.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ



salam..

hari ni nak kongsi resepi mudah dan sangat menyelerakan di kala sejuk2 nih..pastu makan dengan nasi panas, mmg yummilicious...tak tipu..

resepi ditukil dari myresepi oleh kak fidadaud.....memandangkan bahan yang ada agak terhad so ubahler ikut kesesuaian dan pandai2 lah yer..sori kak fida sebab ubah sikit resepi asal...

gambar yang besar tu versi aku yang buat (ada part dah diambil sikit sebab dah kena ngap ngan anak2...)pisangnya aku letak selambak terus sebab nak cepat punya pasal...lagipun daun pisangnya pun frozen (idup segan, mati tak mau...hehehe), tak segar dan bila dah layur atas api jer...terus lembik daunnya, nak buat cantik2 pun susah (alasan ke????...hehehe)..kalau dah tak tau tu, cakap jerlah....gambar kecil tu diambil dari myresepi (hasil kak fidadaud punya)...

OTAK-OTAK SARDIN

sumber: kak fidadaud (myresepi)

1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
10-15 tangkai cili kering* (aku kurangkan dlm 5 tangkai coz cili sini amat pedassss)
10-12 ulas bawang merah* (aku pakai 2 bawang besar)
6 ulas bawang putih* (aku pakai 3 ulas bawang putih)
1 hiris halia*
3 batang serai*
4 biji buah keras* (
takde so tak letaklah..)
2 sb rempah kari ikan/daging
2 biji telur
1/2 cawan santan pekat
5-6 helai daun limau purut - dihiris halus (
aku blend sekali dgn bahan tanda *)
1 sb air limau kasturi (aku pakai lemon)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis
secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

note: aku tambah lengkuas dlm 1 cm

CARA-CARANYA:

1. Daun pisang dijadikan mangkuk2 kecil dan diketepikan

2. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta rempah kari. Masukkan santan+garam+gula secukup rasa.

4. Selepas tu, masukkan pula telor, daun limau dan sardin yang telah dilecek. Gaul hingga sebati dan masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan air limau/lemon. Matikan api.

5. Bubuh adunan dalam mangkuk2 kecil daun pisang. Buat hingga habis dan dikukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Siap untuk dihidangkan.

Pada pandangan aku, rasanya macam ala-ala botok2 dan sangatlah sedap kepada yang menggemari sardin. Anak2 aku suka sangat makan sardin so untuk mempelbagaikan rasanya, aku cuba resepi ini. Hasilnya tidak mengecewakan walaupun diubah sedikit...anak2 pun suka, makan bertambah2 lagi...maklumlah sejuk, lapar sangat..hehehe

okaylah kengkawan....selamat mencuba..adios


salam..

entry pertama untuk 2010...punyalah malas nak hapdet, lately banyak menjamu mata di sini dan sini...salah satu terapi minda untuk aku di kala kebosanan..boleh??..hehehe


kalau nak cerita pasal resolusi 2010, mmg banyaklah....kang kalau letak sini, takut ada yang muntah terbaca..hehehe..bukan apa, punyalah banyak satu hal...pastu selalunya resolusi ni berlandaskan ke arah memperbaiki diri dari semasa ke semasa so semestinya akan ada unsur-unsur memuji diri...takut ada yang kata perasan bagus...tapi suka hatilah..janji tak menyusahkan orang lain...yang pasti, resolusi aku tu tersimpan dalam kepala dan akan sentiasa usaha ke arah itu...


sekarang ni, punya hobi baru...nak buat koleksi pinggan mangkuk..heheheee..kalau hubby baca ni, mesti terus migrain...jangan marah bang, saya akan beli ikut kemampuan jerr...kalau tak mampu beli, tengok blog orang yang banyak koleksi pinggan mangkuk...pun sudah cukup...

teringat masa zaman remaja...kalau p rumah sedara mara esp yang berduit....banyak betol diorang punya koleksi pinggan mangkuk tersimpan rapi dalam almari cermin....selalu tertanya, apsal diorang ni suka beli pinggan cantik2 pastu tak pakai (saper kater tak pakai ek??)....simpan jer dlm almari....sekarang ni barulah ku tahuuuuuu...hahahah...moralnya???....tulah, lain kali jangan cakap orang.....

Pinggan mangkuk yang banyak2 diorang simpan ni, adakalanya satu terapi dan memberi satu rasa tenang..aku dah terkena dah sampukan tuh...masa p homeware pavillion kat Clarks Village tuh, beli tak seberapa..tapi tengok satu2 item tu memang menenangkan (sapa setuju, sila drop komen ya...)..hehehe...

okaylah, apepun dalam hidup ni sentiasa bersederhana dan ikut kemampuan....adios

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive