih kurang 50 kilogram ke 45 kilogram,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Kata Zaharudin, sejak kebelakangan ini, isterinya mengadu sakit serta memaklumkan ada benang tertinggal dalam perut ketika menjalani rawatan terapi buang lemak di klinik terbabit.
Sehubungan itu, dia menasihati isterinya supaya berhenti melakukan rawatan terapi itu yang mencecah kos RM1,000 bagi setiap kali sesi.

Sementara itu, kakak angkat kepada mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, dia menemani Noraini ke klinik terbabit pada pukul 3 petang hari kejadian untuk temu janji dengan doktor.
''Saya hanya menunggu arwah di tingkat bawah sahaja kerana kebiasaannya sesi terapi itu tidak mengambil masa yang lama.
''Bagaimanapun, setelah lebih tiga jam menunggu, Noraini tidak muncul sebaliknya doktor tersebut meminta saya masuk ke pejabatnya sebelum memaklumkan arwah meninggal dunia pada pukul 5 petang selepas muntah-muntah.

''Doktor itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ubat bius disuntik dan ia prosedur biasa sebelum rawatan buang lemak dilakukan,'' katanya.
Misha menambah, dia berasa kecewa kerana doktor berkenaan mengambil masa lama untuk memaklumkan kepadanya yang menunggu di bawah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan mengesahkan kejadian tersebut dan telah mengambil keterangan doktor dan jururawat yang bertugas hari kejadian untuk membantu siasatan.

''Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan diteruskan ke atas kecuaian doktor sama ada telah mengenal pasti alahan pesakit sebelum rawatan diberi.
''Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur telah selesai, bagaimanapun sampel-sampel tisu mayat telah dihantar ke makmal kimia untuk siasatan lanjut sebelum keputusan bedah siasat diketahui.

''Keputusan akan diketahui dalam masa lebih kurang empat minggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyemak lesen perniagaan premis terbabit dan mendapati ia diperakui dan sah.

p/s takziah kepada keluarga mangsa....Bersyukurlah dengan kecantikan yang Allah berikan kepada kita....everything happens for a reason...

~Kerisauan....~

alhamdulillah....skang aku dah nak masuk 24 minggu (nak masuk 6 bulan)....banyak perkara yang sedang menjadi 'kerisauan' aku.....antaranya...mmmhhhhh:::::::

(") aku tak p check-up lg....la nie dah nak masuk 2 bln aku dok tunggu GP (klinik) punye appointment yang tak kunjung tiber.....nak tanya malas coz depa kat sini tak suke sgt kita query2 nie...nanti depa cakap apa tau...'we know our job'....coz dah pernah terkena....very outspoken ma depa nie....diharapkan takde sebarang masalah la....
(") berat badan aku tak naik2 padahal makan boleh tahan...tp menurun ada la...skang nie sepatutnya dah 63-64 kg...tp berat aku la nie 55 kg.....kalau p check, sure kena marah (kalau kat msia la)...kat sini, aku tak tau....tapi aku sentiasa berdoa, everything gonna be fine till delivery, amin....
(") tak beli ape2 lagi utk baby coz tak tau nak beli apa?? (padahal dah anak ketiga nie).....suddenly, aku jadi blank...entahlah....excited mmg excited tp persediaan macam tak excited langsung....better late than never....boleh plak???.....

(") risau memikirkan anak aku yang kecik nie...kalau aku bersalin, sapelah nak tolong tengok die coz die sgt rapat dengan aku (dahle tak nak ngan orang sgt even ngan hubby, ada time moody tau!).......mmg ada plan nak bwk mak aku p sini tp tak confirm lagi coz skang nie mak aku bz dengan persediaan adik aku nak kawen 14 Mac nie (hampa tak dapat balik la, poket tak mengizinkan).....lepas majlis la baru dapat confirm...doakanlah mak aku dapat p sini tanpa pk sumer orangnye kebajikan kat msia (my mum too concern about every body kat umah tu)....

hopefully, Allah akan sentiasa permudahkan segala urusan aku....amin....

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive