salam..

apa khabar kengkawan semua?..harap sihat walafiat dan gembira bersama yang tersayang..

skang ni dalam proses mengemas rumah coz nak pindah....so rumah penuh dengan 'mangkuk bertingkat2'..hehehe..sesak dah...tinggal barang yang nak dipakai jerlah gamaknya..

alhamdulillah, semalam irfan the mischief maker ni dah berjalan banyak tapak..sebelum ni dia dah melangkah dua tiga tapak pastu takmo dah, rasanya dia takut...sejak dah berani sikit, mulalah nak tunjuk skill jalan banyak2 sikit..so semalam memang dah panjang langkahnya, ummi pun lepas ni jenuh nak kejar dan kemas rumah (suka memunggah barang mamat kecik ni)...syukur sangat dapat melihat sendiri perkembangan irfan dari kecik sampailah ke hari ni...setiap detik bersama irfan adalah sangat berharga bagi aku....


ni gambar tgh asyik makan clementines....silalah abaikan baju yg comot tu (mmg untk dikotorkan yerrr)..irfan tak suke pakai bib kat badan dia, dia pandai bukak..kadang2 pakaikan jugak, pastu main2 la dgn dia supaya dia lupe pasal bib tuh..kalau perhati kat dahi tu banyak bekas jatuh, ini budak kecik mmg lasak..selalu sangat jatuh kalau tatih2 tu, terjelepuk jatuh kat lantai tu dah berpuluh kali (seb baik dia tak kuat nangis) dan kena bucu meja..adoiiiii...tapi budak2 nak pandai ni mmg begitu kan....

skang ni suka naik tangga tau..jenuh nak kejar dia, coz laju sangat..selalu kitorang tutup pagar kat ruang tamu so dia tak keluar, datang si khayra bukak..berdesup la irfan memanjat tangga menuju ke bilik air..dia mmg suka banget p bilik air ni, nak mandi dalam bath tub...tapi sini tak boleh mandi selalu sangat, senang selsema..cuaca di sini sejuk jer wpun skang dah masuk summer...aktiviti terbaru, panjat melalui kerusi kecik....sabor jer la..

pastu dah pandai panggil babah ngan kakak (bunyiknyer macam tatak)..hehehe...kalau makan, takleh suap lambat2 sangat, menjerit satu rumah macam kena pukul...bangun pagi jer, benda pertama dia nak adalah makan dan makan, selalunya akan bagi biskut digestive dan limau, pastu bagi nasi (takmo bubur)...fav food dia skang adalah limau (tapi takleh bg selalu) dan strawberry trifle...kalau bagi ni, dua mangkuk comel boleh abis..yang pasti, mmmg sedap itu trifle daaaa...


kay, jumpa di lain masa...

note: sedang menjayakan projek album milestones irfan dan khayra...ala2 buku skrap tapi cik joyah ni tak kreatif..so belasah jer..momento untuk anak2 kalau dah besar nanti..:D ..juga sedang mencari mood untuk rajin hapdet..