.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

skang ni aku punye hobi baru....almaklumlah takde koje nak dibuat kat umah, sambil2 tu bolehlah aku mengasah 'otak' yang dah agak berkarat je lately nie...tp yang SUDOKU tu tak baper buat sangat coz aku ni mmg tak baper suke nombor...so hubbylah yang banyak buat...huhuhu....aku lebih suke carik perkataan....apepun...enjoy!!!!..
adios



salam....
sejak dua menjak ni teringin plak nak minum air cendol...so semalam ajak hubby p carik daun pandan dan rezeki aku....jumpe daun pandan kat Kedai Cina tp sebemban la (dlm plastik so takleh nak beli sikit coz dah sealed)....byk giler...adalah dalam 30 helai...rase2nye kalau nak wat cendol, pakai dua tiga je...so now tgh pk nak buat apa selebihnya...ada jugak bg jiran depan umah....tp apepun, projek cendol aku mmg nak buat hari nie...
~inilah acuan magik buatan sendiri~

so lepas htr anak p skolah tengahari td, aku 'berjoget' lambak kat dapur utk buat cendol ni...dapat resepi dr myresepi.net....bile dah siap bahan nak buat cendol, br la terpk nak carik kat mana plak nak menekan cendolnya nanti...cuba guna acuan roti jala, tp tak kluar apepun...carik senduk berlubang, tak jumpe plak, adepun lubangnya besar....so at last, aku guna tin air soya yang aku tebuk sendiri...jadik mmg jadik tp die punya bentuk cendol agak besar dr biase coz aku tertebuk besar..huhuhu...takpelah, janji bleh dihirup....

~besar gedabak sikit cendolnya...huhuhu~

apepun, aku sangat gumbira kerana jerih payah aku berjoget lambak kat dapur selama beberapa jam menjadik..huhuhu...malam nanti, baru nak minum air cendolnya......hopefully, sedap la...duduk di perantauan ni, makanan yang tak baper sedap pun jadik sedap tau...tak percaya??...huhuhu..okies...

adios



p/s mungkin lepaih ni dah tak buat cendol lg kot......jenuh jugak nak menekan...

~Check-Up~

salam...

br balik dr GP...pastu p Cardiff Market....penat glerrr berjalan tp seronok bawak anak2....sampai lupe nak htr Mia p school......

nothing special masa check-up....cume nurse ambik tekanan darah, urine test, ambik berat+tinggi...beratku baru capai 60 kg, alhamdulillah....pastu nurse arrangekan pap smear test tp tak tau bilerr......tu jerrr.....

rase lagi best p Cardiff Market kot...huhuhu...hubby nak tunjuk jalan ke CM coz aku ada plan nak berjalan kaki dr rumah....nampaknye tak jadi kot...coz jauhhhh la...tak larat mak buyung nie nak berjalan...lgpun ikan2nya takderlah menarik dan tertarik sangat...ada sesetengah spesis ikan tuh aku tak pernah nampak dan makan...aku cume beli ikan merah (red snapper) ngan kerang coz ada plan nak wat char kuew teow (thx to shima FP)......yang aku pelik ms p CM tu, depa ni makan kerang mentah ngan letak sos....tak lalunya tengok...tp sedap agaknya....

tu jerrlah nak cter......yang pasti arini banyak membakar lemak la...jauh jugak aku berjalan...rase2 dalam 10-15 km ada....terus je bleh kurus...boleh plak??...perasan sungguh....

adios

got this from my pren...naemah (lama x dgr cter dia!)...let's share the knowledge!

Surah Al-Kautsar

Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga. Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik. Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w.kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.
Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-
1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah s.w.t.makbulkan doa kita.
2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,Insya'allah hilang dahaga.
3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak, sapukan airmawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahanAllah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.
5) Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.
6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyukketika menunaikan solat.
7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
p/s...berdakwah selagi ada ruang dan peluang...perkara yang baik elok kita amalkan...







~ Semalam aku dan hubby bawak anak2 p jenjalan kat taman....anak2 aku ni suke sangat p taman dan playground...biaserlah, budak2...kalau p taman tiap2 hari pun takpe...huhuhu...
nikmatilah aksi2 tak semenggah anak2 aku nie....aku risau sikit nak main kat padang ni coz banyak najis cik anjing yang bersepah2.....so bile tengok anak2 dah start guling2 mcm cter hindustan tuh, aku pun ajak depa balik...takut terpalit najis, baunya semerbak dlm keta kang.....kay...adios~




salam...


aritu aku ada mention nak buat entry pasal projek tanaman yang sedang aku usahakan...cewahhhh...macam nak jadi usahawan tanaman plak..weh weh weh...sobonarnya, aku mmg sangat suke menanam pokok...masa kat msia, sementara nak p sini....aku sempatlah mengusahakan ladang sayur dan menanam pokok2 bunga kat area umah mak aku....by the time aku kat sini, ada jugak bertanya ngan mak aku..apa khabar tanaman2 aku tuh??...alhamdulillah, dah berhasil dan sudahpun dituai....hehehe....bangga lah jugak coz berjaya...antara pokok yg aku tanam ms tu adalah pokok lada, timun, bendi, kacang panjang,serai ngan ulam-ulaman....satu lg, pokok roselle (mak aku petik bunga roselle yg aku tanam & dpt hasil hampir setengah baldi .....terus buat jus utk guna masa kawen adik aku br2 nie....)....agaknya, kalu aku tak koje kat opis, kerjaya yg akan aku pilih ialah usahawan tani sayur2an...okay jugak kan??....berbakti pada tanah...dapat pahala...


sambung cter aku yg sobonar2nya....memandangkan kat sini sangatlah susah nak jumpa dedaun2 utk dipakai masak nie...maka aku kena lah usaha sendiri utk dapatkannya...satu cara adalah dengan menanam.....antara pokok yang aku cuba tanam skang nie adalah pokok kesum (thx to Jo Ireland for the tips, sejak dr menyinggah blog kawan br nie berkobar2 nak tanam kesum), cili padi, kentang (sebab ada kentang yg dah berbunga2 dlm simpanan...tengok cter Jamie at home,cara2 dia tanam kentang bermula dr kentang yg berbunga2 tuh), serai dan daun bawang....lain2 sedang difikirkan...ruang kat belakang umah aku ni agak besar utk aku usahakan cuma rajin ngan malas je lah...tp buat ms skang, sumer diletak dlm umah coz mls nak kluar......kalau boleh tanam pisang, aku nak tanam jugak...hehehe....tp rase2 takkan berjaya kot...lgpun mana plak aku nak dapat benih kat cnie....lupe plak nak mention nama cik taugeh...marah die!...kat pinggan biru tu projek taugeh, hrp2 dua tiga hr ni bolehlah masak ko plak...


tengok kat ladyellnya blog ada resipi botok2 (mak aku pun suke sangat buat), mmg teringin sangatlah aku nak makan...tp kat sini takde daun2 meriah mcm kat msia...kalau nak buat sangat, letak daun2 salad bolehlah....tp tak tau rase ape...huhuhu...takpe la, kalau dah teringin sangat, order kat ladyell jerr la...boleh??...


kaylah kengkawan......nanti kalau dah dapat hasil bolehlah aku tunjuk.....kalau takde hasil pun, aku nak tunjuk jugak.....kite tunggu dan lihat...apepun, wish me all the best kay!!!!...wassalam


adios

Got this from a fren through my email.....let's share it!....

Sewaktu bersujud, kita berada amat hampir dengan Allah.
Katakanlah apa sahaja di dalam hati hajat kita sebagaimana yang dilakukan oleh Rasulullah SAW yang biasa memanjangkan sujudnya dengan memperbanyakkan zikir dan doa di dalamnya.

Sabda Rasulullah SAW;

"Suasana yang paling hampir antara seseorang hamba dengan Tuhannya ialah di kala ia bersujud kerana itu hendaklah kamu memperbanyakkan doa di dalamnya."

Banyak doa yang diamalkan oleh Rasulullah untuk kita ikuti. Salah satunya yang paling baik untuk diamalkan ialah doa yang dibaca sewaktu sujud akhir dalam solat.

"Ya Allah, tambahkanlah bagiku rezeki yang banyak lagi halal , imam yang benar, ilmu yang bermanfaat, kesihatan yang elok, kecerdikan yang tinggi, hati yang bersih dan kejayaan yang besar."


Semoga dengan mengamalkan doa itu kita mendapat manfaat atausekurang-kurangnya menjadi cita-cita kita dalam mencari keredhaan Allah dunia dan akhirat. Banyak kelebihan memanjangkan sujud dan memperbanyakkan doa di dalamnya. Rasulullah SAW biasa berbuat begitu sehingga pernah para sahabat hairan kerana lamanya baginda bersujud.

Keistimewaan umatnya yang bersujud telah disebut oleh baginda dalam sabdanya yang bermaksud; "Tiadalah ada seorang umatku melainkan aku yang akan mengenalinya di hari kiamat. " Mendengar itu para sahabat bertanya; "Bagaimanakah engkau dapat mengenali mereka dalam khalayak ramai wahai Rasulullah?

" Jawab baginda; "Tidakkah engkau melihat seandainya sekumpulan unta dimasuki oleh seekor kuda yang amat hitam, sedang di dalamnya pula terdapat sekor kuda putih bersih, maka adakah engkau tidak dapat mengenalinya?" Sahabat menjawab; "Dapat!"

Rasulullah menyambung; "Kerana sesungguhnya pada hari itu (kiamat)muka umatku akan putih (berseri-seri) disebabkan mereka bersujud (di dunia), segala anggota mereka (terutama anggota wudu') putihberseri-seri oleh cahaya wudhu'."


~KEISTIMEWAANNYA ~

Ahli neraka juga mendapat keselamatan kerana bekas sujudnya. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud; "Apabila Allah hendak melimpahkan Rahmat (kebaikan) kepada ahli-ahli neraka yang Dia kehendaki, Dia pun memerintahkan malaikat supaya mengeluarkan orang-orang yang menyembah Allah, lalu mereka dikeluarkan dan mereka dikenali dengan kesan-kesan sujud (di dahi mereka), di mana Allah menegah neraka memakan (menghapuskan) bekas-bekas sujud itu, lalu mereka pun keluar dari neraka, maka setiap tubuh anak Adam akan dimakan api neraka selain bekas sujud." Begitulah Allah memuliakan hamba-Nya yang bersujud.

Orang yang sujud mendapat keistimewaannya apatah lagi di dalam sujud itu kita berdoa. Sudah tentu mendapat perhatian yang sewajarnya. Semoga kita akanmenjadi hamba yang benar-benar mendapat rahmat. Wallahualam bissawab.

sejak dua menjak nie, anak aku yang kedua....Khayra...asyik nak posing je...aku ni mmg suke ambik gambar anak2...simpan sebagai kenangan...so apalagik, snap...snap...snap...especially bile dia ikat rambut...coz dia sangat sensitif kalau org pegang kepala die (mmg dr baby lagik)...die tak suke sangat....satu hari tu, dapat plak peluang nak ikat rambut die, aku suke sgt...tp tak bertahan lama la...dalam 15 minit after snap pic tu, dia dah start meraba kepala....tau ada something kat ctu....





salam.....
sejak menjengah ke shima punya FP nie, membuak2 rase nak buat resepi sup kaki die, thx shima 4 the recipe cume bukan sup kaki lembu...dapat ekor je....
Untuk menjayakan resepi aku hr nie, aku plan nak p Masala utk cari kaki lembu coz seminggu lepas ada nampak terjual...harap2 dapatlah beli sekaki dua...kebetulan husband plak tak berapa sihat (pening kepala dr pagi smpai ke saat ni...tp ni dah kurang sikit)so mmg niat nak buatkan dia sup kaki....kalau sejuk2 nie, makan sup....terus je nak sihat, boleh plak??..huhuhu....
dlm kul 3 ptg lepas ambik anak kat nursery, p la singgah Masala....tp hampa coz takde jual kaki plak...tulah, time ada hr tu tak nak beli..takpe la...nampak ada iklan ox tail (ekor lembu)....apalagik, belasah je la...janji dapat masak sup.......masak pakai Pressure Cooker, so hasilnya mmg lah cepat untuk dimakan....aku makan dua mangkuk...mmg lupe nak berhenti la..


~inilah hasilnya.....my sup ekor~


nak dijadikan cter, pagi tadi buat apam balik utk sarapan...tp tak menjadi sangat coz terlalu cair plak...time masak tu, apamnye jadi lembik...pastu rentung...fed-up tul...tp takpela, i learnt my lesson...next time dah boleh agaklah nak buat biar cantik sket...huhuhu...tu yang terus tak lalu nak makan nasi...buat sup jerrr utk makan malam.....

~inilah apam balik rentung aku...buat dua je...satu dah hbis dimakan hubby....dia cakap 'sedap jugak la'....(aku tau, hubby nak sedapkan hati aku je)...huhuhu.....~

MATI SELEPAS SUNTIKAN KECANTIKAN
sumber: Utusan Malaysia

KUALA LUMPUR 25 Mac - Impian seorang ibu tiga anak untuk memiliki potongan badan menarik bertukar menjadi tragedi apabila dia maut dipercayai selepas mendapat suntikan bagi rawatan kecantikan.

Allahyarham Noraini Mohd. Ghazali, 30, pengarah urusan syarikat pembekal peralatan makmal yang memiliki raut wajah cantik dengan berat badan 45 kilogram meninggal dunia kira-kira pukul 5 petang semalam di sebuah klinik swasta di Ampang dekat sini yang menyediakan rawatan kecantikan wajah dan badan.

Suaminya, Zaharudin Zainuddin, 35, memberitahu, isterinya telah menerima rawatan di klinik terbabit sebanyak 14 kali sejak bulan Disember 2007.
''Kali terakhir arwah ke klinik itu adalah bagi membuang lemak serta susulan selepas melakukan rawatan menegangkan bahagian punggungnya.

''Arwah tidak banyak bercerita mengenai rawatan kecantikan tersebut. Bagaimanapun, berat badannya dilihat berkurangan iaitu daripada berat asal lebih kurang 50 kilogram ke 45 kilogram,'' katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Kuala Lumpur di sini hari ini.
Kata Zaharudin, sejak kebelakangan ini, isterinya mengadu sakit serta memaklumkan ada benang tertinggal dalam perut ketika menjalani rawatan terapi buang lemak di klinik terbabit.
Sehubungan itu, dia menasihati isterinya supaya berhenti melakukan rawatan terapi itu yang mencecah kos RM1,000 bagi setiap kali sesi.

Sementara itu, kakak angkat kepada mangsa, Misha Abu Bakar, 46, berkata, dia menemani Noraini ke klinik terbabit pada pukul 3 petang hari kejadian untuk temu janji dengan doktor.
''Saya hanya menunggu arwah di tingkat bawah sahaja kerana kebiasaannya sesi terapi itu tidak mengambil masa yang lama.
''Bagaimanapun, setelah lebih tiga jam menunggu, Noraini tidak muncul sebaliknya doktor tersebut meminta saya masuk ke pejabatnya sebelum memaklumkan arwah meninggal dunia pada pukul 5 petang selepas muntah-muntah.

''Doktor itu memberitahu kejadian itu berlaku selepas ubat bius disuntik dan ia prosedur biasa sebelum rawatan buang lemak dilakukan,'' katanya.
Misha menambah, dia berasa kecewa kerana doktor berkenaan mengambil masa lama untuk memaklumkan kepadanya yang menunggu di bawah.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abdul Jalil Hasan mengesahkan kejadian tersebut dan telah mengambil keterangan doktor dan jururawat yang bertugas hari kejadian untuk membantu siasatan.

''Setakat ini, kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut, bagaimanapun siasatan diteruskan ke atas kecuaian doktor sama ada telah mengenal pasti alahan pesakit sebelum rawatan diberi.
''Bedah siasat di Hospital Kuala Lumpur telah selesai, bagaimanapun sampel-sampel tisu mayat telah dihantar ke makmal kimia untuk siasatan lanjut sebelum keputusan bedah siasat diketahui.

''Keputusan akan diketahui dalam masa lebih kurang empat minggu,'' katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Dalam pada itu, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Datuk Mohamad Yacob ketika dihubungi berkata, pihaknya telah menyemak lesen perniagaan premis terbabit dan mendapati ia diperakui dan sah.

p/s takziah kepada keluarga mangsa....Bersyukurlah dengan kecantikan yang Allah berikan kepada kita....everything happens for a reason...

source: Sky News

Sea Levels 'Impossible' To Defend Against

As fears grow of a metre sea level rise by the end of the century, the Environment Agency has told Sky News Online it is impossible to defend all of Britain's coastline.

Many places along the UK's East Coast will become particularly vulnerable to flooding.
The Environment Agency (EA) is already planning new defences. It has chosen to spend £50m on protection in Ipswich, including a new barrier, like that already across the Thames.
Just along the coast, Jaywick near Clapton has also been given sea defences to protect the 2,600 homes that lie almost at sea level.

But with 1.7 million properties in flood risk areas in the UK, many other places will not be as lucky.

EA chairman Lord Smith told Sky News Online: "We're not going to be able to protect every single inch of coastline. We've got something like 2 thousand miles of sea defences already that we have to maintain, that we have to keep in order.
"There are some places where even if we had a completely bottomless purse, er, we wouldn't be able to defend... Happisborough I'm afraid is one of those.''
The village of Happisburgh in Norfolk is fast losing its battle with the sea.
For years, residents have watched as cliffs supporting their houses have crumbled.

Diana Wrightson feels the government has abandoned them: ''It's disappeared very quickly," she said."One year we lost eight metres from the front. This year we've lost one, so you cannot tell how fast it's going to happen. It depends on the weather and the tides."

A metre rise would mean many areas of the UK would be inundated, particularly along the East Coast, if new defences are not built. Hull, East Anglia, much of the Thames Estuary and Portsmouth are among the main areas at risk.

For most of the UK, storm surges, fuelled by extreme weather, will cause the most damage.
Professor Tim Lenton from the University of East Anglia told Sky News Online the East Anglian coast will be worst hit.

He said: "We know when that mixture goes wrong and we get the high tide and the weather and the wind behind it - on the back of a risen global sea level - then we have the concern for big flooding events."

A recent report predicted the cost of damage from sea levels rising could increase from £1.5bn a year to £21bn a year by the 2080's.

So while protecting most places may be possible, the question is whether the huge Government investment needed for the defences will be forthcoming.

~Rindu......~

skang dah jam 11.46 pagi...waktu Msia dah jam 7.45 pg....camne tau??....wpun dah 5 bln kat cni, aku masih tak menukar jam tanganku ke waktu Cardiff.....nape??.....at least, i have something to look at when i'm thinking about msia....sungguh sentimental...

hubby dan anak2 sumer dah tdo...aku je tak terasa nak tdo lg, baby dlm tummy pun makin active kicking mcm tak bagi umminya tdo...anyway,macam2 kat kepala otak nie....yang pasti, aku amat merindui keluargaku.....mak,babah,mak mertua,adik2......especially adik aku yg paling kecik tu...azim...wpun tiap2 hari call msia (habit dr zaman skolah smpi skang, call mak aku satu hari 3 kali, mcm makan time la...), still missing them a lot...bak kate hubby, homesick yang takkan ilanglah.....huhuhu....nak wat camne...aku ni mmg sgt rapat ngan keluarga tau wpun anak sulung dr 8 beradik....

lately, hubby sibuk sgt ngan aktiviti lab dan school (aku kena paham la bab tu) ....even weekend pun kat lab....so byk time dgn anak2 je lah....bila pk secara positif, peluang mcm ni bukan selalu dapat nanti...tp yerlah, kita ni manusia...punya hati dan perasaan...satu tahap, dah takleh nak menahan rase 'kebosanan tahap cipan' tuh...sepanjang kat cni, aku mmg selalu rase nak balik msia je (smpi hubby pun ada ckp, nanti kalau cukup duit, abang htr la awak ngan anak2 balik msia...sedihnyerrr aku dgr...terus je pujuk hati yg lara ni dengan bykkan bersabar dan tersenyum...kata nak jadi Isteri Solehah???!)...coz dok merantau ni bukan jiwa aku la...hubby ada plan nak bwk kitorang jenjalan ( p mana, tak tau la....p City Centre ke??...x yah lerrr...p London??...tak terasa nak p la...Manchester???...pun taknak...balik msia??...nak,nak,nak...huhuhu...ini perbualan hati aku..)....tp yg pasti, aku mmg tak terasa nak berjalan lah buat masa skang......time preggy ni sumer perkara pelik2 dan meletihkan sangat ittew....aku tak nak buatlah...tak larat tuh....skang nie, terasa nak dok umah+jaga anak+masak resepi orang yg besh+tanam pokok+rehatkan kepala otak+tenet dan blog walking+p car boot+makan+tdo.....ngantuk lah...ADIOS

p/s orang lain dok merantau bertahun2 okay jer kan...aku??...susah nak kater coz kita nie rambut je same kaler tp hati lain2...lain orang lain ragam, lain pandangan........but whatever it is, i'm still trying to adapt to the new environment (br 5 bulan, what do u expect???).......aku sentiasa cuba jadi positive-minded and always want to be thankful to Allah coz segala nikmat telah aku perolehi selama ini....amin...wish me luck for the long journey guys...c ya in my next entry...projek menanam pokoks (banyak pokok kay!)....

salam....

akhirnya, setelah menunggu dari bulan Jan....aku p first check-up kat GP arini...eventhough Dr just asking a few questions pasal pregnancy kali nie...aku rase mcm aku plak yang jadi Dr tadi..huhuhu...kita plak dok explain kat dr what happened till the 24 weeks.....first Q dr Dr, what can i do for u??....ikutkan hati nak cakap nothing la dr....so far, alhamdulillah....i'm okay....huhuhu...kureng asam punya patient plak....tp dengan ramah tamahnya aku dok explain kat dr yang aku dah 24 weeks++....first time p check-up nie, tak pernah jumpe mane2 Dr lagik...baby kicking okay.....so far taken only acid folic for supplement....no problems in health till now..mmhhh...pastu aku diam...last2 Dr cakap, okay...u can see the receptionist outside to fix the next appointment with the midwife and the nurse......tu jerr....pastu leh balik...

kesimpulannya???....kat sini, senang woooo jadik Dr.....sape nak belajar Medic, leh dtg UK....pastu terus koje kat sini...koje pun senang, gaji leh tahan...tak percaya??....cube tanya Dr...kihkihkih.......no wonder Msian yg koje as Dr kat sini tak nak balik serving the country...kalau sape tak setuju, angkat tangan tau!!!!!.....betul3x (bak kate upin dan ipin)...

My next check-up would be on the 30th March with the nurse and 9th April with the midwife...can't wait to see what's going on next....boleh buat cter bersiri....huhuhu

JANGAN MENGELUH ………..Kita selalu Bertanya… dan Al-Quran sudah menjawabnya…

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.’- Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.‘ - Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.’ - Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).‘

KITA BERTANYA : APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ - Surah Al-Baqarah ayat 45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘ - Surah At-Taubah ayat 129

KITA BERKATA : AKU HAMPIR BERPUTUS ASA!!! QURAN MENJAWAB‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’ - Surah Yusuf ayat 12

p/s SubhanAllah.......apa lg yang kita perlukan??.....sentiasalah muhasabah diri dan yang pasti Al-Quran ada setiap jawapan kepada persoalan hidup kita....

Got this from a fren...kebetulan hubby baru je cter pasal benda ni....hubby pun dpt knowledge ni dr Kelas Quran yang dia attend kat cnie....let's share....

Semoga boleh dimanfaatkan, Al-Fatihah adalah satu rukun dalam solat, apabila cacat bacaannya maka rosaklah solat.Oleh itu perbaikilah bacaannya dengan ilmu tajwid. Bukan setakat bacaannya saja rosak malah kita menyebut nama syaitan di dalam solat kita.

Berikut diperturunkan nama syaitan laknat yang wujud didalam Al-Fatihah, sekiranya kita tidak berhati-hati.

1) DU LI LAH (bila dibaca tiada sabdu) sepatutnya DULILLAH
2) HIR ROB (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya HI ROB
3) KIYYAU (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KI YAU
4) KANNAK (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAK
5) KANNAS (bila dibaca dengan sabdu) sepatutnya KA NAS
6) IYA (disebut tanpa sabdu) sepatutnya IYYA. Iya bermaksud 'matahari'.
Dalam ayat ke 5, jika salah bacaannya akan bermaksud "kepada mataharilah yang kami sembah dan kepada matahari kami meminta pertolongan"!!!!
7) SIROTHOLLAZI........sehingga habis hendaklah dibaca tanpa henti.
8) AMIN, hendaklah mengaminkan Al-Fatihah dengan betul iaitu AA.... dua harakat, MIN.... 3 harakat, semoga Amin kita bersamaan dengan Amin malaikat, Insya-Allah.

p/s berdakwah selagi ada ruang dan peluang....Aku hanya insan kerdil....

' WHAT IS OUR EXCUSE NOW?"






p/s Rasulullah SAW (pbuh) said that ' An intelligent person is one who is constantly thinking about and preparing for death'

Tugasan untuk anda. Aku dapat ini dari kwn aku, Cik Indie a.k.a. Intan Jaliah...ada kait mengait dengan tarikh lahir...besday aku 25 Julai 1982..... maka, hasilnya adalah seperti di atas. Bak kata Indie.....Gila!...mmg GILA ko!!!!



Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.

Pick the month you were born:

January-------I kicked
February------I loved
March--------I karate chopped
April----------I licked
May----------I jumped on
June----------I smelled
July-----------I did the Macarena With
August--------I had lunch with
September----I danced with
October-------I sang to
November-----I yelled at
December-----I ran over





Pick the day (number) you were born on:

1-------a birdbath
2-------a monster
3-------a phone
4-------a fork
5-------a snowman
6-------a gangster
7-------my mobile phone
8-------my dog
9-------my best friends' boyfriend
10-------my neighbour
11-------my science teacher
12-------a banana
13-------a fireman
14-------a stuffed animal
15-------a goat
16-------a pickle
17-------your mom
18-------a spoon
19------ - a smurf
20-------a baseball bat
21-------a ninja
22-------Chuck Norris
23-------a noodle
24-------a squirrel
25-------a football player
26-------my sister
27-------my brother
28-------an iPod
29-------a surfer
30-------a homeless guy
31-------a llama

What is the last number of the year you were born:
1--------- In my car
2 --------- On your car
3 ----------- In a hole
4 ----------- Under your bed
5 ----------- Riding a Motorcycle
6 --------- sliding down a hill
7 --------- in an elevator
8---------- at the dinner table
9 -------- In line at the bank
0 -------- in your bathroom

Pick the color of shirt you are wearing:
White---------because I'm cool like that
Black---------because that's how I roll.
Pink-----------because I'm NOT crazy.
Red-----------because the voices told me to.
Blue-----------because I'm sexy and I do what I want
Green---------because I think I need some serious help.
Purple---------because I'm AWESOME!
Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.
Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars
Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.
Brown---------because I can.
Other----------because I'm a Ninja!
None----------because I can't control myself

Now type out the sentence you made, in the TITLE and tag your friends.... have a great day!

hasilnya sangatlah hampes...huhuhu

"I did the Macarena with a football player On your car because the voices told me to!"

~Takziah~

salam readers....
br dapat berita dr hubby, wife kepada kawan die baru keguguran pagi tadi (supposed they were heading to Hospital for 4 months check-up this morning)....takziah buat nana dan hasbi...banyakkan bersabar dan setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya......
sat lagi nak p umah depa melawat....feel so sorry for them....kengkawan, doakan mereka supaya diberi ketabahan hati dan yang pastinya, perpisahan yang berlaku ini diredhai dan diberkati Allah hendaknya...amin...

rindu gler nak baca majalah terbitan karangkraf...huarggggghhhh....sedihnyerrrr...aku ada jugak bawak stok dr msia tp sumer dah outdated...dah berpuluh kali aku baca...aku nie tersangat gemar membaca majalah especially terbitan Karangkraf...NONA,DAPUR,SERI DEWI & KELUARGA,PA & MA dan kengkadang MINGGUAN WANITA.... tak lupe HARMONI,MASTIKA.... kalo p umah aku, mmg korang akan disajikan dgn magazines yg tersangatlah banyak.... ada separuh dah jual coz tak muat dlm rak...... tk byk pun dapat...RM 10 je utk 30kg majalah...tp nak buat camne...


skang nie ngidam nak bc majalah...tolonggggggg.....tp takpe, dah order kat mak aku kat kg, hopefully akan dapat baca secepat mungkin...huhuhu....


p/s orang lain ngidam makanan...aku ngidam nak bc majalah...pelik tp benar...

tag lagik...suke la buat tag...kihkihkih....menambah koleksi entry aku, nampak sangat takde koje ma!...kali ni pasal handbag....aku nie nak dikatakan pengumpul handbag, idok lerrr....tp adala dua tiga, itupun specifically utk p koje, p jalan (bawak baju anak, diapers dan apa2 yang aku leh sumbat la) dan kengkadang beli sebab hati dah berkenan sangat....huhuhu..setakat 2009 nie, beg yang paling mahal aku pernah beli adalah pd tahun 2007 brand BONIA (RM 700-800), sampai skang masih dipakai dan dijaga dgn baik ...aku mmg suke BONIA nie coz takdelah mahal sangatkan kalau nak compare ngan LV,GUCCI,BURBERRY,DIOR,COACH....tu sumer ribu2nye pelaburan...ntahlah, setakat nie adalah satu bag LV yang aku nak, tp x tau la aku akan beli ke tak...coz harganya, tp kalau aku betul2 nak belipun cukuplah tu satu...huhuhu...nanti at the end aku tunjuk gambar kay...
skang cter pasal tag bag nie....dapat dr ladyellnyer blog.....wpun tak sebut nama aku utk ditag, tp aku nie kategori manusia baik hati (perasan nak mati ma!)....takpelah, bukan selalu pun puji diri sendiri...bukan unsur riak tau...

first sekali piktura purse aku....


~ My Ferragamo Purse~
tengok gambar tau dah berusiakan??...mmg pun...nie nak masuk tahun kelima aku pakai...sorilah, nak beli authentic tak mampu so ini imitatenye version jel a..beli kat Chow Kit Road je, lebih kurang RM 80/-.......pastinya, aku sangat sayang purse ini dan selagi boleh pakai, akan aku pakai...yg belakang tu adalah penjaga purse x berbayar...huhuhu...


kandungannya??...penuh dgn kad2 bank, i/c biru msia, lesen memandu, 2 kad kredit yang aku br terminate, 2 keping RM1 dan penuh dengan syiling britain (pence).....kat cnie, aku mmg takde pegang duit coz aku tak berbelanja sangat la.....adapun, ambik kat tabung (hubby dah allocate certain amount utk aku pakai) ....itupun beli barang basah jer....aku sangat cermat berbelanja kat cni dan sangat bersyukur coz berjaya ubah sikap yg boros berbelanja masa kat msia...hopefully, this positive attitude stay remains...


~ My Clarks Handbag~

ini plak handbag Clarks yang baru dibeli....coz aku tak bawak handbag pun masa p sini, sumer sumbat kat beg anak......murah je beg nie,after less cume 8 pound je...harga asalnya 35 pound...mestilah beli time salekan??...jimat,jimat...huhuhu...dalamnya, ada kad klinik, pen, tisu, dan resit2 belanja...punyalah malas nak buang......


ada satu lagik...handpone.....

~ My New N96....nie hadiah anniversary dr hubby tercinta~

baru dirasmikan sebulan yang lalu....hadiah dr hubby sempena our 4th anniversary...thx dear... setakat nie aku byk ambik gambar anak2 dan hantar ke adik aku utk tatapan mak aku yang amat merindui diorang....lain2 kegunaan buat masa nie adalah call and msg hubby...itu jerk...hp ni mmg idaman hati tp aku sayang sgt duit kalau nak beli...so pendam jela...tetiba je, hubby kasi hadiah nie, rase terharu sangat tau...inilah yang aku namakan REZEKI tak dijangka...hp lama masih aku simpan coz sayang sangat....dah 5 tahun pakai, tak pernah rosak dan meragam.....


seperti aku mention earlier, aku nak letak jugak gambar beg LV yang aku teringin nak beli...huhuhu...teringin je la...betul2 beli, tak pasti lagik...



itu jerlah....okay, kena tag orang la camnie, br best...spt biase, cik puan besar iza, datuk paduka karad, datin indie.....dan sesape yang sangat berbesar hati utk buat...silakan...

p/s dlm dunia ni penuh dgn nikmat Allah.....hargailah dengan kemampuan kita...

salam....
mmmhhh....memandangkan cuaca yang sangat baik pada hari Ahad lepas, maka aku dengan gumbiranya mengajak hubby p car boot for the.....tak tau kali ke berapa dah nie...and fortunately we managed to get a lot of goods...especially for the expected one in the tummy...wpun tak tau jantina, i guess i'll try to get the colors that match both parties...huhuhu...banyak jugak dapat with a very cheaper price tau!!...okies...let's see what we got after a few hours of browsing....


~inilah utk baby = 3.50 pound~




~ni utk baby dan skirt Mia= 2 pound ~



~ ini utk Mia = 2 pound....Khayra dh banyak stok~



~koleksi buku dan loceng ummi= 3 pound~





total belanja utk kali nie 10.50 + cik kuda 10= 20.50....kira okaylah tuhkan....kalau convert rm pun lebih kurang RM 100 lebih la...tp jgn convert coz living cost berbeza....okies...cukuplah entry psl car boot...aku plak yg boring nak bercter...huhuhu...kay, adios...


p/s trying to be smart shopper....ye ke??..huhuhu

salam dear readers....
seperti dijanjikan....aku ada nak buat entry pasal Car Boot kat area rumah aku aritu...so adalah ambik gambar sikit untuk tatapan readers...yang kelakar tu, ada jugak org2 yg mcam pelik je tengok aku ambik gambar...macam nak buat dokumentari jekan??...hehehe...semestinya takdelah...

~Details~
Car Boot Sale
Setiap Sabtu dan Ahad (tp Ahad mmg ramai la)
Pelbagai barangan dr pakaian,buku2,brngan harian,pinggan mangkuk, perhiasan dan macam2 lagilah...MMA (Macam2 Ado)
4-5 km dr rumah aku...so mmg pengunjung yang sangat setia...
Harga bergantung kepada Barangan but very affordable and cheaper...kalau pandai carik, worth buy and still new...rather than beli baru which cost more but the quality lebih kureng je.....kat cnie yang pasti, brg2 masih baru2 dan cantik2...


~skang dah tak baper sejuk....paham2 je lah~




~anak aku yg sibuk membelek barang dia~



~antara stall yang paling lama aku singgah...tp brg die mahal sket la~



~okeh...dah abis melabur nie...nak balik..lgpun dah takde ruang nak menyangkut~

p/s cik kuda tu agak mahal...10 pound...tp sangat berbaloi coz kitorang dah lama mencarinya...

lepas nie, aku nak buat entry pasal barangan yang dibeli plak....boleh tahan banyak tau!!!!....kesian kat hubby la...tp aku pun bwk duit sendiri...yg penting, sumer syiling la...hehehe...

adios


Theme Color~ Hijau

~Makan Berdamai kat umah aku~

mmhhh...setelah bercalling2 dan bersms ngan adik aku....at last, dapatlah tengok piktura kawen die...very nice...adik aku nie mmg tak pernah bersolek la seingat aku (setakat lip balm ngan lispstik tu pernah la)....die tak kisah sangat pasal bertata rias nie coz she's just so simple in person....so bila kawen, serinya lain sangat...anyway, congrats....aku upload la dua tiga keping utk kenangan di blog aku....



~nie masa nikah kat masjid depan umah aku...~

~nie masa kat umah lelaki~

Tetiba rase nak jot something pasal kisah aku dan suami beri nama kepada anak2 kami......sebab masing2 ada sejarah tersendiri...

anak aku yang pertama..... akhirnya diberi nama Nur Damia Safiyah binti Mohd Izham (Cahaya, Bijaksana, Sahabat Yang Baik).......masa mula2 nama yang nak diberi Nur Dania Qistina...tapi ada pakcik aku cakap Qistina tu bunyinyer macam Kristian....so kitorang terpaksa tukarlah (carik lg nama baru) eventhough maknanya sangat baik di sisi Islam...huhuhu...tak nak kalah,nak yang canggih jerk...cuba bayang kalau dah tua nanti...cucu2 panggil Nek Dania, Nek Qistina....huhuhu, gila glamer la...

okay3x, sambung cter....aku nie tersangatlah suke tengok cter2 dongeng yang futuristik (betul ke eja??)....macam Cinderella Story, Ella Enchanted,Princess Diaries dan filem2 seangkatan dengannya lah.....masa aku ngandung yang first nie, memang suke sangat tengok cter Princess Diaries...berkali2 la aku tengok, mmg takkan terasa boringnyerrrr.....watak utama yang dipegang oleh Anne Hathaway tu...namanya Princess Mia bla bla (x ingt)...panjang sangat...aku suke glerrr....so kebetulan, masa belek2 nama anak, terjumpa DAMIA (ada la bunyik macam Princess Miakan?)....maknanya pun bagus...BIJAKSANA....so terus decide nk jadikan alternatif name, in case last minute changes....mmg pun tukar di saat2 akhir....SAFIYAH tu plak aku ambik sempena nama WARDINA SAFIYAH....coz aku suke tengok muke dieee....huhuhu...


anak aku yang second plak.....Nur Khayra Safiyah...Cahaya, Yang Utama, Sahabat Yang Baik...at first nak bagi nama Batrisyia (Bijaksana)...tp tak taulah, macam hati aku tak berapa berkenan...kebetulan plak masa tu aku suke sangat tengok cter Pirates Of The Carribean...dlm cter tu aku suke tengok muka Keira Knightley (salah eja sori ma!)....so di saat2 aku nak bersalin, tatkala membelek majalah Pa&Ma...terjumpa nama Khayra....bunyik lebih kurang...cume nama nie lebih bermakna....so terus je ambik nama tu...suke glerrrr....hehehe...penuh gramatis nak pilih nama anak...







yang ketiga nie....memandangkan aku tak p check-up lagi so tak tau la jantinanya...tp hati aku meronta2 nak anak lelaki (tak kisah sangat kalau pompuan pun)......tp aku dah mencari nama lelaki je buat masa nie (coz itu tugas aku)....skang nie plak, aku suka dengar dan tengok ceramah Ustaz Akhil Khayy....so tercari2 nama yang bunyiknya lebih kurang cam nama Ustaz tu (mana tau dapat jadi ustaz yang petah berkata2 sptnya satu masa nanti...) dan yg penting ada makna...so dah jumpe....pilihan aku.... Mohd Aqil Irfan atau Aqil Fari....Aqil nie maknanya Bijak..... tp nama Irfan tu aku terlupe plak apa maknanya...Fari??...hehehe...aku suke filem Ayat2 Cinta....nama hero dlm cter tukan Fahri....tp x jumpe makna...namun terjumpa Fari (lebih kurang la)...and dlm pencarian nama, aku terjumpa nama nie dan punya makna yang sangat best...Tinggi Menjulang...apepun, kita ni merancang je tapi segalanya Allah jua yang tentukan...mana tau di saat akhir akan bertukar lagikan....nama anak perempuan plak telah aku beri tanggungjawab kpd hubby...die tengah mencarik lagi kot...hehehe....





p/s nama kepada seseorang adalah satu doa untuknya maka sebagai ibu bapa, kami akan cuba beri nama kepada anak2 dengan makna yang sebaik mungkin...wpun punya ceritera pelbagai disebaliknya tapi pucuk pangkalnya adalah kembali kepada Islam jua....



' Selamat Pengantin Baru'....'Semoga Kekal Abadi' ...' Bahgia Ke anak cucu'....Semoga Murah Rezeki...alhamdulillah, bertemu jodohnya....bla..bla..bla(Anita Sarawak nyanyi)...kalau salah lirik, sorilah yerk...

esok 14 Mac 2009 adalah majlis kawen adik aku yang no. 2, Siti Nur Nabihah @ nama glamernya kat umah 'NONG' ngan pasangannya 'EPI'...TAHNIAH!!!!!...aku rase sedih sangat tak dapat nak balik untuk sesame memeriahkan majlis....tapi nak buat camnekan,bukan rezeki aku kali nie...tapi takpelah, sebab adik2 aku berderet lagi....6 orang lagi aku boleh tengok diorang kawen (kalau umur panjang, InsyaAllah, amin).....

sempena kawen dia nie, aku cuma dapat hadiahkan kek kawen untuk dia makan berdamai...thx tu amy (marvelcakes.blogspot.com)......and 100 cuppycakes utk die bg kengkawan yg datang....oopppss..lupe..aritu ada masuk pertandingan kat majalah keluarga, pastu menang la plak....dapat hadiah blender Kenwood kot...aku bg la kat adik aku skali......meriah sikitkan??...



dr pagi lagi, aku dok membayangkan kemeriahan kat umah aku coz mak aku family besar (adik beradik 11 orang)....pastu sumer sangat rajin membantu kalau bab 'rewang' nie...sape tak tau rewang...cari sendiri dalam kamus johor (ada ke???)....dan hubby pun tau, mood aku ari nie kureng baik so pepagi lagi dah sound anak2.....'ari nie ummi akan moody so jangan buat perangai'...mcam ler anak2 nie phm moody tu apa ek??...hehehe...masa tu mata aku masih terpejam atas katil (macam la aku tak dgrkan????...)...anyway, saya okaylah bang....cume sedih je la tak dapat bersama keluarga di saat family gathering macam nie....

utk adik aku, sori sangat tak dapat balik...kitorang dah bersms sejak dua bulan lepas...dok tanya persiapan dan kelengkapan kawen...maklumlah, aku dah ada pengalaman....sumer buat sendiri, nak guna wedding planner tak mampu...so buat secara sederhana tapi meriah la..

'Selamat Menempuh Alam Perkahwinan yang penuh ranjau berduri nie...banyakkan bersabar dan sentiasa berdoa kepada Allah agar urusan rumahtangga dipermudahkan....sulam kasih sayang, semai persefahaman dan berpegang kepada Tali Allah....'...

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive