salam
entry kali ni nak share pasal my tureen collection tapi yang sepasang ni jer dulu.....tak tau nak kater kenapa minat sangat dekat tureen ni, mungkin disebabkan bentuk2nya yang unik, elegan dan paling penting ia boleh digunakan sebagai bekas untuk menghidang makanan.
'A tureen is a serving dish for foods such as soups or stews, often shaped as a broad, deep, oval vessel with fixed handles and a low domed cover with a knob or handle. Over the centuries, tureens have appeared in many different forms, some round, rectangular, or made into fanciful shapes such as animals or wildfowl. Tureens may be ceramic—either the glazed earthenware called faience or porcelain—or silver, and customarily they stand on an undertray or platter made en suite' - WIKIPEDIA
setakat ni, adalah beli sikit2...maklumlah kat sini senang nak jumpa dan kalau nak belipun harganya affordable...hari nipun sebab aku pergi car booth dan dapat tangkap sepasang tureen yang sangat menawan kalbu. Walaupun takde tercetak nama pengeluarnya, tak kisahler labu...janji aku suka, yer tak?..hehehe...itu yang terus ambik gambar dan nak buat entry pasal ni. Almaklumlah, koleksi2 yang lain dah selamat dibungkus dan simpan dalam kotak (macam nak balik msia esok jerrrr).
Kalau rajin mencari kat car booth mmg banyak yang jual, pelbagai bentuk & pengeluar.....harganya pun takdelah mahal mana...kalau yang memang jenis nak jual tureen tuh, kadang2 dia letak harga £2 jer, rugilah kalau tak belikan...kaylah, enough of that...
cter pasal tureen ni plak....tureen ni berbentuk oval, berwarna putih dan punya corak ala2 batik hijau lumut.....ukurannya dalam 9''....yang pasti, aku dapat tureen ni dengan harga yang sangat murah...hehehe..kaylah, jumpa lagi..
p/s lepas ni entry pasal award plak...bilalah nak gantung?...:)