salam
mohon maaf sebab dah lama tak hapdet..cik joyah amatlah busy (*busy la sangat)...


yang pasti, selalu jer lawat kengkawan punya blog cuma tak punya masa untuk drop komen...skang aku dah koje pagi, kul 4 lebih dah bangun..pastu nak p koje jam 5 pagi sampai pukul 8. Skang ni pun dah masuk spring, waktu subuh awal..pastu matahari pun cepat jer terbitnya..jam 5.30 pagi tu dah macam pukul 8-9 pagi....matahari bersinar2 lagi..hehehe

sebenarnya, nak lepas geram dekat Pos Malaysia...kenapa?..ni nak cter lah ni..

makcik aku poskan barang ke sini..guna pos biasa melalui udara sebab nak cepat sampai, selalunya akan sampai dalam 1-2 minggu. Lebih murah drpd pos laju (pos laju mahal!!!), pakai ni lebih kurang 1kg=RM40 kot. So makcik aku ni pos barang dalam 3 kg lebih, kenalah caj rm 148. Dah kater nak cepat, makanya pakailah servis yang itu. Kalau nak lambat sikit dan murah, boleh pakai pos biasa melalui laut (dalam 2 bulan sampai). Cajnya lebih murah, 5kg=rm 40-50 la..

Nak dijadikan cerita, barang yang makcik aku pos ni sampai lambat..lebih kurang dua bulan baru sampai, maka aku pun konfiuslah...sebab patutnya sampai dalam 2 minggu paling lambat pun kan...bila barang sampai dan tengok sticker kat kotak tu dia tulis 'Melalui Laut', maknanya Pos Malaysia dah buat silap....patutnya 'Melalui Udara'. Patutlah lambat. Kalau korang nak tau, selepas 2 minggu barang tu dipos dan tak sampai2, makcik aku pun pelik la. Pastu dia pun try la call Pos Malaysia coz nak tau barangnya dah sampai mana, depa cakap kena call KLIA Cargo. Makcik aku call plak KLIA Cargo, sampai ke sudah takde org boleh jawab mana barangnya. Sabor jer la, makcik aku ni udahler orang kampung jer. Ikut jer org cakap buat apa, kalau aku kat tmpt dia, siaplah untuk kena marah sebab ditolak2 macam bola. Kalau tak tau, ckp jer tak tau, apa susah. Cter ni tak habis di situ.

Lepas barang tu sampai, aku pun ambik gambar kat bukti pos di kotak tu supaya makcik aku bolehlah claim balik duit diakan, Dah Pos Malaysia buat silap kat situ, saper suruh. Kalau ikutkan, boleh dapat balik dlm rm80 (banyak tu bagi kami tak berduit ni). Makcik akupun bawaklah gambar ni p Pos Malaysia Rengit untuk claim balik, pastu yang Rengit ni kater kena p Batu Pahat. Makcik aku pun p Batu Pahat plak, yang Batu Pahat ni kater kena tanya Kuala Lumpur plak. Adusssss..apa cerita ni, dah terang lagi bersuluh yang memang diorang silap, bayar jerlah balik duit orang tukan?..hangen jer aku. Kesian dekat makcik aku tuh. Yang paling aku marah, si Rengit ni boleh cakap ' apa masalahnya, barang tu sampaikan dekat tempat yang dituju?'..HALLOOOOOO...memang ler sampai tapi dah tak sedap sebab barang yang dipos tu adalah makanan yang boleh tahan untuk seminggu-dua jer. Kalau dah dua bulan, takleh makan dah. Sebab tu pakai pos cepat sampai, saborrrr jer lah makcikk wehhhh!!!!

Kalau kena dekat korang, mesti korang marah jugak kan?..

SENGALLLL...

kpd yang kerja di Pos Malaysia, makcik saya ni mangsa keadaan dan aku memang kesian giler kat dia. Korang sampai hati buat orang macam tu, kalau kat sini, takde dilayan kita macam tu tau. Seboleh2 akan bantu kita sampai masalah kita selesai...fikir2kanlah...