Sempena menyambut Maulidur Rasul ini, ingin dikongsi kisah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang sangat menyentuh hati aku.....mampukah kita untuk menjalani kehidupan seperti yang diamalkan oleh Baginda??....fikir-fikirkanlah...
KEHIDUPAN Nabi Muhammad s.a.w. sangat sederhana. Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar.
Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda.
Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda.
Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.
Ibn Mas`ud pun berkata: ``Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''
Rasulullah menjawab, ``Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku.
"Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat.
" Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''
Dalam suatu peristiwa lain pula, ialah ketika Rasulullah menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib.
Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan `persiapan' Fatimah.
Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu?
Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan.
Apabila mengetahui hal itu, Abu bakar menangis.
" Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan.
" Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya.
Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.
Setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, mentafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah.
Majlis pernikahan puteri Rasulullah itu memang sederhana kerana kesederhanaan adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri.
Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis besar-besaran untuk pernikahan puterinya itu dengan meminta bantuan para sahabat yang kaya.
Namun, sebagai manusia agung, `kemegahan' tidaklah bermakna kebendaan.
Rasulullah ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki.
Baginda pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.''
Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia.
Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya.
Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''
MY NEW FRIENDS..TQ
FADILAT DAN FAEDAH MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT NABI MENURUT BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW ANTARA LAIN IALAH:-
(") PARA MALAIKAT AKAN BERSELAWAT PULA KE ATAS PEMBACA SELAWAT ITU DAN ALLAH AKAN MENURUNKAN RAHMAT-NYA
(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT AKAN TERHAPUS SIFAT MARAH DARI DIRINYA DAN TERJAUH DARI BALA BENCANA
(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT ADALAH MENJADI KEKASIH KEPADA KEKASIH ALLAH
(") MEREKA YANG MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG DIHAJATI, BACALAH BEBERAPA KALI SELAWAT NABI INSYAALLAH AKAN MUDAH DIPEROLEHI.
(") MEREKA YANG MENGAMALKAN BANYAK MEMBACA SELAWAT NABI, INSYAALLAH AKAN MENDAPAT REZEKI YANG BERKAT, BERHASIL HAJATNYA, HILANG DUKACITA DAN TERLINDUNG DARI BALA BENCANA.
PARA AHLI IBADAT DAN ALIM ULAMA YANG TELAH LAMA MENGEKALKAN AMALAN MEMBACA SELAWAT INI TELAH MENIKMATI BERBAGAI2 FADILAT:-
~ MENDAPAT SEPULUH KEBAJIKAN PADA SETIAP KALI SELAWAT
~ ALLAH MENGHAPUSKAN SEPULUH KEJAHATAN PADA SETIAP KALI SELAWAT.
~ MENDAPAT SYAFAAT(PERTOLONGAN ISTIMEWA) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
~ MENDAPAT KEAMPUNAN DOSA
~ CITA-CITA YANG BAIK DAN BENAR, INSYAALLAH AKAN MUDAH TERCAPAI DENGAN BANYAKNYA BERSELAWAT.
~ DAPAT BERDAMPINGAN DENGAN RASULULLAH DI AKHIRAT KELAK.
~ ORANG2 MISKIN YANG TIDAK MAMPU BERSEDEKAH DAPAT MENGGANTIKAN AMALAN SEDEKAH ITU DENGAN AMALAN MEMBACA SELAWAT.
~ MEREKA YANG BANYAK MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT AKAN TERKENAL DISISI MALAIKAT DAN MAKHLUK2 GHAIB
~ AKAN TERLEPAS DARIPADA SEKSAAN DAN HURU HARA HARI KIAMAT
~ MENDAPAT JAWAPAN SELAWAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W PADA SETIAP KALI BERSELAWAT
~ MENJAUHKAN DARIPADA PAPA
~ TIDAK TERTULIS NAMA ' BAKHIL' BAGI SESEORANG YANG SUKA MENJAWAB SELAWAT
~ TIDAK MEROSAKKAN DOA KITA YANG SEDANG DIBACA, UNTUK BERHENTI SEKEJAP KERANA MENJAWAB SELAWAT.
~ TIDAK SEMPURNA MAJLIS ZIKIR TANPA DISERTAI BACAAN SELAWAT KE ATAS NABI
~ KATA-KATA YANG DILAFAZKAN OLEH SESEORANG AKAN LEBIH SEMPURNA JIKA DISERTAI MEMBACA SELAWAT NABI
~ MENDAPAT BERKAT PADA PEKERJAAN DAN PENGHIDUPAN ORANG YANG MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT
~ SENTIASA MENDAPAT KEMURAHAN DAN RAHMAT
~ KASIH KEPADA RASULULLAH SAW AKAN BERKEKALAN
(Petikan daripada majalah Siasah)
p/s berdakwah selagi ada ruang dan peluang....
mmhhh...tetiba ada plak yg tertanya nape joyah??..nama tak letak nama sendiri ke atau nickname ke???...panjang cternya...tp dipendekkan cter la....
masa aku kecik2 dulu...dalam lingkungan darjah 4 ke 5, camtulah...aku nie sangat suke membaca..tak kiralah buku cter, majalah ke, novel budak2 ke...ape2lah, janji bahan bacaan...salah satu bahan bacaan yang menjadi feveret masa tu adalah 'Majalah Gila-Gila'...salah satu cter kat dlm tu '3 Dara Pingitan'....korang ingat tak??...kan ada satu watak yang namanya Joyah Sport ....aku suke gler ngan watak tu sampailah skang nie...
pastu masa kat Matrik K Pilah, one of my good pren namanya Maryam....kitorang kira rapatlah masa kat matrik...sehinggakan aku bg nickname kat aku dan die iaitu 'Joyah' dan 'Jejah'.....nickname tu antara aku dan die jerk...dan sehingga la nie, aku dan die masih gunapakai nama tuh coz sangat unik dan trademark la, kononnya......so bila nak jadi one of the bloggers nie, aku pun teringin nak letak nama tu...macam nak bagi nama kat anak la..huhuhu...sempoi tu plak sebab itu mmg karakter aku....kengkawan yg kenal aku tau la aku nie adalah ciri2 camtu..(ye ke??..ke perasan je)....takpelah, tak kisahlah....janji rock...
adios