.::Joyahsempoi::.

~stay simple and be humble~

MY NEW FRIENDS..TQ

~Konsert~


salam...

hari ni ada konsert sempena krismas kat sekolah Damia...aku sangatlah excited sebab pertama kali tengok anak beraksi kat depan orang...so pagi2 dah bersiap untuk pergi sekolah, konsertnya mula jam 9.30 pagi...aku ingat akulah orang paling awal sampai, rupa2nya orang yang paling akhir...hehehe..Damia pulak memang tercari2 UMMI nya yang tak sampai2 tuh...



tak dapat nak ambik gambar sangat sebab sekolah ada polisi pasal nih...takleh ambik gmbr sembarangan...coz ada parents yang tak bagi gambar anak2nya diambil ....nak ambik gambar pun curik2 jerlah (lagipun niatnya mmg nak ambik gmbr anak aku jerkan)...video mmg tak boleh..so kena tunggu CD dari sekolah..okaylah tuh, dpt tengok live pun dah okay...kat sekolah dia ni, mostly Pakistan student so kalau tengok kat gambar tu tau dah...diorang kan banyak berhijrah kat UK nih...

konsertnya berlangsung dalam setengah jam...hari ni, Damia jadi elf yang sangat cute, hehehe..comel sangat...mmg enjoy sangat dengan konsert kanak2 comel nih, mostly diorang nyanyi lagu krismas dan adalah berlakon sikit2...parents yang datang pun ramai sampai tak dapat duduk..so aku ni kena berdiri jerlah..sapa suruh datang lambat!!....pasal anak aku yang dua orang tuh, hubby jaga kat rumah...cikgu tak bagi bawak coz alasannya budak2 kecik nih akan cepat penat dan meragam....kesian dekat anak2 yang praktis bersungguh untuk menjayakan konsert jugak...tapi ada jugak bawak, bila dah start meragam tuh terpaksa dok luar...nak buat camner....









lastly...perkembangan terbaru Irfan..dia dah TUMBUH GIGI la...aku perasan 3 hari lepas...risau jugak nak BF nih...hah, takut!!!!!....so far demam, batuk dan selsema dah okay... alhamdulillah.....hari tu ada jugak dia dok berak2 jer, risau jugak...apalah yang aku makan agaknya, tapi mmg takde makan benda yang boleh menyebabkan sakit perut.....mak aku cakap kalau nak tumbuh gigi, selalunya budak akan berak2...ooohhhh..patutlah...selama dah ada 2 anak sebelum ni tak pernah perasan pulak...

kaylah, nak tdo....adios..

~Irfan oh Irfan~


salam....

Irfan demam la....dah beberapa hari sejak Isnin lepas....almaklumlah kena injection sekali tiga kat peha kiri dan kanan...kesian kat dia....sejak kena inject tuh, badan dia panas tak menentu.....lepas tu, cuaca yang sangat sejuk skang ni pun menyebabkan dia tak selesa sangat..udahler kena berbungkus even nak tdo..kalau tak berbungkus plak, meleleh jer hingus dia..kesian sangat sbb baby ni mana pandai nak hembus hingus kan??.....

gambar ditepek ni macam nak p mana jer..padahal nak tdo dah..zzzzZZZZzzzzz

~Cubaan Pertama~


salam...

semalam aku berjaya jugak membuat kek lapis swak...yeay!!!..tak sia2 berguru dengan KAK CT SANIAH (seorang kakak yang telah ku anggap seperti saudara kandung)....Kak CT sekeluarga banyak berjasa kepada aku sekeluarga di perantauan nih...bukan takat ajar buat kek lapis jer tau!!!...:)

Aku ni terlampaulah suka kepada kek lapis masam manis..nak suh org buat segan lah plak, memandangkan haritu ada belajar buat dengan kak CT nih...makanya semalam aku gigihkan diri untuk buat dengan bantuan dua anak kecik (Khayra dan Damia)....yang sorang dah macam nak masuk oven..yang sorang lagi macam nak masuk dalam adunan..hehehe...macam tulah kalau ada anak2 kecik nih....kuatkan semangat jugak nak buat...



alhamdulillah, berjaya buat dan husband pun kata sedap.....yang penting apa suami katakan??...orang lain kater tak sedap, takpe...jgn 'dia'...hehehe...aku ni mmg tak pandai buat kek..so kalau kek tu menjadi dan rasanya sedap, mestilah suka.....apepun, kredit resepi adalah kepada BRO ROZZAN...kat blog dia banyak sangat resepi kek lapis swak.....aku ubah bhn ikut apa yg ader...


KEK LAPIS MASAM MANIS (HAW FLAKES)

Bahan-Bahan


10 biji telur (aku guna 8 biji jer sbb telor sini besar -AAA)

130 gm gula halus

450 gm mentega

1 sudu teh ovalette

1 tin susu pekat manis

50 gm jem raspberry (aku ganti jem strawberry)

250 tepung Hong Kong (tepung gandum ASDA jer yg ader)

100 gm Horlicks

secukup haw flakes


Cara:
1. Pukul mentega, gula dan ovalette hingga kembang. Masukkan telur sebiji sebiji, pukul lagi hingga kembang dan pekat.

2. Kemudian, masukkan susu manis dan jem lalu terus pukul dgn kelajuan yg paling rendah- saja untuk ratakan bahannya. Ataupun anda boleh juga kacau hingga sebati.

3. Sesudah itu, masukkan tepung dan horlicks lalu pukul lagi (dgn kelajuan yg rendah) atau dikacau rata-rata hingga sebati. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian dan warnakan dgn warna merah, hijau dan kuning atau warna pilihan anda.

4. Alaskan loyang 8" x 8" dgn kertas tracing dan griskan pada dasar dan keliling loyang. Ambil 2 senduk penuh adunan dan bakarlah berselang-seli warna dgn api grill kira-kira 200 - 210 darjah Celsius. Setiap lapisan dibakar kira2 selama 5-7 minit atau hingga masak. Aturkan haw flakes pada setiap lapisan ketiga.

salam...

baru nk hapdet blog....sebelum terlupa, Salam AidilAdha untuk semua kengkawan and readers...

sekarang ni, cuaca mmg tersangat sejuk hingga ke terasa ke tulang you!!!...nama pun melayu so kulit ni tak tebal mana, sejuk sikit pun dah terasa..lagilah klau sejuk banyakkan???..teringat one of my boss dulu pernah cakap...'org melayu ni mmg jenis tak tahan sejuk....sebab tu terkeluarlah kata2 yang berbunyik.... 'sejuk sampai ke tulang', 'sejuk nak Ma**P*S', 'sejuk giler' dan yg seangkatan dengannyerlah'...hehehe...tapi mmg betul pun..

kat sini omputeh rileks jer klau kluar rumah time winter nih..kita yg melayu nih klau nk keluar rumah, berbungkus bagai..mcm hantu bungkus pun ada sbb tk thn sejuk.....termasuklah aku tau..kekekeh...

sebenarnya entry ni nk bercter psl aku sefamily yang tak sihat..dilanda wabak macam2 sejak masuk cuaca sejuk nih...dengan batuknya, selsema yg agak teruk dan irfan si kecik pun demam + selsema....husband pun batuk dah dekat 3 minggu belum baik2 lagi...aku ni alhamdulillah dah okay batuk...tersiksa jugak seminggu tak boleh tdo malam.....khayra pun masih selsema...damia pun baru baik demam....sakit itu satu ujian kepada hambaNya...tanda Allah syg kat kitakan?....:)..doakanlah aku sekeluarga bertambah sihat....insyaAllah...

kay,adios..

SALAM QURBAN!!!!


salam...

tarikh 20 November 2004 merupakan antara tarikh terpenting dalam hidup aku...5 tahun yang lalu, aku sah menjadi milik si 'dia' dan alhamdulillah, rumahtangga yang dibina semakin berseri dengan kehadiran 3 permata tidak ternilai harganya....untuk melayari sesebuah bahtera perkahwinan bukan mudah namun setiap ombak dan badai yang melanda punya hikmah tersembunyi....yang penting kita sentiasa muhasabah diri dan usaha untuk mencari keredhaanNya.....selalu berpesan kpd suami bahawa 'perkahwinan ini suatu ibadah....sentiasa bersyukur....dan selalu pandang kekurangan diri masing2 adalah satu kelebihan'...

byk benda yg berlaku akhir2 ini...2 minggu lepas, babah aku tak sihat..lemah jantung dan paru2 berair...masa tu rasa nak balik sangat msia tp byk pula urusannya dengan irfan yang belum ada passport, nk buat visa irfan lagi....yang pasti,ku panjatkan doa agar babah semakin sihat dan alhamdulillah, hingga ke hari ini kesihatannya bertambah baik...sejak dtg sini, selalu sgt berdoa agar sekiranya terjadi apa2 kpd orang tuaku, biarlah aku ada di sisi mereka...risau sgt...

~ lepas tu, ada saudara terdekat babah meninggal akibat kemalangan...anak dan isterinya meninggal...(sedara ni yg si suaminya)

~ td call mak...pastu mak cter yang adik aku yg tgh SPM skang ni kat SM Teknik Tanjung Puteri, JB tgh stress..puncanya..dia dihalau dari asrama dan dewan makan oleh Pengurus Asrama sbb tak byr lagi duit makan bln ni yang tk cecahpun RM30 tuh...kesian sgt..satu hari dia tk mkn dan dahler ader gastrik..skang terpaksa menumpang kat rumah kawan die..sengal betol si pengurus tuh...klau korang jadik aku, apa akan korang buat?..mk aku ckp, mentang2 kita org kampung..dia buat kita mcm tuh...

~ Makcik aku plak nak kahwin raya haji ni...adik beradik belah mak..tahniah Cik Limah..hadiah menyusul kemudian yerr..sedih jugak tk dpt tolong rewang...

~ akhir sekali, aku sibuk sangat.....dgn urusan rumahtangga la...kpd kengkawan yg dah lama aku tidak meninggal jejak di 'teratak maya' korang, insyaAllah..akan ku usaha jugak untuk singgah dan melompat nanti ya....

oh lupe plak...sempena anniversary hari ni, hubby bg surprise..mmg menjadik...dia bg hadiah game 'super mario' utk wii..seronok glerr..dah berhari2 ckp tp tk sangka plak dpt...suke sgt sbb bleh main ramai2 satu family.....hubby kata tu je termampu... maklumlah kais pg makan pagi..kais ptg mkn ptg kat sini....'itupun sudah memadai bang...terima kasih...'

kaylah....wassalam..adios


salam....

sekarang ni mmg masa yang ada rasa sangatlah terhad...tak tahu kenapa..nak kata sibuk, memang dari dulupun sibuk..mmhhh, mungkin rutin pun dah banyak bertambah dan berubah sejak ada anak kecik ni..lagipun, irfan sangatlah manja dan sentiasa nak duduk di riba sahaja...



well, sekarang ni irfan dahpun 18 weeks...hampir mencecah 4 bulan..sehingga ke hari ini, dia sudah mula menunjukkan keaktifan dan kelasakan sebagai seorang anak teruna kecik.....tak larat dah umminya nih....aku pun dh mula bagi makan kat irfan..so far, mmg anak2 aku, aku bg diorang mula makan seawal 4 bulan....kalau ikut anak2 yang 2 orang atas tuh, perkembangan diorang cepat...seawal 4 bulan dah bg makan, 5 bulan dah mula duduk tanpa bantuan/sokongan, 9/10 bulan dah mula berjalan...merangkak jarang2 sbb terus nak bertatih...irfan ni tak tau lagi tp dah boleh duduk sikit2..nk kena sokongan jugaklah...

bumbo seat ni dr msia nak beli tapi mahal..dalam RM200++ jugaklah..alhamdulillah, kat sini dapat beli dgn harga yg sangat berpatutan, kurang dr £13...even brg second tp nampak sgt baru dan jarang digunakan.....rezeki anak2...

kaylah..irfan dah mengamukkkk...larikkkkk...adios!!!

salam..


lama tak update.....lately agak sibuk dengan anak yang kedua (Khayra)..dah 2 minggu tak sihat dan kemuncak sakitnya pada Ahad lepas sampai terpaksa bawak ke emergency di Heath Hospital memandangkan panas badannya dah mencecah ke 40'...sangat panas dan tekak dia plak sakit...panik jugak aku dan hubby...sepanjang 2 minggu sakit ni, dia tak boleh makan, muntah2, cirit birit dan malam jer badan mesti panas...rupa2nya itu adalah simptom penyakit tonsil..ingatkan demam biasa jer sbb dah nak masuk winter...selalunya budak2 memang akan sakit kalau berubah musim kat sini...hari ni khayra dah beransur pulih...






sebenarnya nak cerita pasal open house di sepanjang syawal di sini..yang pastinya, setiap minggu ada jemputan..dan minggu terakhir syawal baru2 ni pulak, rumah aku dan seorang sahabat menjadi penutup..kami buat open house secara bersama memandangkan rumah pun berhadapan jer...meriah dan ramai yang hadir, syukur alhamdulillah...yang pasti, aku tak tidur malam masak menu SOTO dan MEE BANDUNG...hehehe..puas hati sebab jualan laku...last but not least, aku selitkan a few pictures dari rumah kengkawan yang kami p menyinggah untuk menikmati juadah syawal...lepas ni dah susah nak jumpa mereka2 ini unless ada jamuan besar...ENJOY!!!!


About Me

My photo
Cardiff, United Kingdom
~Married and mummy to a three wonderful and gorgeous kids~

Iklan!

~Breastfeeding Journey~

Lilypie Breastfeeding tickers

~Peek A Boo~

Happy Mode

~Jom Borak~


ShoutMix chat widget

~Singgah Selalu~

~Live Trafik~

Blog Archive