.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

Showing posts with label Muhammad Irfan. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Irfan. Show all posts


salam..

apa khabar kengkawan semua?..harap sihat walafiat dan gembira bersama yang tersayang..

skang ni dalam proses mengemas rumah coz nak pindah....so rumah penuh dengan 'mangkuk bertingkat2'..hehehe..sesak dah...tinggal barang yang nak dipakai jerlah gamaknya..

alhamdulillah, semalam irfan the mischief maker ni dah berjalan banyak tapak..sebelum ni dia dah melangkah dua tiga tapak pastu takmo dah, rasanya dia takut...sejak dah berani sikit, mulalah nak tunjuk skill jalan banyak2 sikit..so semalam memang dah panjang langkahnya, ummi pun lepas ni jenuh nak kejar dan kemas rumah (suka memunggah barang mamat kecik ni)...syukur sangat dapat melihat sendiri perkembangan irfan dari kecik sampailah ke hari ni...setiap detik bersama irfan adalah sangat berharga bagi aku....


ni gambar tgh asyik makan clementines....silalah abaikan baju yg comot tu (mmg untk dikotorkan yerrr)..irfan tak suke pakai bib kat badan dia, dia pandai bukak..kadang2 pakaikan jugak, pastu main2 la dgn dia supaya dia lupe pasal bib tuh..kalau perhati kat dahi tu banyak bekas jatuh, ini budak kecik mmg lasak..selalu sangat jatuh kalau tatih2 tu, terjelepuk jatuh kat lantai tu dah berpuluh kali (seb baik dia tak kuat nangis) dan kena bucu meja..adoiiiii...tapi budak2 nak pandai ni mmg begitu kan....

skang ni suka naik tangga tau..jenuh nak kejar dia, coz laju sangat..selalu kitorang tutup pagar kat ruang tamu so dia tak keluar, datang si khayra bukak..berdesup la irfan memanjat tangga menuju ke bilik air..dia mmg suka banget p bilik air ni, nak mandi dalam bath tub...tapi sini tak boleh mandi selalu sangat, senang selsema..cuaca di sini sejuk jer wpun skang dah masuk summer...aktiviti terbaru, panjat melalui kerusi kecik....sabor jer la..

pastu dah pandai panggil babah ngan kakak (bunyiknyer macam tatak)..hehehe...kalau makan, takleh suap lambat2 sangat, menjerit satu rumah macam kena pukul...bangun pagi jer, benda pertama dia nak adalah makan dan makan, selalunya akan bagi biskut digestive dan limau, pastu bagi nasi (takmo bubur)...fav food dia skang adalah limau (tapi takleh bg selalu) dan strawberry trifle...kalau bagi ni, dua mangkuk comel boleh abis..yang pasti, mmmg sedap itu trifle daaaa...


kay, jumpa di lain masa...

note: sedang menjayakan projek album milestones irfan dan khayra...ala2 buku skrap tapi cik joyah ni tak kreatif..so belasah jer..momento untuk anak2 kalau dah besar nanti..:D ..juga sedang mencari mood untuk rajin hapdet..

~Irfan oh Irfan~


salam....

Irfan demam la....dah beberapa hari sejak Isnin lepas....almaklumlah kena injection sekali tiga kat peha kiri dan kanan...kesian kat dia....sejak kena inject tuh, badan dia panas tak menentu.....lepas tu, cuaca yang sangat sejuk skang ni pun menyebabkan dia tak selesa sangat..udahler kena berbungkus even nak tdo..kalau tak berbungkus plak, meleleh jer hingus dia..kesian sangat sbb baby ni mana pandai nak hembus hingus kan??.....

gambar ditepek ni macam nak p mana jer..padahal nak tdo dah..zzzzZZZZzzzzz


salam....

sekarang ni mmg masa yang ada rasa sangatlah terhad...tak tahu kenapa..nak kata sibuk, memang dari dulupun sibuk..mmhhh, mungkin rutin pun dah banyak bertambah dan berubah sejak ada anak kecik ni..lagipun, irfan sangatlah manja dan sentiasa nak duduk di riba sahaja...



well, sekarang ni irfan dahpun 18 weeks...hampir mencecah 4 bulan..sehingga ke hari ini, dia sudah mula menunjukkan keaktifan dan kelasakan sebagai seorang anak teruna kecik.....tak larat dah umminya nih....aku pun dh mula bagi makan kat irfan..so far, mmg anak2 aku, aku bg diorang mula makan seawal 4 bulan....kalau ikut anak2 yang 2 orang atas tuh, perkembangan diorang cepat...seawal 4 bulan dah bg makan, 5 bulan dah mula duduk tanpa bantuan/sokongan, 9/10 bulan dah mula berjalan...merangkak jarang2 sbb terus nak bertatih...irfan ni tak tau lagi tp dah boleh duduk sikit2..nk kena sokongan jugaklah...

bumbo seat ni dr msia nak beli tapi mahal..dalam RM200++ jugaklah..alhamdulillah, kat sini dapat beli dgn harga yg sangat berpatutan, kurang dr £13...even brg second tp nampak sgt baru dan jarang digunakan.....rezeki anak2...

kaylah..irfan dah mengamukkkk...larikkkkk...adios!!!

~Love of My Life~

salam...


arini rasa sibuk sangat (selama ni mcm tak sibuk je..)...hari ni jugak Damia dah back to school selepas sebulan lebih bercuti....cuma berbeza kali ni, masa kakak di sekolah agak lama.. 9 am-3 pm...lately, aku mmg jarang bangun pagi sangat..pepaham jerlah kalau ada anak kecik, dia dah tolong kejut jam 2-3 pagi....pastu kejut lagi jam 5-6 pagi..kadang2 tu berjam tak nak tdo, umminya ni udah sangap jer...ngantuk tahap gaban woohh..so terpaksa jugak aku ganti balik waktu tdo tuh lepas subuh.....skang irfan dah 2 bulan, hari ni jugak injection for the first time kat klinik..sekali dua plak tuh kena kat 2 belah peha yang comel lagi gebu tuh...hopefully dia tak demam la....

Ramadhan kali ni puasa tak dapat penuh (mmg selalunya gitu pun..)..sebab darah baru kering betul dan satu lagi sebab menyusukan irfan...masa mula2 puasa tu okay tapi ada dua hari aku terpaksa jugak skip sebab production susu menyusut....terasa sangat sebab irfan menyusu tak puas dan aku plak rasa nak pitam jerr...hubby kater takpelah, nak buat camner...nanti winter gantilah..hahaha..pandai je dia pujuk.....kiter yg nak mengganti ni rasa malas jerr, kalau boleh nak puasa je...apakan daya...tak dapek den nak nolong!!!

anyway, aku letak pic irfan yang dah menginjak ke usia dua bulan..pipinya sudah mula menunjukkan ciri2 nak melayut...hehehe..apepun,ummi doakan anak ummi sihat ya sayang..amin..insyaAllah...





untuk my big pumpkin, Damia.....moga anak ummi dibukakan pintu hati untuk belajar dan menerima ilmu pengetahuan di sekolah, insyaAllah....apepun, dia suka sangat bersekolah setelah hampir sebulan bertanyakan soalan yang sama setiap hari..lepas mandi je, SOALAN WAJIB..'ummi, hari ni sekolah ke??..'...sekarang dah tak perlu jawab soalan cepu emas tu...hehehe....anyway, damia pun ada dapat kawan baru hari ni..nama dia Zara...pastu bekalan damia untuk hari ni ialah donut dan nugget beserta air wajib, MILO...yang kelakar tuh, balik sekolah jer....'ummi, lain kali ummi letak keropok pulak eh...'..aku pun tanya, kenapa kakak nak keropok??....'because kawan Mia bawak keropok'..sabar je lah...hehehe..budak2 ni seboleh2 nak ikut kawan.....letak jugak pic mia dah bersiap nak skolah...good luck my dear!!!...



adios...


salam...

finally, ter upload jua gambar permata hati ketiga aku kat blog nie....usia Irfan sudah menjejak 12 hari dan nama yang terpilih adalah Muhammad Irfan....Irfan itself memberi makna kebijaksanaan, pengetahuan....kalau diikutkan entry terdahulu, cadangan namanya lain...Aqil Irfan @ Aqil Fahri....tp setelah berbincang dengan suami, maka nama tu yang kami pilih...ikutkan aku nak letak satu lagi tp hubby kata panjang sangat....takpelah, janji nama yang ini pun sudah memberi makna yang terbaik......




gambar first..irfan dah 3 hari...gambar kedua dan ketiga tu, beberapa minit setelah dilahirkan...depa kat sini, selepas keluar je baby terus letak kat aku (ummi dia) dalam 20 minit, lepas tu midwife ambik baby utk dipakaikan baju...dan terus serah kat aku hinggalah masuk wad....entry lepas ni maybe nak cter pasal pengalaman bersalin di tmpt orang nih...yang pasti, pengalamannya sangat mengujakan dan rasa macam tuan puteri tau...hik...jumpe di entry selepas ini kay....adios

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive