salam


Sejak dari Isnin, Irfan demam...terutamanya menjelang nak malam, badan dia akan mula panas.....tapi dia takdelah meragam atau merengek cuma badannya panas...semalam petang baru perasan yang badannya naik ruam..mula2 sikit jer tapi makin banyak..aku rasa chicken pox sebab kat sini, kalau nak masuk Spring, penyakit ni senang kena dekat budak2...orang dewasa pun tak terlepas....nak book appointment dekat GP pulak, next week baru dapat..tanya dengan kawan2 kat sinipun, diorang cakap Dr takde bagi ubat makan apepun..cuma lotion untuk mengurangkan gatal....Calamine Lotion..

Tanya dengan mak kat kampung, suruh bagi air kelapa..sini takdelah pulak pokok kelapa..yang ada hanya air kelapa dalam tin..bagi jugak dekat Irfan sikit dan lepas tu mmg naik lagi banyak la ruamnya.....mak aku mmg cakap, mmg akan lagi banyak keluar tapi lepas tu akan okay...so far, Irfan tak meragam cuma nak melekat dengan aku jerlah 24 jam..semua kerja2 rumah terpaksa buat time dia tidur nyenyak...harap2 esok makin okay..

Hujung minggu ni aku sekeluarga nak turun London....buat passport dan surat beranak Irfan sambil berjalan2 tour bandar London sebab tu risau jugak kalau Irfan tak baik lagi nih coz nak berjalan jauh , 3 jam perjalanan dari Cardiff ke London...Kitorang bertolak hari Ahad pagi dan balik sini hari Selasa...ikut perancangan tempat2 yang kitorang nak pergi tu insyaAllah Stadium Arsenal & Chelsea, Science Museum, Natural History Museum, Madame Tussauds dan tempat2 wajib pergi....Tower Bridge, Big Ben dan Buckingham Palace...alang2 dah pergi ni, mana tempat yang sempat pergi kitorang p lah..tak tau bila lagi nak p sinikan...lagipun ada kawan yang tolong jadi tourist guide..hehehe


okaylah...doakanlah Irfan sihat yer...amin