FADILAT DAN FAEDAH MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT NABI MENURUT BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW ANTARA LAIN IALAH:-
(") PARA MALAIKAT AKAN BERSELAWAT PULA KE ATAS PEMBACA SELAWAT ITU DAN ALLAH AKAN MENURUNKAN RAHMAT-NYA
(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT AKAN TERHAPUS SIFAT MARAH DARI DIRINYA DAN TERJAUH DARI BALA BENCANA
(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT ADALAH MENJADI KEKASIH KEPADA KEKASIH ALLAH
(") MEREKA YANG MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG DIHAJATI, BACALAH BEBERAPA KALI SELAWAT NABI INSYAALLAH AKAN MUDAH DIPEROLEHI.
(") MEREKA YANG MENGAMALKAN BANYAK MEMBACA SELAWAT NABI, INSYAALLAH AKAN MENDAPAT REZEKI YANG BERKAT, BERHASIL HAJATNYA, HILANG DUKACITA DAN TERLINDUNG DARI BALA BENCANA.
PARA AHLI IBADAT DAN ALIM ULAMA YANG TELAH LAMA MENGEKALKAN AMALAN MEMBACA SELAWAT INI TELAH MENIKMATI BERBAGAI2 FADILAT:-
~ MENDAPAT SEPULUH KEBAJIKAN PADA SETIAP KALI SELAWAT
~ ALLAH MENGHAPUSKAN SEPULUH KEJAHATAN PADA SETIAP KALI SELAWAT.
~ MENDAPAT SYAFAAT(PERTOLONGAN ISTIMEWA) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
~ MENDAPAT KEAMPUNAN DOSA
~ CITA-CITA YANG BAIK DAN BENAR, INSYAALLAH AKAN MUDAH TERCAPAI DENGAN BANYAKNYA BERSELAWAT.
~ DAPAT BERDAMPINGAN DENGAN RASULULLAH DI AKHIRAT KELAK.
~ ORANG2 MISKIN YANG TIDAK MAMPU BERSEDEKAH DAPAT MENGGANTIKAN AMALAN SEDEKAH ITU DENGAN AMALAN MEMBACA SELAWAT.
~ MEREKA YANG BANYAK MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT AKAN TERKENAL DISISI MALAIKAT DAN MAKHLUK2 GHAIB
~ AKAN TERLEPAS DARIPADA SEKSAAN DAN HURU HARA HARI KIAMAT
~ MENDAPAT JAWAPAN SELAWAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W PADA SETIAP KALI BERSELAWAT
~ MENJAUHKAN DARIPADA PAPA
~ TIDAK TERTULIS NAMA ' BAKHIL' BAGI SESEORANG YANG SUKA MENJAWAB SELAWAT
~ TIDAK MEROSAKKAN DOA KITA YANG SEDANG DIBACA, UNTUK BERHENTI SEKEJAP KERANA MENJAWAB SELAWAT.
~ TIDAK SEMPURNA MAJLIS ZIKIR TANPA DISERTAI BACAAN SELAWAT KE ATAS NABI
~ KATA-KATA YANG DILAFAZKAN OLEH SESEORANG AKAN LEBIH SEMPURNA JIKA DISERTAI MEMBACA SELAWAT NABI
~ MENDAPAT BERKAT PADA PEKERJAAN DAN PENGHIDUPAN ORANG YANG MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT
~ SENTIASA MENDAPAT KEMURAHAN DAN RAHMAT
~ KASIH KEPADA RASULULLAH SAW AKAN BERKEKALAN
(Petikan daripada majalah Siasah)
p/s berdakwah selagi ada ruang dan peluang....
0 comments:
Post a Comment