.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

salam...

baru nk hapdet blog....sebelum terlupa, Salam AidilAdha untuk semua kengkawan and readers...

sekarang ni, cuaca mmg tersangat sejuk hingga ke terasa ke tulang you!!!...nama pun melayu so kulit ni tak tebal mana, sejuk sikit pun dah terasa..lagilah klau sejuk banyakkan???..teringat one of my boss dulu pernah cakap...'org melayu ni mmg jenis tak tahan sejuk....sebab tu terkeluarlah kata2 yang berbunyik.... 'sejuk sampai ke tulang', 'sejuk nak Ma**P*S', 'sejuk giler' dan yg seangkatan dengannyerlah'...hehehe...tapi mmg betul pun..

kat sini omputeh rileks jer klau kluar rumah time winter nih..kita yg melayu nih klau nk keluar rumah, berbungkus bagai..mcm hantu bungkus pun ada sbb tk thn sejuk.....termasuklah aku tau..kekekeh...

sebenarnya entry ni nk bercter psl aku sefamily yang tak sihat..dilanda wabak macam2 sejak masuk cuaca sejuk nih...dengan batuknya, selsema yg agak teruk dan irfan si kecik pun demam + selsema....husband pun batuk dah dekat 3 minggu belum baik2 lagi...aku ni alhamdulillah dah okay batuk...tersiksa jugak seminggu tak boleh tdo malam.....khayra pun masih selsema...damia pun baru baik demam....sakit itu satu ujian kepada hambaNya...tanda Allah syg kat kitakan?....:)..doakanlah aku sekeluarga bertambah sihat....insyaAllah...

kay,adios..

SALAM QURBAN!!!!


salam...

tarikh 20 November 2004 merupakan antara tarikh terpenting dalam hidup aku...5 tahun yang lalu, aku sah menjadi milik si 'dia' dan alhamdulillah, rumahtangga yang dibina semakin berseri dengan kehadiran 3 permata tidak ternilai harganya....untuk melayari sesebuah bahtera perkahwinan bukan mudah namun setiap ombak dan badai yang melanda punya hikmah tersembunyi....yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan usaha untuk mencari keredhaanNya.....selalu berpesan kpd suami bahawa 'perkahwinan ini suatu ibadah....sentiasa bersyukur....dan selalu pandang kekurangan diri masing2 adalah satu kelebihan'...

byk benda yg berlaku akhir2 ini...2 minggu lepas, babah aku tak sihat..lemah jantung dan paru2 berair...masa tu rasa nak balik sangat msia tp byk pula urusannya dengan irfan yang belum ada passport, nk buat visa irfan lagi....yang pasti,ku panjatkan doa agar babah semakin sihat dan alhamdulillah, hingga ke hari ini kesihatannya bertambah baik...sejak dtg sini, selalu sgt berdoa agar sekiranya terjadi apa2 kpd orang tuaku, biarlah aku ada di sisi mereka...risau sgt...

~ lepas tu, ada saudara terdekat babah meninggal akibat kemalangan...anak dan isterinya meninggal...(sedara ni yg si suaminya)

~ td call mak...pastu mak cter yang adik aku yg tgh SPM skang ni kat SM Teknik Tanjung Puteri, JB tgh stress..puncanya..dia dihalau dari asrama dan dewan makan oleh Pengurus Asrama sbb tak byr lagi duit makan bln ni yang tk cecahpun RM30 tuh...kesian sgt..satu hari dia tk mkn dan dahler ader gastrik..skang terpaksa menumpang kat rumah kawan die..sengal betol si pengurus tuh...klau korang jadik aku, apa akan korang buat?..mk aku ckp, mentang2 kita org kampung..dia buat kita mcm tuh...

~ Makcik aku plak nak kahwin raya haji ni...adik beradik belah mak..tahniah Cik Limah..hadiah menyusul kemudian yerr..sedih jugak tk dpt tolong rewang...

~ akhir sekali, aku sibuk sangat.....dgn urusan rumahtangga la...kpd kengkawan yg dah lama aku tidak meninggal jejak di 'teratak maya' korang, insyaAllah..akan ku usaha jugak untuk singgah dan melompat nanti ya....

oh lupe plak...sempena anniversary hari ni, hubby bg surprise..mmg menjadik...dia bg hadiah game 'super mario' utk wii..seronok glerr..dah berhari2 ckp tp tk sangka plak dpt...suke sgt sbb bleh main ramai2 satu family.....hubby kata tu je termampu... maklumlah kais pg makan pagi..kais ptg mkn ptg kat sini....'itupun sudah memadai bang...terima kasih...'

kaylah....wassalam..adios


salam....

sekarang ni mmg masa yang ada rasa sangatlah terhad...tak tahu kenapa..nak kata sibuk, memang dari dulupun sibuk..mmhhh, mungkin rutin pun dah banyak bertambah dan berubah sejak ada anak kecik ni..lagipun, irfan sangatlah manja dan sentiasa nak duduk di riba sahaja...



well, sekarang ni irfan dahpun 18 weeks...hampir mencecah 4 bulan..sehingga ke hari ini, dia sudah mula menunjukkan keaktifan dan kelasakan sebagai seorang anak teruna kecik.....tak larat dah umminya nih....aku pun dh mula bagi makan kat irfan..so far, mmg anak2 aku, aku bg diorang mula makan seawal 4 bulan....kalau ikut anak2 yang 2 orang atas tuh, perkembangan diorang cepat...seawal 4 bulan dah bg makan, 5 bulan dah mula duduk tanpa bantuan/sokongan, 9/10 bulan dah mula berjalan...merangkak jarang2 sbb terus nak bertatih...irfan ni tak tau lagi tp dah boleh duduk sikit2..nk kena sokongan jugaklah...

bumbo seat ni dr msia nak beli tapi mahal..dalam RM200++ jugaklah..alhamdulillah, kat sini dapat beli dgn harga yg sangat berpatutan, kurang dr £13...even brg second tp nampak sgt baru dan jarang digunakan.....rezeki anak2...

kaylah..irfan dah mengamukkkk...larikkkkk...adios!!!

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive