.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ


salam....

sekarang ni mmg masa yang ada rasa sangatlah terhad...tak tahu kenapa..nak kata sibuk, memang dari dulupun sibuk..mmhhh, mungkin rutin pun dah banyak bertambah dan berubah sejak ada anak kecik ni..lagipun, irfan sangatlah manja dan sentiasa nak duduk di riba sahaja...



well, sekarang ni irfan dahpun 18 weeks...hampir mencecah 4 bulan..sehingga ke hari ini, dia sudah mula menunjukkan keaktifan dan kelasakan sebagai seorang anak teruna kecik.....tak larat dah umminya nih....aku pun dh mula bagi makan kat irfan..so far, mmg anak2 aku, aku bg diorang mula makan seawal 4 bulan....kalau ikut anak2 yang 2 orang atas tuh, perkembangan diorang cepat...seawal 4 bulan dah bg makan, 5 bulan dah mula duduk tanpa bantuan/sokongan, 9/10 bulan dah mula berjalan...merangkak jarang2 sbb terus nak bertatih...irfan ni tak tau lagi tp dah boleh duduk sikit2..nk kena sokongan jugaklah...

bumbo seat ni dr msia nak beli tapi mahal..dalam RM200++ jugaklah..alhamdulillah, kat sini dapat beli dgn harga yg sangat berpatutan, kurang dr £13...even brg second tp nampak sgt baru dan jarang digunakan.....rezeki anak2...

kaylah..irfan dah mengamukkkk...larikkkkk...adios!!!

salam..


lama tak update.....lately agak sibuk dengan anak yang kedua (Khayra)..dah 2 minggu tak sihat dan kemuncak sakitnya pada Ahad lepas sampai terpaksa bawak ke emergency di Heath Hospital memandangkan panas badannya dah mencecah ke 40'...sangat panas dan tekak dia plak sakit...panik jugak aku dan hubby...sepanjang 2 minggu sakit ni, dia tak boleh makan, muntah2, cirit birit dan malam jer badan mesti panas...rupa2nya itu adalah simptom penyakit tonsil..ingatkan demam biasa jer sbb dah nak masuk winter...selalunya budak2 memang akan sakit kalau berubah musim kat sini...hari ni khayra dah beransur pulih...






sebenarnya nak cerita pasal open house di sepanjang syawal di sini..yang pastinya, setiap minggu ada jemputan..dan minggu terakhir syawal baru2 ni pulak, rumah aku dan seorang sahabat menjadi penutup..kami buat open house secara bersama memandangkan rumah pun berhadapan jer...meriah dan ramai yang hadir, syukur alhamdulillah...yang pasti, aku tak tidur malam masak menu SOTO dan MEE BANDUNG...hehehe..puas hati sebab jualan laku...last but not least, aku selitkan a few pictures dari rumah kengkawan yang kami p menyinggah untuk menikmati juadah syawal...lepas ni dah susah nak jumpa mereka2 ini unless ada jamuan besar...ENJOY!!!!


~Keletah Anak2~



salam..
lama tak cter pasal anak2 aku....hehehe..sekali sekala nak interframe jugakkan??....apepun, anak2 sememangnya permata hati dan kurniaan yang tidak ternilai harganya....nak dijadikan cerita, satu hari tu aku nak cuba letak Irfan kat play pen supaya dia dptlah meneroka benda baru..tak sampai 5 minitpun aku letak, kakak2 dia nk joint sekali..huhuhu...akhirnya, kakak yg melebih dan irfan dok tepi jer..sian irfan..sempat jugak snap gambar2 derang nie...

salam..

sharing something from my mail..:)

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh. Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar / rezeki dan komunikasi. Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki. Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.

Di sini juga, dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu. Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum. Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud. Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (isyraq dan dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor . Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman. Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan. Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya.

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna jingga, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif. Rahsia warna jingga ialah kreativiti orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur).Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah. Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam. Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (untuk solat Maghrib) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita. Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna indigo dan seterusnya memasuki fasa kegelapan. Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak. Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan. Alam sekarang berada dalam kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam. Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta dimana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus. Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.

Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam. Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya. Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh. Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah ‘dikurniakan' syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.

Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hambanya atas sifat Pengasih dan Penyayang-Nya sebagai Pencipta kerana Dia Maha Mengetahui hamba-Nya ini amat-amat memerlukannya. Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang cuai dalam menjaga solatnya.

~1 Syawal di Cardiff~


salam..

Pertama kali menyambut lebaran di perantauan....syahdu namun tetap meriah dengan sambutan yang diadakan bersama sahabat2 Cardiff Keluarga...alhamdulillah, hari ni juga dapat beraya di 4 buah rumah (terima kasih atas juadah yang disediakan ya tuan rumah)... juadah?..mmhh, dapatlah merasa Laksa Johor, Nasi Himpit & Rendang, Mee Bandung, Nasi Beriani dan nasi beserta lauk pauk..tak lupe juga kuih muih dan kek lapis Sawarak (i like..hehehe)...sekurang-kurangnya terubat rasa rindu kami dengan suasana lebaran di tanah air...apepun, enjoy the pictures...

~Menempek Kad Kengkawan~

salam..


raya kali ni dimeriahkan dengan ekad dari kengkawan bloggers.....wpun ada yang tak pernah bersua muka, rasa macam dah kenal lama..apepun, selamat hari raya utk korang sumer...raya kali ni bermakna tengok blog kengkawan..hehehe....Terima Kasih Sumer...


salam..


tak lama lagi nak beraya dah..syahdu sangat tahun ni, maklumlah pertama kali di rantau orang...tambah2 plak, family aku kalau raya mmg sangat meriah..maklumlah ramai adik beradik dan sepupu2 yang masih kecil....


Di kesempatan ini, aku dan keluarga memohon ampun dan maaf kepada semua kengkawan dan pembaca blog ini andaikata ada yang tersilap, terasa dan seumpamanya..kita hanya insan biasa...dan untuk kengkawan, followers dan readers...sudi2kanlah gantung kad pengganti diri yang tak seberapa ni ikhlas dari hati sanubariku sekeluarga....moga lebaran ini lebih bermakna buat kalian semua...


About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive