salam...
kalau tengok tajuk entry sahaja, sudah cukup untuk aku gambarkan proses preggy check-up yang berlalu semalam di Univ Hospital of Wales....apa yang pasti, memang layanan yang diterima adalah unexpected....
Nak dijadikan cter, semalam aku ada appointment di hospital jam 9.10 pagi...pada aku, agak pagi jugaklah sebab di kala itu selalunya...anak2 masih nyenyak tdo dan rasa kesian plak nak kejut...tp entah macam mana semalam anak aku yg sulung bangun pagi dr biase dan bila umminya bersiap2, terus je bertanya 'ummi nak p mana ni?...dgn masih terpisat2 lagi tuh...aku pun cakap, ummi nak p hospital la hari ni..nak p check adik baby kat tummy ummi ni...terus je cakap, nak ikut lah...aku pun suruh dia mandi dan bersiap...tiba2 si adik plak bangun...tp tak mandikan la sbb dia menangis mcm terperanjat....dalam jam 9.45, kami semua sudah bersiap dan ready nak p hospital...
jarak hospital ke rumah, takdelah jauh sangat...dlam 10 minit jugak dan alhamdulillah, jalan tak jam...so far aku kat sini, belum pernah lg menempuh jam melainkan ada games kat Stadium Millenium Cardiff....sampai kat hospital dalam 9.05 minit...first time p hospital so mmg meraban jugak cr jalan nak p antenatal clinic...semalamnya dah tengok website...aku ckp kat hubby, antenatal clinic ni kat main building...kami terlepas nak masuk parking ke main building dan terpaksa circling hospital...itu yang jadi lambat...at last, aku cakap ngan hubby, drop by aku kat main entrance...hubby p carik parking dululah sebab jam sudah menunjukkan 9.20 pagi...dah lewat 10 minit...risau jugak ni..nak cr kliniknya lagik...tensi,tensi...
sampai kat main building, aku p tanya receptionist...seorang lelaki yg jaga kaunter tp sangat mesra cume dia bg direction yg salah...sampai ke tempat pertama ditunjukkan, pun seorang jejaka yang jaga...dia cakap bukan di situ tempatnya...tp takde nada marah langsung...very friendly....dia sendiri pun tak pasti kat mana tp yg pasti, dia jugak bg direction yg salah...at last, aku tanya kat seorang auntie ni coz dia yg dok tanya dulu kat aku nak ke mana.....hehehe...nampak sangat kot muka tersesat aku ni..walla....aku pun ikutlah macam yang auntie tu cakap and dia siap pesan lagik, kalau tak jumpa tempatnya, datang balik jumpe dia...sangat baik auntie ni (rasenya dia koje cleaner kat hospital ni)...jam sudah menunjukkan 9.30...lassssst sekali, setelah tersesat buat kali keempat...aku dah tersesat sampai ke O & G department...maternity ward la...aku pun tanya seorang nurse yang sedang sibuk mengemas mejanya....dengan ramah dan tersenyum..dia pun tunjuk direction yang betul kat aku...finally, sampai ke antenatal clinic...sangatlah dekat ngan main entrance cume signagenya tidak berapa nampak coz tulisannya diletak di sebelah dalam....
sampai kat kaunter antenatal clinic, nurse yg jaga tu dgn mesranya tanya apa yg boleh dia bantu...aku dah cuak sebab takut kena marah coz sah 9.40..lewat 30 minit...aku pun bg surat appointment and dia terus suh p ultrasound/scan unit (dalam hati, nasib baik la tk kena bambu..kalau kat Msia ni dah kena bambu)....sampai kat tmpt scan, bg nama...dlm 5 minit aku dipanggil padahal ramai lg yang tunggu tau...kat sini, wpun sampai lewat tp ko punye appointment awal maka ko akan dilayan dulu...okey tak??....masa scan tu, dua orang nurse yg entertain aku...baik glerrr dan sangat mesra...macam2 tanya pasal baby and bersungguh2 nak tengokkan jantina baby...aku cakap kat depa, aku tak kisahpun dan mmg tak dapek nak tengok coz kaki baby terkepit....so still wondering lagi jantina la..hehehe...apepun, nak tunjuk kat sini betapa layanan yang diberikan first class tau...takde diskriminasi wpun dia tau kita adalah foreigner...
lepas tu, p antenatal clinic semula utk jumpa midwife...masa jumpe midwife pun, siap usap2 badan tanya kesihatan macam mana...ada masalah ke....pastu ambik darah utk run a few test, tekanan darah, tinggi dan berat serta urin...semuanya okay..setakat ni, berat aku dah 62 kg...bleh tahan jugak....memandangkan report scan menunjukkan tarikh jangkaan bersalin mungkin lewat dr tarikh jangkaan skang ni maka next week, aku kena p hopsital lagi utk buat scan...nak confirmkan tarikh yang tepat la (even akan lewat atau cepat 2 minggu selalunya)...so okaylah...habis je sumer...midwife datang jumpe aku kat waiting room bgtau pasal everything is okay and next week kena datang lagik...bg buku pasal pregnancy and satu fail yg penuh dgn kupon utk aku redeem kat pasaraya seperti TESCO bg ibu2 yang akan bersalin..best tak??..hehehe...
okaylah...panjang dah cter nie...yang pastinya, semalam adalah hari indah bg aku coz everything run smoothly throughout the day...semalam petang appointment dgn midwife kat GP pun okay...mesra dan sangat baik....kalau nak compare dgn perkhidmatan di Msia mmg masih belum nak capai seperti di sini...hopefully, perkhidmatan hospital/klinik kerajaan di Msia akan bertambah baik dan berubah....tak rugipun berbudi dan berbahasa dgn orangkan??.....