.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

~Matahari~

salam

kiriman email seorang sahabat yg wajar dikongsi...make us thinking a lot!!!

Matahari dari dekat (5,000 KM) Imej matahari yang paling jelas diperolehi oleh Royal Swedish Academy Of Science pada 14 nov 2002 melalui Swedish Solar Telescope




Sebagai Renungan:

Diriwayatkan bahawa Rasululallah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia untuk kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan untuk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

Jibril: wahai zabaniah, aku diperintah untuk mengambil sedikit api neraka untuk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

Zabaniah: sebanyak mana sedikit itu ?

Jibril: sebesar kurma...

Zabaniah: kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasanya.

Jibril: kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma...

Zabaniah: kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah untuk mendapatkan saiz yang perlu dihantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka untuk dibawa ke dunia.

Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yang keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa disejukkan dengan mencelupnya sebanyak 70 kali ke dalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakan di atas sebuah bukit yg tinggi, tetapi sejurus setelah diletakan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka.

Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini seperti api yang sering kita gunakan untuk berbagai keperluan dan juga api yang terdapat di gunung berapi dan lain lain lagi.

PENGAJARAN: Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yang terpaksa disejukkan dalam 70 buah sungai dengan sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dengan api di neraka itu sendiri. SEBESAR ZARAH SAHAJA .

~Love of My Life~

salam...


arini rasa sibuk sangat (selama ni mcm tak sibuk je..)...hari ni jugak Damia dah back to school selepas sebulan lebih bercuti....cuma berbeza kali ni, masa kakak di sekolah agak lama.. 9 am-3 pm...lately, aku mmg jarang bangun pagi sangat..pepaham jerlah kalau ada anak kecik, dia dah tolong kejut jam 2-3 pagi....pastu kejut lagi jam 5-6 pagi..kadang2 tu berjam tak nak tdo, umminya ni udah sangap jer...ngantuk tahap gaban woohh..so terpaksa jugak aku ganti balik waktu tdo tuh lepas subuh.....skang irfan dah 2 bulan, hari ni jugak injection for the first time kat klinik..sekali dua plak tuh kena kat 2 belah peha yang comel lagi gebu tuh...hopefully dia tak demam la....

Ramadhan kali ni puasa tak dapat penuh (mmg selalunya gitu pun..)..sebab darah baru kering betul dan satu lagi sebab menyusukan irfan...masa mula2 puasa tu okay tapi ada dua hari aku terpaksa jugak skip sebab production susu menyusut....terasa sangat sebab irfan menyusu tak puas dan aku plak rasa nak pitam jerr...hubby kater takpelah, nak buat camner...nanti winter gantilah..hahaha..pandai je dia pujuk.....kiter yg nak mengganti ni rasa malas jerr, kalau boleh nak puasa je...apakan daya...tak dapek den nak nolong!!!

anyway, aku letak pic irfan yang dah menginjak ke usia dua bulan..pipinya sudah mula menunjukkan ciri2 nak melayut...hehehe..apepun,ummi doakan anak ummi sihat ya sayang..amin..insyaAllah...





untuk my big pumpkin, Damia.....moga anak ummi dibukakan pintu hati untuk belajar dan menerima ilmu pengetahuan di sekolah, insyaAllah....apepun, dia suka sangat bersekolah setelah hampir sebulan bertanyakan soalan yang sama setiap hari..lepas mandi je, SOALAN WAJIB..'ummi, hari ni sekolah ke??..'...sekarang dah tak perlu jawab soalan cepu emas tu...hehehe....anyway, damia pun ada dapat kawan baru hari ni..nama dia Zara...pastu bekalan damia untuk hari ni ialah donut dan nugget beserta air wajib, MILO...yang kelakar tuh, balik sekolah jer....'ummi, lain kali ummi letak keropok pulak eh...'..aku pun tanya, kenapa kakak nak keropok??....'because kawan Mia bawak keropok'..sabar je lah...hehehe..budak2 ni seboleh2 nak ikut kawan.....letak jugak pic mia dah bersiap nak skolah...good luck my dear!!!...



adios...

~Fashionitas~

salam

something i would wear...very simple and nice colour..what do u think my dear friends?....tudung @ hijab was not included because no pic available at the moment at polyvore.com....takde keje cari keje..right??..adios

~Sharifah Khasif~


salam...

aku sangat suke kepada sharifah khasif ni..datang sini pun, benda yang penting aku bawak ialah CD bacaannya bersama sahabat2 di Akademi Al-Quran...tahniah buat beliau kerana menang dlam Pertandingan Tilawah Peringkat antarabangsa yang ke 51 baru2 ni di Msia...umur dia sebaya dengan aku namun sangat kagum dengan kebolehan beliau.....oleh yang demikian, marilah menghayati bait2 bacaan beliau semasa pertandingan tilawah baru2 ni...selamat maju jaya buat sharifah khasif...nama seindah orangnya...


p/s try embed coding untuk link ni tapi gagal..so korang kena kliklah..rajin2kanlah tangan..adios

salam merdeka kepada rakyat msia yang tercinta..

hargailah keharmonian yang kita ada hari ni..berterima kasih kepada rakyat terdahulu yang banyak berkorban untuk memastikan anak cucu hari ini menikmati segala anugerah rezeki... ingatkan diri sendiri jugak!!!

sebenarnya entry kali ni nak share pengalaman pertama berpuasa di rantau orang..macam mana??..maklumlah ada yang bertanya..hhmm..susah nak describe..sbb terlalu banyak perasaan yang aku rase ketika ini..seronok, gembira, penat, sedih, sayu dan tak terkata.....yang paling penting, agak penat dari selalu..dengan keadaan nak menguruskan anak yang tiga orang tu, urus rumahtangga dan breastfeed lagi.....tapi kerana nikmat ramadhan ini, kusabarkan dan ku kuatkan jua diri...


hari ni sudah hari ke-10 berpuasa..sekejap je masa berlalukan....sehingga ke hari ini, dah macam2 resipi aku cuba..tapi sorilah yer, tak upload gambar..malas sangat....first puasa aku masak mee bandung...pastu dah cuba mee hailam, nasi goreng kerabu, ayam percik, kangkung belacan, ikan kering sepat (paling sedaplah..hehehe), sambal belacan....manisan plak buat kuih lopes (feveret glerr), puding karamel ngan agar gula melaka....lepas2 ni plak nak merasa nasi ayam, nasi tomato,soto, laksa johor, laksa swak ..macam2 plak...paham2 jerlah, puasa ni..rasanya sumer nak makan...kalu kat msia, habis dah aku geledah bazar ramadhan tuh..kat sini, nak tak nak..kenalah masak sendiri.....
pulak tu, aku tengok rancangan shamsul ghau2 yang dia p bazar ramadhan...tu lagi menyebabkan nak masak macam2..hehehe..sungguh menggoda dan mencabar minda suruh masak.....tulah, saper suruh tengok...sajer cari pasal..hahaha!!!
namun..yang aku rasa syahdu sangat ramadhan kali ni ialah bila dapat beribadat lebih sbb banyak masa....bersyukur sangat dapat peluang macam ni...maklumlah, kalau masa aku keje dulu mmg agak terhad, wpun kerja tu satu ibadat tapi tak sama perasaannya.......harap2 ramadhan kali ni dapat khatam dengan penuh bermakna, sujud dengan lebih tawaduk kepadaNya...insyaAllah...

kaylah..cter panjang2 pasal pengalaman puasa ni kang boleh menitik plak air mata..teringat kat mak tercinta..masak apalah agaknya untuk buka puasa hari ni...rindu kat mak la...dengan babah dan adik2 tercinta......moga kalian sihat walafiat...



gambar ni adalah gambar kunjungan sedara hubby dari Birmingham ke rumah kami..rasanya sebulan before aku bersalin...terima kasih atas kunjungan ke teratak kami ni..:)..sajer letak untuk kenangan...

~Award~


salam...

lama tak tempek award...byk dah simpan dlm laptop utk kenangan..:)..yg ni br pick up dari blog ima shhs..thx..

p/s award lain2 tu nanti aku upload kemudian...tgh surf tenet utk menu2 berbuka kelak..
kepada semua followers, kengkawan, silent reader (kalau ada la..)...rerajinlah tempek award ini di blog anda semua yerkk....

Salam Ramadhan

salam

alhamdulillah, sempena menyambut ketibaan bulan mulia...Ramadhan 1430H kali ni, aku mengambil kesempatan memohon ampun dan maaf kepada sahabat2 semua..moga Ramadhan kali ini memberi peluang kepada kita untuk lebih banyak beribadat dan mendekatkan diri kepadaNya...rebutlah kelebihan dan ganjaran yang Allah janjikan di bulan mulia ini..

Prophet Muhammad (P.B.U.H) said: Ramadhan is the month of charity and a month in which a believer's sustenance is increased. Whoever gives food to a fasting person to break his fast he shall have all his sins forgiven and he will be saved from the hellfire.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive