salam...

tarikh 20 November 2004 merupakan antara tarikh terpenting dalam hidup aku...5 tahun yang lalu, aku sah menjadi milik si 'dia' dan alhamdulillah, rumahtangga yang dibina semakin berseri dengan kehadiran 3 permata tidak ternilai harganya....untuk melayari sesebuah bahtera perkahwinan bukan mudah namun setiap ombak dan badai yang melanda punya hikmah tersembunyi....yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan usaha untuk mencari keredhaanNya.....selalu berpesan kpd suami bahawa 'perkahwinan ini suatu ibadah....sentiasa bersyukur....dan selalu pandang kekurangan diri masing2 adalah satu kelebihan'...

byk benda yg berlaku akhir2 ini...2 minggu lepas, babah aku tak sihat..lemah jantung dan paru2 berair...masa tu rasa nak balik sangat msia tp byk pula urusannya dengan irfan yang belum ada passport, nk buat visa irfan lagi....yang pasti,ku panjatkan doa agar babah semakin sihat dan alhamdulillah, hingga ke hari ini kesihatannya bertambah baik...sejak dtg sini, selalu sgt berdoa agar sekiranya terjadi apa2 kpd orang tuaku, biarlah aku ada di sisi mereka...risau sgt...

~ lepas tu, ada saudara terdekat babah meninggal akibat kemalangan...anak dan isterinya meninggal...(sedara ni yg si suaminya)

~ td call mak...pastu mak cter yang adik aku yg tgh SPM skang ni kat SM Teknik Tanjung Puteri, JB tgh stress..puncanya..dia dihalau dari asrama dan dewan makan oleh Pengurus Asrama sbb tak byr lagi duit makan bln ni yang tk cecahpun RM30 tuh...kesian sgt..satu hari dia tk mkn dan dahler ader gastrik..skang terpaksa menumpang kat rumah kawan die..sengal betol si pengurus tuh...klau korang jadik aku, apa akan korang buat?..mk aku ckp, mentang2 kita org kampung..dia buat kita mcm tuh...

~ Makcik aku plak nak kahwin raya haji ni...adik beradik belah mak..tahniah Cik Limah..hadiah menyusul kemudian yerr..sedih jugak tk dpt tolong rewang...

~ akhir sekali, aku sibuk sangat.....dgn urusan rumahtangga la...kpd kengkawan yg dah lama aku tidak meninggal jejak di 'teratak maya' korang, insyaAllah..akan ku usaha jugak untuk singgah dan melompat nanti ya....

oh lupe plak...sempena anniversary hari ni, hubby bg surprise..mmg menjadik...dia bg hadiah game 'super mario' utk wii..seronok glerr..dah berhari2 ckp tp tk sangka plak dpt...suke sgt sbb bleh main ramai2 satu family.....hubby kata tu je termampu... maklumlah kais pg makan pagi..kais ptg mkn ptg kat sini....'itupun sudah memadai bang...terima kasih...'

kaylah....wassalam..adios