.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

Salam


Sekadar berkongsi idea dekorasi so called 'blue and white' ni....kalau pandai menggayakan, tampak menarik dan tak jemu mata memandang...

at first, aku mmg tak pandai dan tak gheti langsung pasal nak deko2 rumah ni, bukanlah orang yang berseni....lepas tu dapat rezeki untuk merantau tempat orang ni, barulah dapat belajar sikit2 dari banyak sumber kat sini termasuklah majalah2 , p kedai, p car boot, p ebay, p umah kengkawan, tengok umah mat saleh dan menjelajah blog2 kengkawan yang minat deko dan kumpul hiasan2...tak kiralah hiasan inggeris ke, moden ke, antik ke..janji menghias rumah...tambah2 lagi yang 'blue and white color' ni, mmg tak minat..lagi satu tak pandai nak gayakan..tapi lately, hahaha..minat dengan blue ni semakin bercambah2 tau....sebabnye..bila banyak kali tengok, menarik jugak set blue and white nih...

kali ni nak berkongsi idea dekorasi dari majalah dan filem 'Nanny Mcphee and The Big Bang'....aku mmg minat cter2 begini, ahaks......enjoyyyyy!!!!

Sumber: Your Home (August 2010)





Source: Nanny McPhee and The Big Bang (silalah abaikan aksi2 kelakar tuh,hehehe)



last two pic ni nak highlight soup tureen ngan lampu berjurai tuh...cantik kan?...dalam kabinet tu penuh dengan blue tapi tak dapat nak capture sangat...

adiossss



Salam kengkawan..

kesian sungguh blog ni, aku dah biar bersawang bagai...kalau bertelor, dah menetas dah..hehehe..harap maaf lah..
banyak sungguh peristiwa yang berlaku sejak dua bulan kebelakangan ni..

CHICKEN POX
awal bulan Jun hari tu kena chicken pox..satu rumah kena dan aku yang paling teruk kena dengan Irfan..kesian bebenor....tapi yang bagusnya, ketiga2 anak yang kena takde meragam dan demam teruk...mungkin cuaca sini yang tak panas sangat, masa kena tu takdelah nak menggaruk ke hape..cuma dia punya berdenyut2 dan bisa tu jerlah yang aku tak tahan sangat..rasanya, paling banyak makan paracetamol bila sakit sepanjang 28 tahun hidup nih..

MIL AND BIL DATANG MELAWAT
Masa pertengahan bulan Jun pulak, Mak Mertua dan 2 adik ipar serta 1 biras datang melawat kami di sini..alhamdulillah, dapat jugak MIL merasa p tempat orang. Adik ipar aku ada kat Amsterdam so mak mertua datang melawat kami dua keluarga sekaligus. Mula2 p Amsterdam dulu , pastu berjalan2 di London city kemudian baru datang cardiff. Paling MIL suka adalah p car boot, banyak benda dapat dibeli. Apatahlagi MIL ni suka deko rumahnya, mmg pantang jumpe yang menarik dan murah, terus rembat..macam aku jugaklah, nafsu membeli di car boot tak pernah luntur..hehehe

PINDAH RUMAH
Awal bulan Julai baru ni, aku sekeluarga pindah rumah. Tak jauh mana, depan rumah jer..hehehe..jadi proses angkat barang ni kami buat sendiri jer dan berperingkat. Paham2 jerlah, ada anak kecik kan..Itu yang takde masa nak ngadap blog sangat dan internet pun ada terputus seminggu. Masa tu memang macam ayam berak kapur, serba serbi tak kena. Tv takleh tengok, internet takde, rumah bersepah..macam2 la..alhamdulillah, ni dah selesai..

MENGUPANG
Tahun lepas, aku ada p mengupang dekat sini. Tahun ni tradisi tu masih diteruskan dan yang paling best, dapat ambik kupang sendiri. Tahun lepas, tak dapat nak turun coz dah memboyot kendong irfan 9 bulan...Banyak jugak dapat, dalam setengah baldi jugak..puaslah makan dan BBQ dengan kupang...

PETIK BUAH
Petik buah pun satu acara wajib kalau masuk summer..Tahun ni kami pergi Court Farm Leisure, Tilington, Herefordshire. Lebih kurang 1 jam setengah dari cardiff. Seronok sebab banyak buah...strawberries, blackcurrants, red cherries, epal (20 jenis ada), gooseberries, plum, red currants, raspberries dan cranberries. Pastu ada sayur pulak..cauliflower, brokolo, carrots, onions, rhubarb, beetroots,salad onions, corn, beans, potato dan banyak lagi..besar bangat dia punya ladang daaaa...

NOTE: IRFAN PUN DAH MERAIKAN ULANGTAHUNNYA YANG PERTAMA MASA 9 JULAI LEPAS..MOGA MENJADI ANAK SOLEH YANG SENTIASA MENDOAKAN UMMI DAN BABAH, YA SAYANG..AMIN

Seribu satu kenangan yang tidak dapat digambarkan....adios..

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive