salam....
entry kali ni nak berkongsi aktiviti cuti sekolah Damia...winter kali ni salji turun awal kalau banding dengan yang lepas...masa winter yang lalu, salji turun masa bulan Feb..kali ni plak, dekat2 Krismas....so kehangatan golongan yang menyambut Krismas lebih terasalah....hehehe...Cardiff ni mmg kalau bab salji tak selebat dan semeriah manapun..turun sikit jer, esoknya dah takde sangat...so untuk merasa salji yang tebal, kami bawaklah anak2 p main snow jauh sikit...Breacon (setengah jam dari rumah).....
lepas tu, masa boxing day (26 Disember) bawak plak anak2 p Designer Outlet Village dekat Bridgend (lebih kurang setengah jam jugaklah dari Cardiff)...kedai2 banyak jugak kat situ...termasuklah outlet Clarks, Portmeirion, Cadburry, Nike, Adidas...rasa2nyer dalam 30 kedai kot...di UK ni mmg banyak designer outlet (kalau di Msia tu lebih kurang macam Nilai 3 la...bezanya kat sini kedai yang mempunyai jenama tapi harga barangannya sangat berbaloiiiii)...
Keesokannya pulak, bawak anak2 p Clarks Village...perjalanan ke sini ambik masa 1 jam setengah jugak dari Cardiff...dan yang paling best, nilah first time kami keluar jauh sikit dari Cardiff bawak anak2...yang menariknya, outletnya lagi besar...dalam 100 kedai...tapi aku ni dok merayau kat tempat2 pinggan mangkuk la yang lama...hehehe..rasa2nya 3 jam kot..membeli tak banyak mana tapi dok membelek satu2 tu yang lama..terpesonalah katakan!!!!...oleh kerana sibuk sangat membelek, tak pulak ambik gambar kat dalam kedai tuh...kalau tak, sesaper yang minat pinggan mangkuk esp Royal Doulton, Royal Albert, Portmeirion, atau Denby mesti suka sangat.....
Antara kedai yang ada kat situ termasuklah Body Shop Depot, Triumph, Nike, Adidas, Portmeirion, Next, GAP, Timberland, CK, Jane Shilton, Tula dan banyak lagilah...tak larat nak tulis..mesti ada yang tertanya kenapa panggil Clarks Village..sebabnya kat situlah terletaknya kilang kasut Clarks tuh....so barangan Clarks mmg banyak pilihan dan sale!!!...kasut pompuan harganya less sampai 70% pastu beli kasut yang kedua dapat £5...mmg murah la..kalau nak compare dgn harga di Msia, menggigil jugak nak beli..hehehe....
Hasil rembatan aku kat Clarks Village...mmmhhh, aku tak beli barang banyak pun...oleh kerana dah aim pinggan mangkuk maka beli tu jer..ada sale clearance utk Royal Albert Old Country Roses (second quality)...selalunya second quality ni sebabnya cop RA kat tapak tu cacat sikit..kualiti barangnya sama macam yang first quality jugak aku tengok, jenuh membelek nak carik apa yang tak kena tapi tak jumpe la...aku beli la pinggan makan, harganya?..sangat murah..£2 utk satu pinggan..murahkan??...hehehe...rezeki..banyak jugak yang dijual..ada medium teapot £9.95, saucer 50p, side plate £1...macam2 lagilah dan bukan RA sahaja, banyak pattern lain...aku pun minat kumpul tureen so adalah beli tureen Royal Doulton Chiffon £9.95 jerrr......aku beli pun setakat yang termampu jerr...
okaylah, banyak plak bercter....nak berkongsi pengalaman p tempat orang...insyaAllah, ada rezeki, korang plak yang p sini...:)
Kedai2 lain tak p pun...tak larat dah, dengan anak2 lagi yang dah kepenatan...
InsyaAllah, ada rezeki kita pergi lagi ya anak2.....