JANGAN MENGELUH ………..Kita selalu Bertanya… dan Al-Quran sudah menjawabnya…
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI? QURAN MENJAWAB ‘Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; ‘Kami telah beriman,’ (’I am full of faith to Allah’) sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.’- Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN? QURAN MENJAWAB ‘Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.’- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI? QURAN MENJAWAB ‘Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.‘ - Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA KECEWA? QURAN MENJAWAB ‘Jgnlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yg paling tinggi darjatnya, jika kamu orang-orang yg beriman.’ - Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan).‘
KITA BERTANYA : APAKAH JALAN TERBAIK UNTUK MENGHADAPINYA? QURAN MENJAWAB ‘Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk’ - Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI? QURAN MENJAWAB ‘Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka… ? - Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP? QURAN MENJAWAB ‘Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal. ‘ - Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU HAMPIR BERPUTUS ASA!!! QURAN MENJAWAB‘… ..dan janganlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.’ - Surah Yusuf ayat 12
p/s SubhanAllah.......apa lg yang kita perlukan??.....sentiasalah muhasabah diri dan yang pasti Al-Quran ada setiap jawapan kepada persoalan hidup kita....
2 comments:
Itulah, semuanya telah sedia ran mengeluh ini lebih dekat dengna persoalan yang timbul dalam jiwa. Sebenarnya, kunci kejayaan umat Islam yang lalu adalah apabila semua persoalan dalam jiwa mereka terjawab memalui pemekiran mereka berlandaskan apa yang diajar oleh Rasulullah s.a.w melalui al-Quran dan Al-Sunnah. Keupayaan diri untuk melihat keperluan diri dan menjawab segala-galanya, menjadikan hati dan sanubari sahabat amat kukuh, utuh dan tidak goyah. Itulah sebabnya, kuasa Islam masih mencengkam sehigga sekarang. Pokoknya, contohilah para sahabat, abrulah kita boleh membawa pulang Islam ketempat tertinggi, tertinggi daripada semua segi. Biarlah hitam muka orang kafir itu lantaran malu dan terhina dengan Allah dan Rasulnya.
Masalahnya, kebanyakan kita yang namanya Islam takut nak mencontohi para sahabat...kononnya merendah diri tp bila cakap bab duniawi, akulah yang paling hebat diantara yang terhebat...tang tu pandai plak 'menaikkan diri'...itulah fitrah manusia...
Post a Comment