.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

~Smart Tag~

Rules :-
1. sila tepek gamba kawin sendiri bukan gamba yg korang google!
2. tarikh korang kawin
3. tag lar sape2 yg korang suke



Nikah: 20 November 2004.....mase tu br abih blaja kat UPM, baru 22 tahun....rase awal sangat kawen tp jodoh dah sampai..lgpun family husband kater elok kawen je, tunang lelama pun tak elok....so ikutlah kata orang tua...insyaAllah berkat dunia akhirat...
Majlis bersanding jatuh pada 18 Disember 2004 (umah aku) dan 25 Disember 2004 (umah lelaki dan pada masa tu berlakunya tragedi Tsunami di beberapa negeri di Msia)...
Masa aku kawen, aku tak byk menukar baju coz aku malas glerrrrrrrr dan kepenatan lah......
orang kate kawen ni mungkin seumur hdup so kalau boleh, meriahkanlah diri anda dgn menukar baju sehebat mungkin....ntahlah, aku tak terpk sumer tuh...yang penting, perkara wajib (akad dan nikah) dah selesai....lgpun, i prefer simple but very meaningful....
sesape nak buat tag nie...sila lah...aku mmg takde koje so apa yg boleh dientrykan...akan aku sedaya upaya buat...huhuhu...
adios

~Got this Tag from a new blogger fren ladyell~
Tag:About Married

When was your engagement? ~Nov 2003 (masih blaja lagi tau!)

When is your marriage anniversary? ~20 November

How long have you known your spouse? ~masuk tahun nie dah 8 tahun...

How long did you date before you got engaged? ~1 year only...

Where did you meet your spouse? ~dekat KM Chalet, Kuala Linggi...masa tu ada kursus anjuran varsity...kebetulan, itu kg die...

What is your spouse’s full name? ~ Mohd Izham bin Saiman

Do you have any children? ~Yeppy

How many? ~2...but coming soon on July, the third version....

Do you have any pets? ~Nope....wish to have rabbit one day...once dah balik msia, gerenti aku beli...

Do you own or rent? ~Erm..camne nak kater??...umah ni own by my mother in-law but some time ago, she asked us to stay there....macam hadiah gitu la (perasan kot..huhuhu)...but i wish to have my own one day...skang nipun, umah tu kosong sampailah kami balik nanti....

Do you live in the country, city/town? ~currently in small town in UK...cardiff

What is your favorite activity you do together? ~bawak anak2 berjalan la...

Do you have a favorite vacation spot? ~not really coz kami ni tak pernah lg bercuti sesama...but someday hoping for an island kat msia...tak kisahlah memana negeri pun...

How many siblings do you have including in-laws? ~8 + 1 (coming soon)

What mosque do you attend? ~depan umah jerk...kat kg...Masjid Jamek Benut..

Is this the mosque you got marrried in? ~Yeppy

What town is your current address? ~Cardiff

Do you work or stay home? ~Working mother but currently on unpaid leave till 2011...ikut husband blaja...kater nak jadi Isteri dan Ibu Mithalikan??....amin...

Where did you go for your honeymoon? ~huhuhu....takde p honeymoon lagi...maybe nak p Paris dengan anak2 nanti....

Leave a piece of marriage advice: ~Perkahwinan ini satu ibadah yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan....fikir-fikirkanlah....

aku nak tag orang......
tapi sesape yang dah kawen je la...
kengkawanku yang rajin dan takde koje macam aku nie, dialu-alukan lah yerk...

Sempena menyambut Maulidur Rasul ini, ingin dikongsi kisah kehidupan Nabi Muhammad s.a.w yang sangat menyentuh hati aku.....mampukah kita untuk menjalani kehidupan seperti yang diamalkan oleh Baginda??....fikir-fikirkanlah...

KEHIDUPAN Nabi Muhammad s.a.w. sangat sederhana. Pada suatu hari Baginda sedang berehat di rumahnya sambil berbaring di atas tikar yang diperbuat daripada daun-daun tamar.
Tiba-tiba, seorang sahabatnya yang bernama Ibn Mas`ud datang menziarahi Baginda.
Oleh kerana pada masa itu Rasulullah tidak memakai baju, maka Ibn Mas`ud melihat bekas anyaman tikar itu melekat di tubuh Baginda.


Melihat keadaan yang demikian, Ibn Mas`ud bersedih dan menitiskan air mata. Beliau berkata di dalam hatinya: Tidak patut seorang kekasih Allah, seorang pemimpin negara dan seorang panglima tentera hidup dengan cara demikian.

Ibn Mas`ud pun berkata: ``Ya Rasulullah, bolehkah saya membawakan tilam ke sini untuk Tuan?''
Rasulullah menjawab, ``Wahai Ibn Mas`ud, apalah erti kesenangan hidup di dunia ini bagiku.

"Hidup di dunia ini bagiku bagaikan seorang musafir dalam perjalanan jauh, lalu dia singgah sebentar berteduh di bawah pohon kayu yang rendang untuk berehat.
" Kemudian dia harus berangkat meninggalkan tempat itu untuk meneruskan perjalanan yang sangat jauh dan tidak berpenghujung.''


Dalam suatu peristiwa lain pula, ialah ketika Rasulullah menikahkan puterinya, Fatimah dengan Ali bin Abi Talib.
Pada masa itu Baginda menjemput Abu Bakar, Umar dan Usamah untuk membawakan `persiapan' Fatimah.
Mereka tertanya-tanya apakah yang disiapkan oleh Rasulullah untuk puteri tercinta dan menantunya yang tersayang itu?
Ternyata, Rasulullah hanya menyiapkan gandum yang telah digiling, kulit binatang yang disamak, cerek dan sebiji pinggan.

Apabila mengetahui hal itu, Abu bakar menangis.
" Ya, Rasulullah, hanya inikah persiapan untuk Fatimah?'' tanya Abu Bakar tersedu-sedan.
" Ini sudah cukup bagi orang yang berada di dunia,'' jawab Rasulullah menenangkannya.
Kemudian Fatimah keluar dari rumah dengan memakai pakaian pengantin yang cukup bagus, tetapi mempunyai 12 tampalan! Tiada perhiasan yang berharga mahal.

Setelah bernikah, Fatimah sentiasa menggiling gandum, membaca al-Quran, mentafsirkan kitab suci dengan hatinya, dan menangis. Itulah sebahagian daripada kemuliaan diri Fatimah.

Majlis pernikahan puteri Rasulullah itu memang sederhana kerana kesederhanaan adalah sebahagian kehidupan Rasulullah sendiri.
Sebenarnya, Baginda mampu membuat majlis besar-besaran untuk pernikahan puterinya itu dengan meminta bantuan para sahabat yang kaya.
Namun, sebagai manusia agung, `kemegahan' tidaklah bermakna kebendaan.

Rasulullah ingin menunjukkan kesederhanaan dan sifat qanaah (puas hati), yang merupakan kekayaan yang hakiki.
Baginda pernah bersabda: "Kekayaan yang hakiki adalah kekayaan iman dan dicerminkan dalam sifat qanaah.''

Bersifat qanaah bererti menerima ketentuan Allah dengan sabar, dan menarik diri daripada kecintaan kepada dunia.

Iman, kesederhanaan dan qanaah adalah sesuatu yang tidak boleh dipisahkan.
Seorang mukmin akan bersikap sederhana dalam hidupnya, dan kesedehanaan itu ditunjukkan daripada sifat qanaahnya.

Rasulullah s.a.w. bersabda: ``Qanaah adalah harta yang tidak akan hilang dan simpanan yang tidak akan lenyap.''


FADILAT DAN FAEDAH MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT NABI MENURUT BEBERAPA HADIS RASULULLAH SAW ANTARA LAIN IALAH:-

(") PARA MALAIKAT AKAN BERSELAWAT PULA KE ATAS PEMBACA SELAWAT ITU DAN ALLAH AKAN MENURUNKAN RAHMAT-NYA

(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT AKAN TERHAPUS SIFAT MARAH DARI DIRINYA DAN TERJAUH DARI BALA BENCANA

(") MEREKA YANG BANYAK BERSELAWAT ADALAH MENJADI KEKASIH KEPADA KEKASIH ALLAH

(") MEREKA YANG MENGALAMI KESUKARAN UNTUK MENCAPAI SESUATU YANG DIHAJATI, BACALAH BEBERAPA KALI SELAWAT NABI INSYAALLAH AKAN MUDAH DIPEROLEHI.

(") MEREKA YANG MENGAMALKAN BANYAK MEMBACA SELAWAT NABI, INSYAALLAH AKAN MENDAPAT REZEKI YANG BERKAT, BERHASIL HAJATNYA, HILANG DUKACITA DAN TERLINDUNG DARI BALA BENCANA.




PARA AHLI IBADAT DAN ALIM ULAMA YANG TELAH LAMA MENGEKALKAN AMALAN MEMBACA SELAWAT INI TELAH MENIKMATI BERBAGAI2 FADILAT:-

~ MENDAPAT SEPULUH KEBAJIKAN PADA SETIAP KALI SELAWAT
~ ALLAH MENGHAPUSKAN SEPULUH KEJAHATAN PADA SETIAP KALI SELAWAT.
~ MENDAPAT SYAFAAT(PERTOLONGAN ISTIMEWA) DI DUNIA DAN DI AKHIRAT
~ MENDAPAT KEAMPUNAN DOSA
~ CITA-CITA YANG BAIK DAN BENAR, INSYAALLAH AKAN MUDAH TERCAPAI DENGAN BANYAKNYA BERSELAWAT.
~ DAPAT BERDAMPINGAN DENGAN RASULULLAH DI AKHIRAT KELAK.
~ ORANG2 MISKIN YANG TIDAK MAMPU BERSEDEKAH DAPAT MENGGANTIKAN AMALAN SEDEKAH ITU DENGAN AMALAN MEMBACA SELAWAT.
~ MEREKA YANG BANYAK MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT AKAN TERKENAL DISISI MALAIKAT DAN MAKHLUK2 GHAIB
~ AKAN TERLEPAS DARIPADA SEKSAAN DAN HURU HARA HARI KIAMAT
~ MENDAPAT JAWAPAN SELAWAT DARIPADA RASULULLAH S.A.W PADA SETIAP KALI BERSELAWAT
~ MENJAUHKAN DARIPADA PAPA
~ TIDAK TERTULIS NAMA ' BAKHIL' BAGI SESEORANG YANG SUKA MENJAWAB SELAWAT
~ TIDAK MEROSAKKAN DOA KITA YANG SEDANG DIBACA, UNTUK BERHENTI SEKEJAP KERANA MENJAWAB SELAWAT.
~ TIDAK SEMPURNA MAJLIS ZIKIR TANPA DISERTAI BACAAN SELAWAT KE ATAS NABI
~ KATA-KATA YANG DILAFAZKAN OLEH SESEORANG AKAN LEBIH SEMPURNA JIKA DISERTAI MEMBACA SELAWAT NABI
~ MENDAPAT BERKAT PADA PEKERJAAN DAN PENGHIDUPAN ORANG YANG MENGAMALKAN MEMBACA SELAWAT
~ SENTIASA MENDAPAT KEMURAHAN DAN RAHMAT
~ KASIH KEPADA RASULULLAH SAW AKAN BERKEKALAN



(Petikan daripada majalah Siasah)

p/s berdakwah selagi ada ruang dan peluang....

mmhhh...tetiba ada plak yg tertanya nape joyah??..nama tak letak nama sendiri ke atau nickname ke???...panjang cternya...tp dipendekkan cter la....

masa aku kecik2 dulu...dalam lingkungan darjah 4 ke 5, camtulah...aku nie sangat suke membaca..tak kiralah buku cter, majalah ke, novel budak2 ke...ape2lah, janji bahan bacaan...salah satu bahan bacaan yang menjadi feveret masa tu adalah 'Majalah Gila-Gila'...salah satu cter kat dlm tu '3 Dara Pingitan'....korang ingat tak??...kan ada satu watak yang namanya Joyah Sport ....aku suke gler ngan watak tu sampailah skang nie...

pastu masa kat Matrik K Pilah, one of my good pren namanya Maryam....kitorang kira rapatlah masa kat matrik...sehinggakan aku bg nickname kat aku dan die iaitu 'Joyah' dan 'Jejah'.....nickname tu antara aku dan die jerk...dan sehingga la nie, aku dan die masih gunapakai nama tuh coz sangat unik dan trademark la, kononnya......so bila nak jadi one of the bloggers nie, aku pun teringin nak letak nama tu...macam nak bagi nama kat anak la..huhuhu...sempoi tu plak sebab itu mmg karakter aku....kengkawan yg kenal aku tau la aku nie adalah ciri2 camtu..(ye ke??..ke perasan je)....takpelah, tak kisahlah....janji rock...

adios


25 perkara sama ada fakta, habit, hobi,impian,wishlist atau cita2 aku yg org maybe tau/ tak tau...tp lepaih nie taula coz aku dah cakap....(aku sebenarnya takde koje la dan boring...so let me have fun by doing this...yg pasti, aku jot down yg betul sahaja...no tipu2 kay...)

1. Anak sulung yang sangat garang dengan adik2nya...kadang2 adik2 aku tak suke aku balik kg coz suara aku bagai halilintar memecah gegendang telinga diorang....sape degil, siap la.....

2. Sangat suke memasak dan belajar masak resepi baru...tpi biler datang penyakit M*L*S tu, takleh tolonglah....beli kat kedai je la...but most of the time mmg aku akan masak, even masa aku koje...

3. Paling tak suke mengemas tp bile dah start kemas, habis sumer benda aku nak buang...huhuhu....mainan anak aku pun kalu boleh nak buang coz menyepah jerrr...(sape suruh beli makcik joyah oiiii)

4. Sangat sensitif pasal keluarga especially pasal mak bapak...mudah mengalir air mata bila ingat pengorbanan mak dan babah utk besarkan anak2nya dan certain2 things la...

5. Tak berapa suke dgn kucing (penakut cket dgn cik miaw nie)...aku pernah menjerit sekampung coz sepupu aku baling anak kucing kat aku....[bad news...aku pernah bunuh 3 ekor anak kucing masa umur aku 5-6 tahun kot...aku tak taula aku pk apa masa tuh...aku masukkan anak2 kucing tu dlm tin, lepaih tu aku tutup ngan sgt rapat...2-3 hari lepas tu, bapak aku yg jumpe...dah tak bernyawa dan berbau)...jahatnye cik joyah nie... sape peminat kucing mesti anti-gler ngan aku...huhuhu

6. Tak suka berpakaian yang sendat dan ketat.....aku tak ada/lum pernah ada baju jenis2 ni mcm kebaya,kebarung atau seangkatan dengannya yg beli atau buat...tp ada satu helai la yg org bagi...kdg2 sakit mata jugak tengok org pakai ketat/sendat tp lantak kau lah.....

7. Pernah bercita2 nak jadi lawyer masa aku sekolah rendah pastu ada ustaz aku cakap paling ramai masuk neraka terdiri drpd lawyer...terus tak nak (boleh je???)...kenangan masa zaman skolahkan...

8. Sangat sukakan budak2...sepupu sepapat aku yang kocik2 (0-5 tahun) ni mmg ramai ...ada la dlm 20 org...kalau time Raya mmg dok main ngan diorang ni je....

9. Pantang org 'melepas angin' depan aku...bernanahlah telinga korang dengar aku membebel....

10. Kureng suke western food...

11. Pernah koje kat Tabung Haji HQ dan menjadi Pengurus paling muda masa tuh...di usiaku 22 tahun....kebanyakan staf pandang lain mcm (mcm aku nie alien di planet TH dan bakal melakukan satu perkara yg amat dahsyat) ~ mentaliti kebanyakan org melayu yg takleh tengok org maju lebih sket dr die...pastu dpt offer PTD....


12. Punya koleksi novel BM yg sangat banyak...baca dan di kumpul dr zaman anak dara...ada dlm 5 kotak (200 novel kot)...tp 3 kotak sudah dimakan anai2 and aku sedih glerrr...

13. Tak suka subjek yg berkait dgn sains dan pengiraan mcm Kimia, Fizik, Matematik, Biologi dan seangkatan la...aku rase susah glerrrr....sape ambik subjek2 nie kira handal la....nie pemikiran zaman sekolah tp mmg btol pun..
14. Sangat sukakan haruman dan wangian buah2an....banyak koleksi perfume aku bau buah...
15. Sangat cermat dlm memakai barangan especially kalau dibeli dgn harga yg sangat mahal...aku pernah pakai handbag p koje 3 tahun berturut sampai la talinya putus...purse yg aku pakai skang dah memasuki usia 4 tahun...jam aku pakai skang plak dah nak masuk usia 5 tahun (hadiah kawen)...
16. Suka tengok cter hantu tp penakut...(kalau tengok mesti ada bantal/selimut utk tutup muka biler time suspen....)~ baik takyah tengokkan???...

17. Pernah cakap dengan mak, aku nak kawen masa umur aku 27 tahun...tp jodohku sampai awal...22 tahun dah kawen...27 tahun anak dah tiga..alhamdulillah...

18. Cinta dengan suami adalah Cinta Pandang Pertama...takleh cter lebih2 kang ada yang muntah plak...

19. Aku bawak keta selepas 5 tahun dpt lesen (takut gler nak bawak)...tp skang ni dah okaylah...dok cardiff pun aku kena bwk keta htr anak p skolah...tp auto je la yerk...manual kena praktis lagilah...

20. Kureng suke tengok TV tp suke tengok movie (sebab takde iklan kot???)...huhuhu....

21. Punya cita2 utk bawak mak dan babah aku p menunaikan haji dalam tempoh 5-6 tahun nie...aku pun menanam harapan utk menjejak ke Tanah Suci before usiaku menjangkau 40 tahun....hopefully tercapai...doakan la kengkawan yerr....

22. Suke gler dengan warna maroon dan purple....kebanyakan koleksi baju aku byk kaler nie...tudung2 pun samer...huhuhu....

23. Aku mula pakai spek masa Tingkatan 1 smpai skang tp tak suka sgt pakai...dan aku punya impian nak buat pembedahan LASIK someday...ada rezeki,insyaAllah...

24. Sangat aktif masa kat skolah sampailah ke uni...aktif dalam berpersatuan, masuk pertandingan macam2 dan tak geti duk diam....merindui zaman2 tuh....

25. Last but not least, aku ada plan utk menamatkan perkhidmatan dlm kerjaya skang maybe 10-15 tahun akan datang....coz husband aku pernah cakap psl benda nie...tp tengoklah pada keadaan masa tuh...itupun kalau dunia belum kiamat...huhuhu...

[aku nak tag orang coz aku nak tau pasal depa2 nie....sila la nyatakan dengan ikhlas ye kengkawan....

1. karad
2. iza karmila
3. ain muzlan
4. kak fid
5. cik indie



//utk pengetahuan korang, aku ni kategori orang yang sederhana inteleknya...tapi alhamdulillah, perjalanan kehidupan aku spanjang 26 tahun nie sentiasa dipermudahkan oleh Allah SWT...dan aku percaya ini adalah berkat doa mak dan babah aku...tanpa mereka, siapalah aku....sampai ke hari inipun, aku masih hidup dalam keterhutangan pengorbanan mereka yang aku pasti....aku matipun belum tentu terlunas......apa yg aku mampu lakukan, adalah mendoakan agar mereka mendapat terbaik di akhirat kelak...amin...//

p/s penting!!!!!! aku sangat rindu glerrrr kat mak ngan babah....bila la nak balik msia jumpe diorang nie....

~Kerisauan....~

alhamdulillah....skang aku dah nak masuk 24 minggu (nak masuk 6 bulan)....banyak perkara yang sedang menjadi 'kerisauan' aku.....antaranya...mmmhhhhh:::::::

(") aku tak p check-up lg....la nie dah nak masuk 2 bln aku dok tunggu GP (klinik) punye appointment yang tak kunjung tiber.....nak tanya malas coz depa kat sini tak suke sgt kita query2 nie...nanti depa cakap apa tau...'we know our job'....coz dah pernah terkena....very outspoken ma depa nie....diharapkan takde sebarang masalah la....
(") berat badan aku tak naik2 padahal makan boleh tahan...tp menurun ada la...skang nie sepatutnya dah 63-64 kg...tp berat aku la nie 55 kg.....kalau p check, sure kena marah (kalau kat msia la)...kat sini, aku tak tau....tapi aku sentiasa berdoa, everything gonna be fine till delivery, amin....
(") tak beli ape2 lagi utk baby coz tak tau nak beli apa?? (padahal dah anak ketiga nie).....suddenly, aku jadi blank...entahlah....excited mmg excited tp persediaan macam tak excited langsung....better late than never....boleh plak???.....

(") risau memikirkan anak aku yang kecik nie...kalau aku bersalin, sapelah nak tolong tengok die coz die sgt rapat dengan aku (dahle tak nak ngan orang sgt even ngan hubby, ada time moody tau!).......mmg ada plan nak bwk mak aku p sini tp tak confirm lagi coz skang nie mak aku bz dengan persediaan adik aku nak kawen 14 Mac nie (hampa tak dapat balik la, poket tak mengizinkan).....lepas majlis la baru dapat confirm...doakanlah mak aku dapat p sini tanpa pk sumer orangnye kebajikan kat msia (my mum too concern about every body kat umah tu)....

hopefully, Allah akan sentiasa permudahkan segala urusan aku....amin....

About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive