MY NEW FRIENDS..TQ
salam merdeka kepada rakyat msia yang tercinta..
hargailah keharmonian yang kita ada hari ni..berterima kasih kepada rakyat terdahulu yang banyak berkorban untuk memastikan anak cucu hari ini menikmati segala anugerah rezeki... ingatkan diri sendiri jugak!!!
sebenarnya entry kali ni nak share pengalaman pertama berpuasa di rantau orang..macam mana??..maklumlah ada yang bertanya..hhmm..susah nak describe..sbb terlalu banyak perasaan yang aku rase ketika ini..seronok, gembira, penat, sedih, sayu dan tak terkata.....yang paling penting, agak penat dari selalu..dengan keadaan nak menguruskan anak yang tiga orang tu, urus rumahtangga dan breastfeed lagi.....tapi kerana nikmat ramadhan ini, kusabarkan dan ku kuatkan jua diri...
alhamdulillah, sempena menyambut ketibaan bulan mulia...Ramadhan 1430H kali ni, aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 semua..moga Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita untuk lebih banyak beribadat dan mendekatkan diri kepadaNya...rebutlah kelebihan dan ganjaran yang Allah janjikan di bulan mulia ini..
Prophet Muhammad (P.B.U.H) said: Ramadhan is the month of charity and a month in which a believer's sustenance is increased. Whoever gives food to a fasting person to break his fast he shall have all his sins forgiven and he will be saved from the hellfire.
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
salam..
arini dah pun genap aku 'berpantang' 40 hari..irfan pun membesar dengan baiknya...hr nie dah 3.58kg pun..
lately takde mood nk hupdate...byk benda nak fikir...hrp2 2-3 hari ni mood kembali okay..swing ke mood lebih ceria...adios..
salam..
semalam selesai sudah majlis aqiqah putera kami, Muhammad Irfan Amjad....letih sangat..maklumlah kebanyakan urusan buat sendiri, kalau ada ahli keluarga...lain rasanya..tapi alhamdulillah, ada sahabat2 yg bantu uruskan masak lauk..aku masak nasi jer..itu pun rasa nak pengsan, terkejar2 ke dapur dan menyusukan baby....bila time majlis tu, terasa penatnya..habis majlis tak rasa penat sangat..
apepun, terima kasih kepada saudara Halikul dan Kak CT yang menumpangkan rumah..rumah kami kecik je so kena buat dua rumah...
yang sedihnya...lupe nak ambik gambar la....takde kenang-kenangan la...;(...yang ada, hanya video jer..takpelah, dah sibuk2 langsung tak teringat ape...yang penting, majlisnya dah selesai...
lately, penyakit m nak berblog ni datang lagik...malas yang tahap gaban punye plak tuh!!!...byk benda rasenya nak tulis tp sbb penyakit m yg kronik ni, nak bukak laptop pun takde modd...sungguh...
apepun, dua tiga hari ni agak busy...masak dan masak...semalam masak soto version Mat Gebu..hubby panggil kengkawan menjamu selera..hari ni plak buat laksa johor....sbbnya aku bid welsh dresser kat EBAY dan menang..£15 je..so hubby panggil kawan tlg ambik item yg dimenangi nunnn di Caerphilly (dalam setengah jam dr rumah aku)...so buatlah makan sket sebagai tanda terima kasih tlg angkut dresser yg agak berat tuh...tak tau nape, mmg teringin nak beli...nak beli baru tak mampu so bid kat ebay pun jadiklah...
dah ada kat umah pun dressernya..sangat puas hati dan berbaloi...thks hubby..inilah pic nyer..