.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

Showing posts with label sharing. Show all posts
Showing posts with label sharing. Show all posts

~Chicken Pox~


salam


Sejak dari Isnin, Irfan demam...terutamanya menjelang nak malam, badan dia akan mula panas.....tapi dia takdelah meragam atau merengek cuma badannya panas...semalam petang baru perasan yang badannya naik ruam..mula2 sikit jer tapi makin banyak..aku rasa chicken pox sebab kat sini, kalau nak masuk Spring, penyakit ni senang kena dekat budak2...orang dewasa pun tak terlepas....nak book appointment dekat GP pulak, next week baru dapat..tanya dengan kawan2 kat sinipun, diorang cakap Dr takde bagi ubat makan apepun..cuma lotion untuk mengurangkan gatal....Calamine Lotion..

Tanya dengan mak kat kampung, suruh bagi air kelapa..sini takdelah pulak pokok kelapa..yang ada hanya air kelapa dalam tin..bagi jugak dekat Irfan sikit dan lepas tu mmg naik lagi banyak la ruamnya.....mak aku mmg cakap, mmg akan lagi banyak keluar tapi lepas tu akan okay...so far, Irfan tak meragam cuma nak melekat dengan aku jerlah 24 jam..semua kerja2 rumah terpaksa buat time dia tidur nyenyak...harap2 esok makin okay..

Hujung minggu ni aku sekeluarga nak turun London....buat passport dan surat beranak Irfan sambil berjalan2 tour bandar London sebab tu risau jugak kalau Irfan tak baik lagi nih coz nak berjalan jauh , 3 jam perjalanan dari Cardiff ke London...Kitorang bertolak hari Ahad pagi dan balik sini hari Selasa...ikut perancangan tempat2 yang kitorang nak pergi tu insyaAllah Stadium Arsenal & Chelsea, Science Museum, Natural History Museum, Madame Tussauds dan tempat2 wajib pergi....Tower Bridge, Big Ben dan Buckingham Palace...alang2 dah pergi ni, mana tempat yang sempat pergi kitorang p lah..tak tau bila lagi nak p sinikan...lagipun ada kawan yang tolong jadi tourist guide..hehehe


okaylah...doakanlah Irfan sihat yer...amin

~Otak-Otak Sardin~



salam..

hari ni nak kongsi resepi mudah dan sangat menyelerakan di kala sejuk2 nih..pastu makan dengan nasi panas, mmg yummilicious...tak tipu..

resepi ditukil dari myresepi oleh kak fidadaud.....memandangkan bahan yang ada agak terhad so ubahler ikut kesesuaian dan pandai2 lah yer..sori kak fida sebab ubah sikit resepi asal...

gambar yang besar tu versi aku yang buat (ada part dah diambil sikit sebab dah kena ngap ngan anak2...)pisangnya aku letak selambak terus sebab nak cepat punya pasal...lagipun daun pisangnya pun frozen (idup segan, mati tak mau...hehehe), tak segar dan bila dah layur atas api jer...terus lembik daunnya, nak buat cantik2 pun susah (alasan ke????...hehehe)..kalau dah tak tau tu, cakap jerlah....gambar kecil tu diambil dari myresepi (hasil kak fidadaud punya)...

OTAK-OTAK SARDIN

sumber: kak fidadaud (myresepi)

1 tin besar sardin(425g) - dilecek bersama sosnya sekali.
10-15 tangkai cili kering* (aku kurangkan dlm 5 tangkai coz cili sini amat pedassss)
10-12 ulas bawang merah* (aku pakai 2 bawang besar)
6 ulas bawang putih* (aku pakai 3 ulas bawang putih)
1 hiris halia*
3 batang serai*
4 biji buah keras* (
takde so tak letaklah..)
2 sb rempah kari ikan/daging
2 biji telur
1/2 cawan santan pekat
5-6 helai daun limau purut - dihiris halus (
aku blend sekali dgn bahan tanda *)
1 sb air limau kasturi (aku pakai lemon)
garam dan gula secukup rasa
minyak masak untuk menumis
secukup daun pisang dipotong 10x13 cm dan bersihkan
secukup lidi atau stapler utk menyemat daun pisang

note: aku tambah lengkuas dlm 1 cm

CARA-CARANYA:

1. Daun pisang dijadikan mangkuk2 kecil dan diketepikan

2. Kisar bahan2 bertanda * hingga halus.

3. Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar serta rempah kari. Masukkan santan+garam+gula secukup rasa.

4. Selepas tu, masukkan pula telor, daun limau dan sardin yang telah dilecek. Gaul hingga sebati dan masak sehingga pekat. Akhir sekali masukkan air limau/lemon. Matikan api.

5. Bubuh adunan dalam mangkuk2 kecil daun pisang. Buat hingga habis dan dikukus selama 15 minit dalam kukusan yang telah dipanaskan terlebih dahulu.

6. Siap untuk dihidangkan.

Pada pandangan aku, rasanya macam ala-ala botok2 dan sangatlah sedap kepada yang menggemari sardin. Anak2 aku suka sangat makan sardin so untuk mempelbagaikan rasanya, aku cuba resepi ini. Hasilnya tidak mengecewakan walaupun diubah sedikit...anak2 pun suka, makan bertambah2 lagi...maklumlah sejuk, lapar sangat..hehehe

okaylah kengkawan....selamat mencuba..adios

salam...

apa khabar kengkawan?..harap sihat walafiat hendaknya.....bukak email dan terjumpa kisah pendek yang lucu nih, rasa nak berkongsi gelak...:)

TERLUPA MAKAN
Pada satu malam isteri Udin mengejutkan udin yang sedang nyenyak tidur.
Isteri: Bang, bangun bang...bangun la cepat
Udin: hish apa nie kejutkan orang tgh2 malam nie...
Isteri: Abang lupa makan ubatla...cepatla bangun.. kan doktor dah pesan kena makan sebelum masuk tidur.
Udin: Ubat apa ?
Isteri: Ubat tidur.
Udin: @#%^#^????


NENEK UDIN
Udin hendak menghantar neneknya yang sakit ke klinik dengan menaiki motor.
Udin: Mari la naik nek, pegang kuat-kuat yea..nanti jatuh!
Nenek: Iya lah, nenek pegang kuat-kuat la nie...
Udin: Jangan lupa pegang kuat-kuat yea nek!!! (kata Udin lagi mengingatkan)
Nenek: Iya, nenek dah pegang kuat-kuat la nie, takut sangat.
Udin: Ok, kalau begitu kita berangkat ya, nek.
Udin lalu 'merempit' motornya, lalu terdengar benda jatuh BUUAAAAKKKK! !!!!
Udin terperanjat, lalu menoleh ke belakang, dan ternampak si nenek terjatuh dari motornya.
Udin: Lah kenapa boleh jatuh gak nie, nek?!! Nenek tak pegang kuat-kuat agaknye? Nenek: Nenek dah pegang kuat-kuat dah tadi!!!!
Udin: Nenek pegang kat mana?
Nenek: pagar rumah.
Udin: "$%^&(#....."

MASALAH PENDENGARAN
Udin pergi berjumpa doktor mengeluh tentang isterinya yang sudah hilang pendengaran.
"Seberapa burukkah pendengarannya? " tanya doktor.
"Entahlah, Doktor. Yang jelas saya mesti menjerit kalau nak berbual dengannya."
"Okey, cuba buat macam nie. Berdiri sejauh 6 meter darinya, lalu katakan sesuatu. Kalau dia tak boleh dengar kamu, berdirilah lebih dekat sedikit darinya, lalu katakan yang kamu katakan tadi. Kalau dia tidak juga dengar, dekatkan jarak sedikit demi sedikit. Dengan begitu saya akan tahu berapa jarak maksima pendengarannya. " Maka, Udin pulang ke rumah dan mendapati isterinya sedang memasak di dapur.
Dari jarak 6 meter ia berteriak, "Makan apa kita malam ini?"
Tak ada jawapan.. Lalu dia jalan depan sedikit lagi, berhenti di jarak 5 meter dan menanyakan hal yang sama.
Juga tak terdengar jawapan. Begitu juga pada jarak 3 meter.
Akhirnya, ia berdiri di samping isterinya.
"Makan apa kita malam ini?" katanya separuh menjerit.
Si isteri dengan mata yang berlinangan dengan air mata, lalu menjerit:
"Untuk keempat kalinya aku beritahu, KARI KAMBING!!!!"
Rupa2nya si Udin yg pekak!!!!

sekarang dahpun masuk tahun baru, Muharam...bagus banyak puasa bulan nih tapi aku tak dapat2 nak puasa lagi...BF ni mmg agak mencabar tambah lagi Irfan kuat menyusu..harap sgt untuk puasa paling kurang pun Hari Asyura nih...


Daripada Abi Hurairah r.a. katanya, telah bersabda Rasullullah s.a.w. yang maksudnya: "Seafdal-afdal puasa selepas Ramadhan ialah puasa pada bulan Allah iaitu bulan Muharram dan seafdal-afdal solat selepas solat fardhu ialah solat malam." (Riwayat Muslim)

Daripada Abi Qatadah r.a. bahawasanya Rasullullah s.a.w. telah ditanya mengenai puasa hari 'Asyura (yakni hari ke-10 bulan Muharram) maka sabda Baginda s.a.w. yang bermaksud: "Ia akan menghapuskan dosa setahun yang lalu." (Riwayat Muslim)

sekarang ni Mia cuti sekolah sampai awal januari tapi mmg tak ke manapun kitorang ni..hubby pun sibuk dgn research even orang sibuk bercuti Krismas pun dia dok p lab lagi...kesian abg, moga2 tercapai impiannya...amin...

'bersusah-susah dahulu...bersenang-senang kemudian'....yer bang?...:)

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive