.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

mmmhhh......apa yg aku sedang rase skang??...tentunya bersyukur dan sangat seronok...dalam hidup ini kita akan tempuh macam2 perkara dan dugaan hidup...tp aku percaya setiap yg berlaku ada hikmahnya...skang nie, wpun aku bercuti tak bergaji (tak kisah pun coz ada org tanggung) teringat bebelan bekas B*S lama aku bile dpt tau aku nak ambik CTG (Cuti Tanpa Gaji)...die punye bising, aku rase sebulan jugaklah telinga ni pedih....aku tak cakap kat diepun pasal benda nie, tp kisah orang menyampai-nyampai la nie....

macam2lah dia cakap...rugi seniority lah, lambat naik pangkat lah, kena compete ngan batch baru la (so what???)...masa tu (frankly speaking), aku tak terpk sumer tuh...yg aku pk, nak berada dengan suami dan anak2 jer....aku percaya rezeki tu Allah yang bagi dan Dia yang menentukan.....dan aku jugak percaya, Dia Maha Mengetahui sumer perkara yang lebih baik utk aku...malas nak pk pasal kerjaya sangat (yang penting gaji dapat, tanggungjawab buat)...sebab peluang bersama suami dan anak2 nie bukan datang banyak kali...

lgpun, sepanjang dlm perkhidmatan...aku dah rase mcm2...tu br 4 thn...sampai satu thp, aku nk berhenti pun ader, tp sbb advice dr T*SU aku ms kat ofis lamer, aku pk pjg..... ikutkan hati, mmg dah resigned....itulahkan, cter psl koje, mmg sampai mati takkan habis (hubby aku yg ckp eh,tp mmg betol pun)...aku dah pernah rase dtg koje sabtu, ahad berminggu2...aku rase berbulan2 jugak (kengkawan kat ofis lamer taulah cter dah lapuk nie)....smpi bwk anak tdo kat ofis sbb umminya koje dr pg smpi ke ptg....akupun pernah mengalami tension dan stress yg teruk smpai hampir2 keguguran.....hubby???...takyah ckp lah...memanjang suruh berhenti koje, dok umah jer, die kesian tengok aku....tp sebab passion dlm bekerja, aku jlnkan tgungjawab aku jugak....kena marah ngan K*U???...perkara biaser...mcm besar je pangkat smpai K*U pun aku jumpe direct....ader cter disebaliknyerrrrrr.....aku dah letih kena maki berbakul2 sampai tak boleh tdo....

korang pernah tak T*SU call and sms kul 4 pg????...bukan sekali....berkali2.....sabtu,ahad call tetiber je suruh dtg ofis siapkan benda yg bukan koje kau??...aku dah pernah rase sumer tuh....tak taulah, tp setiap kali benda2 mcm nie berlaku kat aku, alhamdulillah, hubby dan mak aku adalah insan yg paling byk bg sokongan kat aku, especially ms aku pregnant...time tulah jugak dugaan datang bertimpa2....tetapi aku cuba jugak positifkan diri dan cuba nak elak dr pk yg bukan2...coz aku tau akibatnya di kemudian hari....akujugak yg meranakan???....

masalahnya, bukan aku tak buat dan tak nak buat koje...kita ni manusia, tangan ada dua..dah kalau bg 20 benda dlm satu masa, pastu sumer nak esok camne??....yg pelik tuh, koje hakiki ko tuh cuma 2 jerk, yang 18 lg tuh ko tolong je sebab takde bahagian lagi yg boleh buat, ofis br nak reorg....bila dapat B** yang nak nama, ginilah jadiknya....skang nie, setau aku, koje2 yg aku buat nie dah dipecahkan kepada 3 bahagian berbeza (hasil reorg la)....mmg dah senang dah desk officer yg jaga nie...masa aku buat tuh, filing pun tunggang langgang, sumer kena buat baru......sebab benda2 nie melibatkan undang2 (pelik tak, HR buat koje undang2), takleh main2...nak buek camne....dah kena suruh...kate Saya Yang Menurut Perintah.....tp aku byk belajar...itulah yang paling penting....despite of everything yang dah terjadi, aku mmg marah dan kecewa...coz at the end, ko dibuang mcm sampah yang tak berguna.....janganlah korang jd mcm aku....

tp skang, kekecewaan tu dah terubat....aku dah ada segala2nya....wpun tak semewah mana,aku bahagia disamping suami dan anak2, sedang menanti kelahiran yang ketiga plak....skang nipun, aku dah pandai masak mcam2 benda...termasuklah kek2 yg aku mmg tak pernah try buat....tenang nak buat amal ibadat.....alhamdulillah.....tak payah pk pasal ofis dan politiknya yg menakutkan....malam dah boleh tdo dengan lena....hubby pun dah tak membebel suruh berhenti....

apepun, bingkisan ini sebenarnya luahan hati aku yang dah lama terendam dan terpendam coz aku nie jarang cter kat orang (kecuali org terdekat) especially apa yg berlaku kat ofis...coz benda nie boleh mengaibkan seseorang (bile dah cter, mesti nak tersebut namakan???)...cume dlm hal nie, kalau2 bekas B*S aku terbaca entry ni, aku nak die paham...bahawa apa yg aku lalui di bawah naungan die satu ketika dulu, bukan satu benda yang aku suka dan rela (most of the time aku tak pernah lawan ckp dia)......tp kerana tanggungjawab dan amanah, aku buat...coz aku takut kena soal di akhirat nanti...kalau die nak marah, terpulang pada dia....wpun dah lama berlalu, aku masih sukar nak lupakan(ikut kajian Dr Fadzilah Kamsah, aku nie jenis orang mudah memaafkan tp sukar melupakan, betol kot...)..saat2 tu sentiasa terngiang2 kat kepala otak aku nie....especially bab kena maki dan aku nangis kat toilet......anyway, thx kepada kengkawan yg byk support aku time tuh....

aku harap kengkawan2 takdelah merasa apa yang aku rase nie, coz boleh jadi 'bengong'.....tp tak mustahil ada yg lagi teruk....cuma aku doakan korang sumer sukses dalam kerjaya dan hidup....someday, antara korang akan jadi bos aku...hehehe....hopefully, takdelah yg kuku besi......all the best to u all and sentiasa ceria....adios....

p/s....ketenangan hidup yang aku cari telah kutemui......

(petikan email seorang sahabat)

SHARING MOMENT....

1. P yang pertama ialah ‘puji’ iaitu setiap pasangan perlu saling memuji antara satu sama lain dalam semua aspek kehidupan seperti masakan atau ucapan terima kasih apabila diberi pertolongan.

2. P kedua ialah ‘peluk’ yang mana pasangan suami isteri hendaklah selalu peluk memeluk antara satu sama lain sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.

3. P ketiga ialah ‘penghargaan’ di mana amalan memberi hadiah boleh menambah kasih sayang.

4. P keempat ialah ‘perhatian’ yang mesti diambil berat kerana kekurangan perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasa diabaikan.

5. P kelima mewakili ‘persefahaman’ kerana sebagai manusia yang bekerjaya memerlukan pasangan lebih bertolak ansur dan memahami kerjaya masing-masing.

6. P keenam membawa maksud ‘pergaulan’ iaitu pasangan suami isteri mesti menjaga pergaulan masing-masing dengan orang lain bagi mengelakkannya daripada melampaui batas, menimbulkan cemburu seterusnya membawa kepada pembabitan orang ketiga.

7. P ketujuh adalah ‘percutian’ di mana seseorang itu perlu merancang percutian berdua-duaan dengan pasangannya di tempat yang jauh daripada kesibukan dan kehidupan rutin atau gangguan lain.

8. P yang terakhir ialah ‘permohonan’ iaitu doa kepada Allah supaya merapatkan kasih sayang antara pasangan suami isteri serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokan dunia.

Ust. Siti Noor Bahyah juga menurunkan beberapa amalan doa selepas solat yang boleh merapatkan hubungan dan menimbulkan kasih sayang antara suami isteri iaitu membaca surah Al-Imran ayat ke-31 atau membacakan ayat ke-200 surah sama. Beliau berkata, kunci kebahagiaan rumah tangga yang sebenar ialah mendekatkan diri dengan Allah. Katanya, apabila seseorang insan mengabaikan tanggungjawab terhadap agama, dia akan mengabaikan rumah tangga kerana jiwa yang kosong.

“Ketika kita jauh daripada Allah, iblis yang suka umat manusia bercerai berai akan menghampiri dan melalaikan kita daripada tanggungjawab terhadap keluarga,” katanya.

p/s INGAT ALLAH, HATI TENANG

(Petikan email sepenuhnya dari seorang sahabat , tidak diubah walau satu ayat pun)

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?". Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebab nya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa tuhan memberi kelebihan kepada mereka? Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?

Maka saya pon tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin. Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu?. Beliau menjawab, "ia, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak" Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya. Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliau melahirkan anak.

Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan penumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka.Setiap undangan yg saya perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah buahan dahulu. Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.

Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dan merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel, siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak ( bodoh atau lembab). Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah ...... tekalah sendiri..!)

Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever) Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan. Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.

Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang!!!. Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak mem fokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.

Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktik kanya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda(10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai ½ perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai? Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!

Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul. Maka itu lahirlah Starbuck, Dell comptr, Cocacola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.

Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu genes bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7 !!! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali!!! dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel, maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikat nya negeri Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan !!

Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.Lihat saja Indonesia , jika anda ke Jakarta , dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga kemusium hidung anda akan segera terbau asap rokok! Dan harga rokok? Cuma US$ .70cts !!! dan hasilnya?Dengan penduduknya berjumlah jutaan orang berapa banyak kah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali.Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok? Anda fikirlah sendiri.

Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampu kah kita dapat melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 mukasurat penuh. Esay nya hanyalah mengenai Mengapa saya gemarkan tomato!Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.

Dr. Stephen Carr Leon

p/s Mana yang baik, dijadikan amalan...Mana yang buruk, dijadikan teladan....belajar dari orang lain yang leboh bijak....


mmhhh.....ari nie tak tau nak masak apa...yg pasti teringin gler nak makan sate goreng...dr semalam mencari resepi, aku nak yg simple dan cepat...tp tak jumpe....jumpe yang agak payah jugak...bukan payah apa, byk barangnya....tp takpe la...nak makan sangat punye pasal...spt biase, aku pasti akan jumpe resepi yang aku nak kat myresepi.com....korang try la buat....sedap dan menyelerakan...tak tipunyer...

smalam aku call mak (rindu gler nie), nak tanya camne nak masak bende masak asam....senang je rupanye...bahan tumisnye spt biase la...bawang merah+putih+ikan bilis.....pastu air asam....last sekali masukkan bendenya...hubby pun suka sangat...anak2??..depa tak suka sayur la....takleh nak buat apa...

pastu rase tak lengkap la kalau takde sambal belacan....nasib baik belacan aku masih ada lagik...bolehlah buat...mmhhh...
nak dgr cter??...masa travel ke UK, di saat2 aku dan family turun kat Heathrownya terminal, mmg cuak sangat sebab diorang cakap kat terminal nie strict glerrr.....so aku sebolehnya meminisekan barang2 makanan kat dalam beg coz takut kena ambik ...sayang la plak...so seminggu sebelum bertolak ke uk, sumer barang makanan aku dah pos...dah la mahal..coz barang makanannya banyak la jugak....termsuklah belacan2 nie....tpkan.....masa kitorang keluar dr terminal, alhamdulillah.....senang sangat...takde check apepun....memang miracle....(dalam hati, kalau aku tau, aku bawak sumer bawang makanan)...
tp nak buek camne...mungkin kalau aku bawak makanan, kena tahan kot...ehehehe...entahler, pk2 balik, banyak hikmahnye...takdelah susah2 aku nak angkut barang bebanyak...bayangkanlah, naik bas dr London ke Cardiff....3 jam jugak...kalau bawak barang banyak, maunye bas tak boleh bergerak...itulah cternye.....

tak tau nak taip apa dah.....menu aku hr nie, sate goreng, bendi masak asam ngan sambal belacan......lepas makan, mmg rase nak tdo jerkan...lglah musim sejuk2 nie.....mmhhhh....kaylah...adios...




p/s hidup ini penuh pancawarna (album siti nurhaliza, kalau tk silap)

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive