[oleh Ustazah Siti Nor Bahyah Mahamood]

Islam telah menggariskan beberapa panduan dan amalan yang boleh diikuti agar kita diberikan oleh Allah SWT kemurahan rezeki ketika hidup di muka bumi ini. Antaranya ialah:

(") Mengamalkan bacaan ayat Seribu Dinar selepas solat serta zikir dan bacaan ayat Quran tertentu.
Zikir dari ayat2 al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjernihkan dan melembutkan hati, ia mengandungi fadilat khusus utk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki. Begitu juga amalan membaca surah al-Waqiah setiap malam untuk mengelakkan ditimpa kepapaan.

(") Perbanyakkan bersedekah dengan ikhlas.
Sedekah mengundang rahmat Allah SWT dan menjadi sebab Allah SWT membuka pintu rezeki.

(") Sentiasa berbakti dan mendoakan ibu bapa.

(") Memperbanyakkan solat taubat dan istighfar.

(") Melazimi solat isyak dan solat dhuha setiap hari.

(") Membantu anak yatim dan orang miskin.
Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud " Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang yang lemah di kalangan kamu". (Riwayat Bukhari)

(") Bersyukur, bersangka baik dan memaafkan orang lain.

(") Bermunajat di malam hari.
Ada keterangan bahawa amalam di malam hari (solat tahajud) memudahkan memperolah rezeki,menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang serta doanya dimakbulkan Allah SWT.

(") Memberi haiwan/burung makan.

(") Menjalinkan hubungan silaturrahim.

(") Bertakwa.


p/s berdakwah selagi ada ruang dan peluang.