salam...
lamanya tak hapdet....busy bee sekarang nih...aku keje bersihkan rumah orang (ala2 bibik la senang cakap)...pengalaman yang sangat berharga bagi aku...tak tau nak cakap camne tapi merasalah macam mana bibik bekerja tambahan pulak tuan rumah ada kat rumah so keje2 yang aku buat sumer diperhatikan dan diarah....kejenya pagi jer tapi penatnya boleh tahan..hehehe...
hari Ahad lepas bawak anak2 pergi St Fagans Museum @ Welsh Museum of Life.....nak kongsi sedikit pasal apakebendanya Welsh Museum of Life tu.....Museum ni berkisar pasal kehidupan orang Welsh di UK dari sudut sejarah, budaya, penempatan dan apa aktiviti orang2 Welsh ni. Museum ni open air dan sangatlah luasnya..best sangat dengan pemandangan yang sangat menyamankan dan yang paling best, kita boleh ambik gambar sesuka hati tanpa halangan....
Wales atau Welsh ni merujuk kepada negara yang menjadi sebahagian daripada United Kingdom. Penduduk Welsh di UK ada lebih kurang 3 juta orang dan Cardiff ni merupakan bandar yang punya populasi Welsh terbesar. Welsh ni jugak merujuk kepada bahasa. Kat Cardiff ni, signboard jalan tu ada dua bahasa. Satu dalam bahasa inggeris dan satu lagi dalam Welsh. Contoh bahasa Welsh
~ Cardiff- Caerdydd
~ Slow- Araf
aku pernah dengar orang kat sini cakap Welsh, memang jauh beza dari english dan memang unik bunyinya. Kalau dah biasa dengar, kita boleh beza orang Welsh cakap dengan the true english man. Macam kat Msia tu, kalau orang Bugis atau Jawa ada slang tersendiri walaupun dia cakap melayu. Lebih kurang gitulah. Kalau nak tahu lebih lanjut pasal museum ni, boleh rujuk sini.
last but not least, enjoy the pictures!!!!
9 comments:
Good morning dari Penang Malaysia. Lamanya tak dengar berit atentang Joyah. Pekabe? Family semua sihat?
syok eh jln2 kat tempat org
oo..depa pon ade cam kita kat sini eh..leh kenal melalui loghat depa cakap....gud info..thanx share sini
madeha keje cam bibik? camno tu? pegi ari2 ke?
salam..
seronoknya jenjalan...hargailah masa 'bercuti'... sebe,um datangnya waktu sibuk...
..dulu kami tak sempat nak pergi ke St Fagan nie... seronok juga tempat nie ..
salam madiha...ooo kerja lah pulak..mesti dapat gaji best kan..
anak tinggal dengan saper masa kerja.
bspotgurl~ salam jauh...alhamdulillah semuanya sihat, cuaca di sini sangatlah sejuk..harap2 nak masuk spring nih berkuranglah sket sejuk..rindu cuaca panas di msia..:)
rose~ mmg seronok berjalan, cari pengalaman dan pengetahuan baru..ituler pasal, depa pun macam kita jugak..ader org Jawa, Bugis..sempat tahu org Welsh, mungkin ader lagi bangsa2 serumpun lain..
buat keje2 rumah yang tn rumah suruh buat...kdg2 lipat baju, basuh kain, basuh toilet, kemas katil..tengok la camne..pegi hari2 waktu pagi dan bawak budak2...
kak lieza~ tulah kak..skang ni irfan sangat rapat dgn saya, maybe sbb BF..nanti balik msia keje, tak tau camne nih..
saya dah sedap duduk rumah pulak tuh..mesti akak sibukkan??...nak buat camne, tuntutan kerja...
kak ina~ biaserlah bila dapat gaji tuh, bayar apa yang patut..skang ni pulak, bil gas dan elektrik melambung..maklumlah winter so kena simpan duit nak bayar bil nanti...
anak2 kadang2 saya bawak, ader time keje banyak sangat dan berat, saya terpaksa tinggal anak kat rumah..husband terpaksa jagalah sekejap..
Salam Sis n semua pembaca blog ni,
Saya sangat memerlukan jasa baik anda semua utk participate dlm survey saya.
Disamping itu, anda juga berpeluang memenangi 4Gb Kingston Data Traveler atau 250GB Maxtor External Hard Disk.
Sila layari:
http://emilayusof.com/2010/01/blog-survey/
atau boleh terus ke:
http://www.surveygizmo.com/s/187637/blog-evaluation
TQVM
-zu-
cantiknya pemandangan kat sini...
Post a Comment